BAB 34

Romance Completed 35330

Nuha mengeliat kecil dia pusing ke kiri dan menarik bantal peluk ke arahnya tiba tiba bantal peluk bersuara.
" Boss jangan la peluk saya rimas la boss tidura jauh jauh sikit." Jack bangun dan tidur semula. Nuha terus buka mata dia lihat Jack tidur di sisinya. Nuha terus tendang tubuh Jack turun katil.
" Aduhh boss kenapa tendang saya sakit la." Jack bangun dari duduknya dia baring dia sebelah Nuha.
" Aku tak mimpi kan." Nuha pandang Jack.
" Boss tak mimpi la betul la apa yang boss nampak sekarang ni." Alex keluar dari bilik air.
" Kau pun ada dekat sini." Nuha pandang Alex.
" Dah semalam kita tidur sini." Alex duduk di atas katilnya.
" Apa dah jadi semalam." Nuha cuba mengingati semua apa yang terjadi.
" Semalam boss mabuk lepastu kami bawak la boss ke sini." Alex menceritakan semua tentang semalam.
" Lagi apa jadi." Nuha seakan tidak percaya.
" Boss muntah muntah habis baju Jack. Jack langsung tak geli saya tengok semalam." Alex pandang Jack yang masih tidur.
" Bukan ke semalam aku dengan Aiman macam mana aku boleh ada dengan korang." Nuha pandang Alex.
" Kami ambil boss dari dia semalam." Alex jeling Nuha.
" Terima kasih tolong aku." Nuha pandang wajah Alex. Alex hanya tersenyum memandang Nuha.

***************
" Boss okay tak ni." Jack pandang Nuha yang sedang termenung memandang keluar tingkap kereta.
" Aku okay korang jangan risau." Nuha pusingkan kepalanya memandang Jack.
" Boss kenapa boss tak pertahankan cinta boss dengan King." Alex yang sibuk memandu bersuara perlahan.
" Dia bukan milik aku jadi untuk apa aku pertahankan cinta aku pada dia kalau dia memilih untuk tidak bersama aku. Aku kena lah terima yang dia bukan jodoh aku sekarang ni aku cuma nak cari kebahagiaan aku. Aku nak lupa kan dia aku nak biarkan dia bahagia dengan kakak aku. Aku dah tunai janji aku pada Alias yusof untuk jaga anak dia sekarang giliran Nurin pula." Nuha senyum dan ketawa kecil.
" Boss sebenarnya kami dah tinggal kan mansion semalam kami tekat kalau kami jumpa boss kami nak ikut ke mana sahaja boss pergi kami nak ada dengan boss." Jack menggenggam tangan Nuha.
" Terima kasih sebab selalu ada untuk aku." Nuha memeluk Jack.
" Boss kita dah sampai jom turun." Alex mematikan enjin kereta. Dia keluar dari kereta.
" Rumah siapa ni." Nuha pandang Alex.
" Rumah nenek aku. Aku harap boss selesa la." Alex mengeluarkan bagasi yang dia beli sebelum dia orang bertolak balik ke sini.
" Assalamualaikum nek." Alex pandang Nuha yang sedang memandangnya dengan pelik bagitu juga Jack.
" Ya Allah cucu aku dah balik bila sampai Adam kenapa tak bagitahu nak balik kalau tidak boleh nenek masak lebih." Nek limah pandang cucu lelaki nya.
" Hai nek saya Jack kawan Alex err maksud saya Adam." Jack menghulurkan tangan ke arah Nek limah. Nek limah sambut dengan senyuman.
" Asalammualaikum nek saya Nuha Najwa nek boleh panggil NN je." Nuha mencium tangan wanita tua itu.
" Cantik bakal bini Adam ke." Nek limah pandang Alex.
" Bukan nek NN ni boss Adam tempat Adam kerja tu." Alex pandang Jack yang sudah menahan ketawa.
" Mari la masuk minta la cik NN rumah nek ni tak ada la besar mana." Nek limah berjalan ke arah dapur.
" Nek tak payah panggil cik cik bagai. Nek panggil NN je." Nuha pandang Alex.
" Adam tolong tunjukkan bilik untuk tetamu kita ni." Nek limah pandang Alex. Alex hanya mengangguk sebelum dia membawa Nuha dan juga Jack ke bilik tetamu.
" Kau ada apa yang nak bagi tahu kami." Nuha pandang Alex.
" Aku sebenarnya islam maksud aku mualaf aku peluk islam masa umur 12 tahun masa tu aku tak ada siapa siapa pun mak ayah aku meninggal kena bunuh. Adik beradik mak ayah aku tak nak ambil tahu pasal aku sampai la suatu hari aku jumpa dengan nek limah dia la yang tolong aku jaga aku setiap malam mesti dia akan bangun lepas tu solat tahajud. Aku jadi tenang bila tengok dia solat. Aku tanya dia kenapa dia solat lepas tu dia cakap semua umat islam wajib solat walaupun dalam keadaan sakit jadi semakin hari semakin aku ingin tahu tentang islam sampai la aku sendiri nak peluk islam nak kenal islam dan bila aku dah peluk islam perasaan pertama yang aku rasa tenang macam tak ada masalah aku jadi happy aku suka dengan agama baru aku." Alex nampak tenang ketika bercerita. Nuha hanya senyum gembira. Jack pula seakan tidak percaya.
" Tapi kenapa aku tak nak kau solat pun sebelum ni." Jack pandang Alex.
" Aku solat sembunyi sembunyi." Alex ketawa.
" Tak guna punya kawan." Jack tolak kepala Alex.
" Kajap lagi mesti nenek ajak pergi surau depan tu tinggal kau sorang sorang." Alex dan Nuha ketawa melihat wajah kaku Jack.
" Aku ikut boleh tak." Jack pandang Alex.
" Mana boleh nanti orang ingat kau tak solat." Alex jeling Jack.
" Apa yang boleh tak boleh ni." Muncul Nek limah di hadapan pintu.
" Nek tengok Alex ni dia cakap Jack tak boleh ikut dia pergi surau." Jack mengadu kepada nek limah lengan nek limah di peluk. Alex sudah menjeling tajam Jack.
" Adam tu memang suka pandai pandai kalau kamu nak ikut kamu kena tunggu dalam kereta la tak boleh keluar nanti orang kampung nampak." Nek limah pandang Jack.
" Ha boleh ke nek." Jack pandang nek limah.
" Mesti la boleh." Nek limah berjalan ke arah Nuha.
" Yeahh boleh ikut." Jack menarik di hadapan Alex.
" NN boleh solat tak." Nek limah pandang Nuha.
" Boleh nek." Jawab Nuha perlahan.
" Nanti nek sediakan telekung untuk kamu." Nek limah terus melangkah keluar.
" Boss telekung yang labuh tu kan." Jack pandang Nuha.
" Yela yang mana lagi." Nuha baring di atas katik.
" Boss kami keluar dulu jumpa maghrib nanti." Alex menarik keluar Jack dari bilik Nuha. Nuha tidur di atas katil matanya di tutup rapat sebelum dia hanyut dalam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience