Rizal mendekati katil Nuha sudah seminggu Nuha tidak sedarkan diri Rizal tetap menunggu Nuha. Rizal menyentuh tangan Nuha dia menggenggam kemas tangan Nuha di kucup lembut.
" Nuha bangun la abang tunggu sayang ni tak kesian dekat abang ke tunggu sayang bangun setiap hari sayang marahkan abang ke kalau sayang marah abang minta maaf abang." Nuha mencium ubun ubun Nuha.
" Sampai bila kau nak macam ni Rizal baik kau pergi mandi uruskan diri kau dulu kalau NN bangun tengok kau macam orang gila sumpah dia koma balik." Zack muncul dari arah pintu.
" Aku akan tetap tunggu dia sampai dia sedar aku nak bila dia sedar orang pertama yang dia nampak adalah aku." Rizal duduk di atas kerusi.
" Ri pergi la mandi NN ni biar kami tengok kalau kau tak nak mandi dekat mansion kau mandi dekat sini je." Johan menghulurkan tuala dan juga baju kepada Rizal.
" Korang tak faham ke aku cakap aku tak nak mandi tak nak la." Rizal memandang tajam ke arah sepupunya Rizal ingin memukul Johan tetapi dia kaku berdiri bila tangannya di genggam oleh Nuha. Rizal turus pusing menghadap Nuha dia pandang tangan Nuha yang sedikit bergerak. Rizal tunduk memandang Nuha.
" Sayang...sayang dah sedar." Rizal mencium tangan Nuha. Rizal pusing menghadap Johan tuala dan juga baju di ambil kasar dari tangan Johan.
" Kau bernasib baik sebab aku dengar cakap kau kali ini." Rizal masuk ke dalam bilik mandi dia mandi dan bersihkan dirinya. Selesai mandi Rizal mencampak tuala ke arah Johan. Johan menahan geram bila tuala yang di baling oleh Rizal terkena mukanya.
" Kurang asam punya sepupu." Johan menyidai tuala di hujung katil Nuha.
" Apa kau nak marah aku ke." Rizal pandang Johan.
" Ish korang ni jangan la bising boss aku tengah tidur tu." Jack masuk membawa ubat untuk di suntik ke dalam badan Nuha. Jack menyuntik ubat ke dalam tubuh kaku Nuh. Rizal hanya memandang ke arah Jack.
" Korang jangan bising dekat sini kalau korang bising juga aku halau korang keluar." Jack keluar dari bilik Nuha. Rizal pandang Nuha dia lihat bebola mata Nuha bergerak gerak dan akhirnya kelopak mata Nuha terbuka. Nuha menutup kembali bila matanya terpandang cahaya sebelum di buka semula. Nuha lihat Rizal sedang menangis memandang ke arahnya. Nuha tersenyum melihat Rizal di depan matanya terus di peluk tubuh Rizal. Rizal menangis tersedu sedu bila Nuha memeluknya.
" A... awak j... jangan la me.. menangis." Nuha melepaskan pelukan.
" sayang jangan banyak cakap sayang kan baru sedar jangan banyak bergerak." Rizal mencium pipi Nuha sebelum bibir Nuha di pagut manja. Johan terus menutup mata mana kata Zack pusing membelakangkan Nuha dan Rizal.
" Dia baru sedar jangan nak menggatal boleh tak." Jack masuk mendekati Nuha dan juga Rizal. Rizal melepaskan bibir Nuha. Nuha tersenyum malu bila di tegur Jack.
" Boss jangan banyak bergerak dan lagi satu tak payah la cium cium macam tadi malu saya tengok." Jack peluk Nuha seketika sebelum melepaskan. Nuha sudah ketawa kecil bila melihat wajah masam Rizal.
***********
Mira memandang Nuha dari jauh dia ingin mendekati Nuha tetapi dia takut jika Nuha tidak mahu berjumpa dengannya. Zack mendekati Mira yang sedang memandang Nuba.
" Pergi la jumpa mana tahu dia nak jumpa sayang." Zack memeluk Mira mereka sudah selamat menjadi suami isteri.
" Sayang takut la biy." Mira memeluk Zack.
" Jangan takut pergi je jumpa biy teman sayang ehh." Zack menarik tangan Mira menuju ke arah Nuha. Zack dan Mira melangkah masuk ke dalam wad Nuha. Nuha yang sedang makan terus memandang Mira dan juga Zack.
" Hai NN kau dah okey ke." Mira merapati Nuha. Nuha memandang Mira sebelum dia menjawab.
" Asalammualaikum...aku okey je belum mati lagi." Nuha pandang wajah Mira yang sudah berubah.
" Tak apa ala aku keluar dulu." Mira ingin melangkah keluar tapi di tahan oleh Nuha.
" Kau nak pergi mana kita tak habis cakap lagi kau datang sini semata mata nak tanya khabar aku je." Nuha memandang Mira dari atas hingga bawah perut Mira sudah nampak bentuk.
"Aku ada kerja sikit nak buat." Mira pandang Nuha sebelum dia melangkah pergi baru beberapa langkah dia berhenti kaku.
" Aku minta maaf sebab dah abaikan kau selama ini. Aku tahu Zack boleh bahagia kan kau lebih dari aku sebab tu kau pilih untuk membelakangi aku dulu kan tapi aku tak kisah sebab aku tahu kau berhak pilih kebahagiaan kau sendiri. Aku minta maaf sebab sembunyi kan baba kau dulu dan aku minta maaf sebab tak mampu jadi kawan yang baik buat kau." Nuha memandang ke arah Mira sebelum dia mendepakan tangannya ke arah Mira. Mira yang melihat terus berlari mendapatkan Nuha sekejap sahaja dia sudah tenggelam dalam pelukan Nuha.
" Kau tak salah aku yang salah...aku sepatutnya berterima kasih pada kau sebab dah jaga baba kita dengan baik. Aku yang tak mampu untuk jadi kawan yang baik." Mira menangis di bahu Nuha.
" kau jangan la menangis tak baik untuk anak kau ni." Nuha menyentuh perut Mira.
" Anak aku anak kau juga." Mira pandang muka Nuha lama sebelum dia mengusap.
" Dah lama aku tak buat macam ni dekat kau." Mira pandang wajah Nuha. Nuha membiarkan sahaja dirinya di perhati oleh Mira. Rizal dan Zack hanya membiarkan sahaja Nuha dan Mira melepaskan rindu.
Akhirnya Nuha dn Mira berbaik semua...
Share this novel