BAB 39

Romance Completed 35330

Nuha berdiri di hadapan pintu bilik Datin Naura. Nuha mengetuk pintu bilik Datin Naura. Kedengaran suara Datin Naura membenarkan masuk. Nuha melangkah masuk ke dalam bilik Datin Naura.
" Mama jom turun makan Nuha dah masak." Nuha duduk di hadapan Datin Naura. Datin Naura mengngguk kepala sebelum dia bangun dan melangkah keluar bersama Nuha.
" Mama nak makan apa hari ini Jack yang masa boss duduk saja je." Nuha pandang Jack sejak bila Jack panggil mama dia mama.
" Sejak bila kau panggil mama aku mama." Nuha pandang Jack.
" Ala NN jangan la marah mama yang minta dia orang panggil mama." Datin Naura menyntuh tangan Nuha.
" Best la korang boleh kongsi mama dengan aku." Nuha pandang Jack.
" Mesti la best lagipun kami rindu la dekat mak ayah kami yang dah lama meninggal." Alex mencelah.
" Aku tak kisah pun asalkan korang sayang mama aku macam mama korang sudah cukup buat aku happy." Nuha menyambung suapanya. Jack dan Alex nampak gembira bila dapat memanggil Datin Naura dengan panggilan mama.
" Alhamdulillah kenyang pun." Alex bangun membawa pinggan ke dapur. Nuha mengemas meja makan bersama Jack.
" Boss perempuan gila tu nak kami urus bila." Alex pandang Nuha.
" Kalau boleh aku nak dia mampus cepat." Nuha terus melangkah mendekati Jack.
" Malam ni perempuan tu akan ada depan boss." Alex tersenyum bahagai.
" Aku tunggu semua tu." Nuha duduk di sisi Jack.
" Jack malam ni siapkan semua barang barang aku tak nak banyak cuma pisau je." Nuha pandang Jack.
" Boss jangan risau malam ni aku siapkan." Jack mencium pipi Nuha.
" Boss semakin berisi saya tengok." Jack cubit pipi Nuha. Nuha pula mengadu sakit sebelum dia menampar lengan Jack.
" Bahagia nampak tak sedih ke laki kau mati." Muncul Nik di hadapan pintu mansionnya macam mana dia tahu mansion aku bawah tanah ni.
" Sedih memang la sedih tapi sedih tu akan bertukar menjadi gembira malam ni. Aku kena redha pemergian dia supaya dia tenang di sana." Nuha bangun memeluk Nik.
" Aku pun sedih." Nik duduk di sisi Alex tubuh Aiman di tolak jauh.
" Apa kau ni main tolak tolak aku." Aiman tolak kembali tubuh Nik.
" Jangan sentuh bukan mahram la." Nik menepis tangan Aiman.
" Aku belajar mana sentuh ni. Aku haram yang kau pekul NN tadi halal la." Aiman siku lengan Nik.
" Itu diampunkan." Nik ketawa.
" Banyak la kau punya diampunkan." Aiman jeling Nik. Nuha dan Jack hanya ketawa melihat telatah Aiman dan Nik.
" Malam ni aku join korang boleh." Nik pandang Nuha.
" Aku tak kisah tapi king bagi ke kau datang sini." Nuha senyum pandang Nik.
" Kau jangan risau king sekarang dah banyak berubah kalau dulu kami semua tak boleh keluar malam sekarang dia dah tak kisah pasal kami yang dia sibuk buat plan." Nik ketawa bahagia.
" Plan apa." Nuha pandang Nik.
" Entah aku tak tahu." Nik jeling Nuha. Nuha membalas jelingan Nik.

***********
Jack mengiringi Nuha masuk ke dalam gudang. Jack tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun dia tahu malam ini Nuha bakal membunuh Nurin. Nuha pusing pandang Jack yang sedang memandangnya.
" Hai semua nampaknya malam ini malam yang paling seram." Nuha duduk di hadapan Nurin yang sudah lemah di pukul oleh Aiman.
" Boleh tahan juga kau ni." Nuha pandang tajam wajah Aiman.
" Aku geram sangat dia bunuh bff aku tu." Aiman cuci pistolnya.
" Dia juga bunuh suami aku." Nuha bangun dari duduknya lalu di lempang kuat wajah Nurin.
" Kesian kau sepatutnya kau berambus terus dari hidup aku tapi sayang kau muncul saat aku nak bahagia dengan Rizal kau ambil dia dari aku tapi aku tak kisah sebab aku tahu dia hak kau dan benda yang tak boleh aku terima adalah kau muncul dan bunuh suami yang aku cinta. Kau rampas kebahagiaan aku. Aku benci kau Nurin selama ni aku percaya yang kau ni baik tapi aku salah rupanya kau ni setan bertopeng kan manusia." Nuha menekan pisau di bahu Nurin. Nurin menjerit kesakitan.
" Alex bawakkan aku laptop tu." Nuha pandang Alex. Alex meletakkan laptop di hadapan Nuha.
" Kau tengok ni sakit sangat bila orang yang kita sayang di perlakuan seperti dalam video ni." Nuha mencengkam rambut panjang Nurin.
" NN akak minta maaf." Nurin menangis perlahan. Nuha sudah ketawa nyaring.
" Adehh kau ni tengah bergurau ke apa kau tahu tak kata maaf yang keluar dari mulut kau adalah sampah bagi aku." Nuha menolak kepala Nurin.
" Aku malas nak cakap banyak jadi sekarang ni dah tiba masanya aku hantar kau ke neraka." Nuha menoreh noreh wajah Nurin dengan pisau yang di beri oleh Jack. Nurin menjerit kesakitan. Nuha tidak menghiraukan jeritan Nurin dia masih lagi menoreh noreh wajah Nurin. Nuha mencapai pistol kesayangannya lalu di hala di kepala Nurin. Nuha melepaskan beberapa tembakkan ke arah kepala Nurin.
" Urus kan dia." Nuha pandang Alex dan juga Aiman. Baru sahaja ini melangkah keluar Rizal sudah berdiri di hadapannya.
" kau lambat sangat jadi aku bunuh dia." Nuha ketawa sinis. Rizal kaku melihat Nurin yang kaku tidak bergerak.
" Aku dah cakap nyawa perlu di bayar dengan nyawa." Nuha terus melangkah pergi dari situ Jack mengikuti Nuha dari belakang. Nuha tersenyum puas akhirnya dapat juga dia membalas dendam bagi pihat suaminya.

Nurin dah mati ( ̄. ̄)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience