BAB 3

Romance Completed 35330

"NN cepat la nanti lewat pula kita sampai kau ni kan kalau bersiap kalahkan artis aku bagi kau dua minit kalau kau lambat aku tinggal." Mira berdiri di hadapan pintu rumah sambil memusing badannya.
" Kau ni bising la aku dah siap jom yang kau tergedik sana tergedik sini dah kenapa." Nuha melangkah ke arah kereta.
" Mana ada tergedik gedik...nah kau drive hari ni kita gilir gilir drive." Mira menghulurkan kunci kereta. Nuha hanya menurut tanpa bersuara. Kereta yang dipandu oleh Nuha memasuki jalan utama.
" NN kita nak beli apa dulu ni." Mira memandang Nuha.
" Kita pergi sewa kedai la nak buat cafe kan." Nuha fokus pada pemanduannya.
" Kalau sewa rugi la kita baik kita beli." Mira memberi cadangan.
" Mira aku kalau boleh memang nak beli tapi masalahnya tak ada yang nak jual." Nuha memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai kosong.
" NN serius lah kita sewa dekat sini besar gila kedai dia ni mesti sewa mahal." Mira memandang Nuha.
" Entah la kita bincang la dulu mana tahu dia tengok muka kau yang cantik bak bidadari ni terus nak jual." Nuha ketawa memandang temannya.
" Ish kau ni jangan la bergurau." Mira menanpar lengan Nuha.
" Asalammualaikum cik berdua ni ke yang nak sewa kedai ni." Muncul seorang lelaki berbadan tegap berdiri di hadapan Nuha dan juga Mira. Mira memandang lelaki itu tanpa berkelip sehiggalah Nuha mencubit lengannya.
" Ye kami berdua encik ni owner kedai ni ke." Nuha memula kan bicara.
" Tak saya cuma wakil je kalau macam tu jom lah bincang dekat dalam." lelaki itu membuka pintu kedai dengan lalu masuk ke dalamnya.
" Cik berdua asal dari mana." Lelaki itu meletakan fail jual beli di atas meja kecil.
" Kami dari kuala lumpur lupa pula nak kenal kan diri saya Nur Zureen Amira binti Azizi." boleh panggil Mira kalau nak panggil sayang pun boleh." Mira tersenyum manis ke arah lelaki itu. Nuha yang mendengar terus terbatuk kecil manakala lelaki itu membalas senyum Mira. Nuha menyiku lengan Mira.
" Maaf encik kawan saya memang macam ni dia suka sangat bergurau...nama saya Nuha Najwa encik boleh panggil saya NN." Nuha memandang ke arah Mira.
"Kalau macam tu cik berdua panggil saya zack." Zack memandang Mira dan Nuha silih berganti.
" Encik zack dah kahwin." Mira memandang zack.
" Saya belum kahwin tapi dah bertunang." Zack memandang wajah Mira yang sudah mula mendung.
" Tak apa lah Nuha jom kita balik aku tak sedap badan la." Mira bangun dari duduknya.
" Mana boleh macam tu Mira kita datang sini sebab bincang pasal kedai ni." Nuha memandang tajam ke arah Mira.
" Kalau macam tu kau jelah bincang aku nak pergi jalan jalan sekitar sini." Mira sudah melangkah pergi meninggalkan Nuha.
" Maaf encik zack kawan saya memang macam tu." Nuha duduk di hadapan zack. Zack hanya meangguk kepala. Mereka terus berbincang tentang sehingga selesai.
" Terima kasih banyak zack sebab dah jual kedai ni untuk kami. Semoga murah rezeki Zack sekeluarga." Nuha tersenyum gembira bila kedai yang di sangka akan disewa telah menjadi miliknya dan juga Mira.
" Cik NN kejap." Zack menghulurkan sesuatu kepada Nuha. Nuha meyambut dengan tanda tanya.
"Tolong bagi dekat kewan Cik NN tu ehh cakap dekat dia saya single dan tak ada yang punya." Zack senyum memandang Nuha.
" Haah ye lah nanti saya bagi dia ok." Nuha melangkah keluar dari kedai itu. Pintu kedai di kunci. Nuha mencari Mira di sekitar itu.
" Oii kau pergi mana hah aku cari kau dekat kedai tu tak ada pun aku ingat kau dah kena culik." Mira menepuk lembut bahu Nuha sehingga Nuha terkejut.
" Ishh kau ni kan suka sangat buat aku terkejut. Ni kau pergi mana tadi tinggal aku dengan zack berdua duaan nasib perjabat agama tak datang kalau tidak melepas la kau." Nuha ketawa lalu berjalan ke arah kereta.
" Memang dah melepas dah pun so macam mana dengan perbincangan tadi." Mira memandang Nuha.
" Alhamdulillah owner kedai tu nak jual dekat kita." Nuha senyum memandang riak wajah terkejut Mira.
" Kau biar betul bukan kena sewa." Mira memandang Nuha.
" memang la pada mulanya diorang nak sewakan kepada kita tapi tiba tiba owner kedai tu nak jual terus aku setuju." Nuha memandu ke arah kedai perabot berdekatan.
" Kedai tu aku dah beli guna duit simpanan aku." Nuha memberi tahu Mira.
" So sekarang ni barang barang giliran aku pulak." Mira tersenyum bahagia akhirnya dapat juga buka cafe sendiri walaupun berkongsi dengan Nuha.
" Aku ikut je tapi barang dapur kita sama sama beli okay." Nuha berhenti di hadapan kedai perabot.
" NN jom masuk aku tak sabar nak tengok barang barang yang nak di beli." Mira melangkah meninggalkan Nuha seorang diri. Nuha mengikuti dari belakang hanya menggeleng. Dia dan Mira mula memilih Kerusi dan juga meja untuk cafe mereka. Nuha banyak mendiamkan diri dari bercakap dia hanya membiarkan sahaja Mira memilih sehingga selasai semuanya. Mulai esok cafe mereka akan dipenuhi dengan barang yang di beli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience