BAB 20

Romance Completed 35330

Nuha melangkah masuk ke dalam mansionnya dia terus melangkah ke bilik latihan menembak. Baru sahaja dia melangkah masuk di lihat Nik sedang berborak bersama Lan dan Jack. Nuha mendekati Nik tanpa mukadimah Nuha terus bersuara.
" Kau nak apa datang sini." Nuha duduk di sisi Lan.
" Aku risau kan kau la...aku tahu kau kecewa dengan Mira." Nik menongkat dagu nya.
" Rasa tu memang ada tapi aku kena buang jauh jauh demi kebahagiaan Mira tugas aku dah selesai tinggal king aje yang belum kalau boleh aku nak settle benda ni cepat cepat." Nuha mencapai gelas berisi Coca cola.
" Kau tahu tak sekarang ni king tengah cari siapa kau kalau kau nak tahu kenapa sebab pertaruhan antara kau dan dia malam tu." Nik memandang Nuha yang nampak tenang sahaja.
" Kau jangan risau king tak akan tahu siapa aku melainkkan kau dengan Johan bagi tahu." Nuha beriak tenang. Nik sudah terkejut.
" Johan tahu ke siapa kau." Soal Nik tidak percaya.
" Mesti la dia tahu siapa aku kalau kau nak tahu Johan tu doktor peribadi keluarga ni." Nuha ketawa sinis.
" Jadi Johan orang pertama yang tahu kau ni.....belum sempat Nik menghabiskan kata Nuha sudah memotong.
" Memang betul dia orang pertama." Sehabis menjawab Nuha berdiri di salah satu anak buahnya. Nuha melepaskan tumbukan tetapi tersasar. Nuha mula bertarung tumbukan demi tumbukan di beri kepada Alex sehigga Alex tumbang. Nuha menghulur kan tangan untuk membantu Alex bangun. Alex menyembung huluran tangan Nuha dia bangun berdiri. Nuha sudah melangkah pergi dari situ.
Johan yang baru sampai juga turut terkejut melihat Nik berada di situ.
" Oii kau buat apa dekat sini." Johan memandang Nik.
"Saja lepak lepak dengan diorang ni lagipun dah lama tak datang sini." Nik buat suara gediknya.
" Jadi kau dah tahu la siapa NN sebenarnya." Johan duduk di hadapan Alex luka pada bahagian muka Alex di cuci dan luka pada lengan akibat torehan pisau di jahit dan di balut rapi.
" Tahu la cuma aku tahu yang kau ni kenal NN." Nuha yang baru selesai mandi turun dan duduk dihadapan Nik dan juga Johan.
" Pandai kau simpan rahsia ni dari king kan." Johan memandang Nik.
" Pandai tak pandai belakang cerita apa yang aku tahu king ada back up yang kuat." Nik memandang Nuha.
" Aku nak tanya korang ni." Nuha memeluk tubuhnya.
" Tanya je lah." Nik menjawab perlahan.
" Lepas Mira dengan Zack kahwin diorang akan tinggal dekat mansion Rizal ke." Nuha memandang Alex yang berlalu pergi.
" Rasanya macam tu la sebab Zack kan orang kanan Rizal." Johan mengemas barang barangnya.
" Nampaknya aku kena berusaha keluar dari mansion tu." Nuha terus bangun dari duduknya.
" Aku ada benda nak minta tolong kau." Nuha memandang Johan.
" Kau nak minta tolong apa." Johan membalas memandang Nuha.
"Aku akan turun lorong malam ni jadi aku nak kau bagi tahu Rizal yang aku ada dekat lorong hanya satu cara ja untuk aku keluar dari mansion king." Nuha kembali duduk.
"Kau nak buat dekat lorong tu." Johan mencapai telefonnya.
" Aku nak king fikir yang aku ni perempuan jahat perempuan murah itu sahaja." Nuha senyum sinis ke arah Nik yang sudah tercengang dengan kata katanya
" Aku tak kisah tapi ingat jangan terlalu yakin yang Rizal akan halau kau keluar dari mansion dia." Johan menyimpan telefonnya ke dalam kocek seluar.
" Aku akan buat sampai dia halau aku macam mana Datin Naura halau aku dulu." Nuha terus berlalu pergi ke biliknya. Nuha merebahkan badannya di atas katil sebelum dia menutup mata.

**************
Malam yang di nanti nanti oleh Nuha. Nuha keluar dari mansionnya malam itu Nuha memakai baju terbelah di bahagian pahanya terserlah paha putih gebu milik Nuha. Nuha melangkah ke arah Jack yang sedang menunggunya.
" Jack malam ni kita pergi lorong aku nak cari betina jahanam tu dan aku ada misi tersendiri aku." Nuha masuk ke dalam kereta. Jack terkejut dengan penampilan Nuha yang terdedah di paha.
" Jack okay tak aku pakai macam ni." Nuha membetulkan rambutnya.
" Lebih dari okay dah tu. Seksi sangat sekali pandang mesti nak pandang lagi." Jack menjawab dengan jujur.
" Kau ni jujur sangat la." Nuha memandang Jack yang sedang memandu.
" Kau teman kau malam ni jangan nak lari pula." Nuha menjeling Jack.
" Bos cakap macam aku selalu lari dari misi." Jack menarik muncungnya.
" Kau tahu tak kau buat muka macam ni lagi bertambah handsome." Nuha membelai wajah Jack.
" tapi Rizal sepuluh kali ganda handsome dari kau." Nuha menyandarkan tubuh di kerusi.
" Aku tahu la tapi tak payah la nak bezakan aku dengan king tu." Jack memberhanti kereta di hadapan lorong. Jack dan Nuha keluar beriringan masuk ke dalam club.
" Diorang dah sampai tak sangka Jo pandai buat kerja." Nuha berbisik ditelinga Jack. Lengang Jack di paut erat. Nuha perasan ada seseorang mendekatinya dan Jack.
" Hai cute girl." Johan menepuk bahu Nuha. Nuha pusing ke belakang memandang ke arah Johan dan juga Rizal.
" Hai handsome boy...you buat dekat sini." Nuha pura pura mabuk dia memaut leher Johan.
" I tengah cari seseorang." Johan memaut pinggang Nuha.
" Jangan nakal Jo nanti I gigit You." Nuha ketawa manja. Rizal yang mendengar terus menarik Nuha ke dalam peluknya.
" Kau buat apa dekat sini." Rizal mencengkam lengan Nuha.
" I tengah tenang kan fikiran." Nuha menolak tubuh Rizal dia kembali pada Jack leher Jack di paut sebelum dia duduk di atas riba Jack. Jack memaut pinggang Nuha sebelum dia mencium pipi Nuha. Rizal mula panas hatinya mula terbakar melihat agenda di depan mata. Rizal melayangkan penumbuknya ke arah Jack tetapi sempat di tahan oleh tangan Nuha.
" Jangan mula kan kita bincang dekat rumah esok." Nuha melepas tangan Rizal.
" Jo aku balik dan kau tolong bawak balik betina ni." Rizal melangkah pergi meninggalkan Johan.
" Aku dah agak dah dia akan marah dan sikit hari lagi dia akan halau aku." Nuha turun dari riba Jack sebelum dia melempang perlahan wajah Jack.
" Thanks pandai kau berlakon dan juga ambil kesempatan." Nuha memandang Jack.
" Mesti la bos lagipun sapa tak nak cium pipi gebu bos tu." Jack ketawa kuat.
" Kau cari perempuan tu aku dah nak gerak ni." Nuha mencapai coca cola di atas bar sebelum dia melangkah pergi bersama Johan.
" Berani kau peluk aku depan Rizal." Nuha memaut lengan Johan.
" Mesti la nak bagi Rizal rasa jijik dengan kau." Johan menbuka pintu untuk Nuha.
" Agak agak kan dia halau aku tak dari situ." Nuha memandang Johan.
" Itu aku tak tahu sebab semua keputusan ada di tangan Rizal." Johan memandu pulang ke mansion milik Rizal. Nuha hanya mampu memdiam kalau cara ini tidak menjadi dia terpaksa guna cara paling jijik.

agak agak rizal halau Nuha tak dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience