BAB 40

Romance Completed 35330

Nuha pandang wajah Alex yang sedang memandang seorang wanita yang sedang menjamu selera di meja sebelah. Nuha berdeham mengalihkan perhatian Alex tetapi Alex tetap memandang perempuan itu.
" Muhammad Adam Alex apa yang kau tengok tu." Nuha memanggil nama panjang Alex. Alex terus pusing pandang Nuha yang mengangkat kening.
" Boss cuba boss tengok perempuan tu cantik kan." Alex pandang Nuha.
" Cantik lagi boss dari dia tu entah entah bini orang tu." Jack pandang wajah Alex yang sudah masam mencuka.
"kau kena berani jadi buaya setia." Nuha pandang Alex.
" Pergi la try mana tahu jodoh kau." Jack menolak lembut tubuh Alex. Alex bangun lalu duduk di hadapan perempuan itu.
" Hai Asalammualaikum boleh kita kawan." Alex pandang perempuan itu.
" Sorry saya tak berminat nak berkawan dengan awak." Perempuan itu ingin bangun tetapi dia duduk semula di hadapan Alex. Perempuan itu menyentuh tangan Alex. Alex nampak terkejut bila di perlakukan sebegitu.
" Abang lepas ni kita pergi butik cari baju nikah lepas tu kita cari barang hantaran." Perempuan itu tersenyum manis kepada Alex. Alex pandang Jack dan Nuha yang turut terkejut melihat.
" Hai....seorang lelaki menyapa Alex dan perempuan itu.
" Abang jom kita balik sakit mata la dekat sini." Perempuan itu menarik tangan Alex untuk pergi.
" Emma tunggu abang nak cakap dengan Emma." Lelaki itu menarik lembut tangan Emma. Emma cuba melepaskan tetapi semakin kuat lelaki itu mencengkam pergelangan tangannya. Alex yang melihat terus melepaskan tangan lelaki itu dari tangan Emma.
" Dia isteri aku kau jangan masuk campur." Lelaki itu pandang Alex.
" Saya bekas isteri awak bukan isteri. Awak yang lepaskan saya hanya kerana perempuan yang awak gila sangat tu pergi la dekat dia kenapa cari saya lagipun kami dah nak nikah tolong lupakan saya." Emma menarik tangan Alex keluar dari cafe itu. Nuha dan Jack mengikuti dari belakang sempat lagi Jack meninggalkan pesan untuk lelaki itu.
" Jangan kacau perempuan tu kalau kau tak nak mati." Jack mengejar langkah Nuha. Nuha dan Jack mendekati Alex dan Emma.
" Terima kasih sebab tolong saya." Emma ingin berlalu pergi.
" Awak nak pergi macam tu je ke selepas awak mengaku yang kita akan nikah tak lama lagi." Alex pandang Emma.
" Saya cuma gunakan awak untuk lari dari bekas suami saya." Emma terus berlalu pergi dari situ. Alex pandang langkah Emma yang semakin menjauh. Jack mendekati Alex lalu di peluk tubuh sahabatnya.
" Dah la biar kan dia pergi mungkin bukan jodoh kau dengan dia." Jack usap belakang Alex.
" Emmm jom balik aku penat la." Alex masuk ke dalam kereta.
" Alex tak semua cinta boleh bersatu tak semua yang kita nak boleh dapat melainkan kau redha dan tawakal." Nuha memeluk Alex erat. Alex menangis di bahu Nuha sudah lama tidak merasa kecewa sebegini.
" Boss tu macam perempuan sombong tadi je." Jack memberhentikan keretanya di bahu jalan dapat di lihat perempuan itu cuba melepaskan cengkaman tangannya dari seorang lelaki. Alex pandang ke arah jalan.
" Alex pergi tolong dia." Nuha menepuk belakang Alex sebelum dia mencium dahi Alex.
" Tolong dia kerana Allah bukan sebab nak ambil dia ingat dia dah tak jangan kita terhegeh hegeh." Nuha pandang wajah Alex. Alex keluar dari kereta lalu mendekati Emma.
" Lepaskan tangan dia." Alex bersuara keras.
" Awak tolong saya." Emma pandang Alex.
" Dah lama ke kau hidup." Alex mengeluar pistol dari belakang baju. Emma dan lelaki itu terkejut melihat Alex yang berubah watak nasib baik mereka berada di kawasan yang sunyi.
" Aku cakap lepas kan dia atau kau mati hari ni." Alex mengacuh pistol ke arah lelaki itu.
" A...aku pergi dulu...kau nak sangat perempuan ni ambil aku tak hingin langsung." Lelaki itu berlalu pergi tubuh Emma di tolak ke arah Alex. Alex menyimpan pistol kesayangannya di belakang baju. Dia melangkah pergi dari situ. Emma mengikuti dari belakang sehingga Alex sampai di hadapan kereta.
" Kenapa kau ikut aku." Alex pandang Emma.
" Saya nak minta maaf sebab dah pergunakan awak tadi dan terima kasih sebab dah tolong saya." Emma nampak seperti takut dengan Alex.
" Tak perlu kau minta maaf sebab aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau." Alex ingin masuk ke dalam kereta tetapi tubuh di peluk dari belakang.
" Awak saya minta maaf." Emma menangis di belakang baju Alex.
" Aku dah maafkan kau dah pergi balik." Alex menolak lembut tubuh kecil itu.
" Ikut saya balik nak." Emma buat muka comel.
" Kau balik la sendiri tadi datang sendiri boleh tak kan nak balik sendiri tak boleh." Alex jeling Emma.
" Awak kena ikut saya balik kalau tidak saya ajak abang tu balik." Emma tunjut ke arah Jack yang sedang menunggu di dalam kereta.
" Degil betul kau ni." Alex mengetuk tinggap kereta meminta Nuha menurunkan cermin.
" Boss saya nak hantar perempuan ni balik nanti kalau saya nak balik saya call Jack je minta dia ambil." Alex pandang Nuha.
" Yela hati hati jaga diri baik." Nuha menaikkan kembali cermin kereta. Alex pandang kereta yang mula bergerak perlahan. Alex pandang Emma sebelum dia mencapai kunci kereta Emma.
" Awak nama apa." Emma pandang wajah Alex.
" Alex....Alex hanya menjawab sepatah sahaja.
" Nama macam bukan islam tapi tadi awak bagi salam dekat saya." Emma pusing ke hadapan semua. Dia perasan yang mata Alex merah seperti baru lepas menangis.
" Aku mualaf la." Alex jeling Emma.
" Nama islam awak apa." Emma pandang Alex lagi.
" Adam Alex...boleh tak kau dia." Alex pandang Emma sekilas.
" Awak menangis ke tadi awak nangis sebab saya tolak awak jadi kawan saya ke." Emma mencucuk lengan Alex dengan jarinya.
" Diam boleh tak asyik tanya soalan je." Alex menolak tangan Emma.
" Awak rumah saya taman depan tu nanti awak masuk lorang satu tau rumah nombor 35." Emma pandang wajah Alex yang putih bersih.
" Dah sampai aku balik dulu." Alex keluar dari luar kereta kunci kereta dberikan kepada Emman.
"Awak tak boleh balik tidur sini." Emma menarik tangan Alex masuk ke dalam rumah. Alex menarik tangan dari tangan kecil Emma.
" ibu Emma dah balik ni sini la Emma tunjuk sesuatu dengan ibu." Emma menolak tubuh Alex duduk di sofa.
" Apa kau ni aku nak balik la." Alex bangun semua dari duduknya.
" Apa kamu ni Emma bising bising." Muncul seorang perempuan separuh abad.
" Ibu kenalkan ni Adam bakal suami Emma." Emma peluk lengan Alex. Alex sudah terkejut dia cuba beria selamba. Alex menyalami tangan tua itu. Alex pandang Emma yang hanya tersenyum memandangnya. Alex jeling Emma dia pandang ke arah lain.

Alex jumpa happy ending ;)

Share this novel

Rosleyanna Sinai
2021-03-19 08:32:03 

Saya sangat suka jalan cerita ni.Cuma typo berleluasa


NovelPlus Premium

The best ads free experience