BAB 19

Romance Completed 35330

Mira mendekati Nuha yang sedang merendam kakinya ke dalam kolam renang. Mira duduk di sebelah Nuha.
" NN aku ada benda nak bagi tahu kau." Mira meyentuh tangan Nuha.
" Kau nak cakap apa Mira." Nuha memandang ke arah Mira.
" Aku nak kahwin dengan Zack dia dah melamar aku semalam." Mira membuka cerita Nuha hanya mendengar sahaja.
" So kau jawab apa." Nuha menarik tanganya dari genggaman Mira. Mira terkedu dengan tindakan Nuha.
" Aku setuju lagipun kami dah kenal satu sama lain." Mira menunjuk riak gembira.
" Mira kau baru kenal dia empat bulan tak kan la kau senang senang setuju." Nuha memandang Mira.
" Aku tahu semua tu tapi aku sayang kan dia aku tak nak kehilangan dia kau faham NN." Mira cuba meraik tangan Nuha tetapi Nuha mengelak. Mira menahan seribu rasa dalam dirinya.
" Di sebab kan sayang dan cinta kau pada dia kau sanggup abaikan aku." Nuha mula jauh hati dengan tindakan Mira sudah la dia tengah memikirkan bagaimana caranya untuk lari dari Rizal dan sekarang timbul isu baru pula.
" NN aku tak bermaksud nak membelakangkan kau aku tahu kau baik sebab tu la baru sekarang aku bagi tahu." Mira ingin memeluk Nuha tetapi Nuha mengelak dia bangun dari duduknya.
" Kau nak kahwin sangat dengan Zack kan petang ni ikut aku kita pergi satu tempat buat kali terakhir." Nuha melangkah pergi dari situ. Mira sudah tergenggam dengan kata Nuha. Mira ingin menangis tetapi di tahan juga dia tak seharusnya menangis untuk orang yang tidak pernah menghargainya. Mira memandang ke arah kolam renang. Dia tidak perlu fikir tentang Nuha yang dia perlu fikir adalah tentang majlis perkahwinan dia dan juga Zack.

**************
Seperti yang di janji Nuha dan juga Mira keluar petang itu. Nuha membawa Mira ke arah kawasan pedalaman. Nuha tidak bersuara walaupun sepatah dia hanya dia sahaja. Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah kayu yang unit Nuha keluar dari kereta. Mira mengikuti sahaja Nuha dari belakang.
" Asalammualaikum..uncle NN dah sampai ni." Nuha menolak pintu kayu itu. Muncul seorang lelaki separuh abad.
" NN dah sampai masuk la macam tak biasa pulak." Azizi tidak perasaan yang Mira sedang memerhatinya.
" Ba...baba....Mira menyebut dalam kepayahan.
" Mira anak baba." Azizi memeluk anak perempuannya. Nuha ingin melangkah pergi tetapi di tegah oleh Azizi.
" NN tunggu dulu." Azizi mendekati Nuha.
" Tugas aku sudah selesai sekarang tiba masanya untuk aku pergi jaga Mira baik baik." Sehabis kata Nuha terus melangkah pergi. Nuha meredahi hutan di hadapan rumah Kayu unit itu.
" Baba macam mana baba boleh hidup semula." Mira memandang babanya. Sungguh dia rindu pada Azizi.
" Ni semua sebab Nuha kalau bukan sebab Nuha yang tolong selamatkan baba dari kebakaran tu mesti baba dah tak ada lagi." Azizi mengusap kepala Mira.
" Jadi selama ini NN tahu la yang baba masih hidup." Mira menutup mulutnya.
" Kalau Mira nak tahu baba minta tolong NN jagakan Mira sehingga baba betul betul bersedia nak jumpa anak baba ni. NN tunai kan janji baba dan sekarang dia dah pergi besar sungguh perkorbana NN untuk baba." Azizi memeluk anaknya lagi. Mira terkedu patut la Nuha selalu menjaganya walaupun dia sakit. Mira rasa kehilangan kalau bukan sebab dia yang beria ria nak kahwin dengan Zack mesti Nuha tak pergi. Mira menangis di bahu Azizi. Penyesalan yang tak akan mengembalikan sesuatu yang telah pergi.

Nuha dah pergi dri hidup Mira. Huhuhuhu :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience