BAB 4

Romance Completed 35330

2 BULAN KEMUDIAN
Nuha melangkah masuk ke dalam cafe. Barang dapur yang dia beli di letakan di atas meja bahgian dapur. Mira yang sibuk mengelap meja memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Mira menjeling lelaki itu dan terus berlalu masuk ke dapur.
" Mira tunggu saya nak cakap." lelaki itu mendekati Mira di dapur. Nuha hanya memerhati tanpa membuat apa apa.
" Kau nak apa lagi berambus la aku nak buat kerja ni." Mira mengeluarkan semua bahan membuat kek coklat.
" Mira saya tahu saya dah tipu awak tapi tolong la percaya sayang betul betul sayang awak." Lelaki itu mendekati Mira dengan lebih rapat lagi Nuha yang melihat terus menghentak pisau potong daging di atas papan pemotong.
" Aku bagi pilihan sama ada keluar dari sini atau mati dekat tangan aku." Nuha merenung tajam ke arah lelaki itu.
" Kau tunggu perempuan aku tak akan duduk dia selagi tak dapat dia ni dan kau Mira kalau aku tak dapat tak apa sebab kawan kau ni akan jadi galang ganti nanti." Lelaki itu terus berlalu.
" NN aku takut kenapa dia suka sangat ganggu aku." Mira menangis di bahu Nuha.
" Shuuttt kau jangan la nangis aku akan selalu ada untuk kau." Nuha memeluk sahabatnya.
" Kau tak kenal dia siapa. Nizam tu akan buat apa sahaja untuk dapatkan sesuatu yang dia nak." Mira menangis lagi.
" Jangan risau saya akan selalu lindungi awak." muncul zack di sudut dapur. Mira tundukan wajahnya.
" Korang borak la aku nak keluar jap nak beli barang ada yang tertinggal tadi." Nuha melangkah keluar dari cafe dia tergesa gesa sehingga terlangar seseorang. Nuha mengadu sakit bila dia sudah terduduk di atas jalan tar.
" Aduh sakitnya...sorry saya tak sengaja." Nuha cuba bangun tetapi tidak boleh kakinya sudah terseliuh. Nuha cuba bangun lagi tetapi tidak boleh dia hampir menangis menahan sakit tiba tiba tubunya terasa melayang tanpa sedar tangan Nuha memeluk leher lelaki itu. Lelaki itu
membawa Nuha masuk ke dalam cafe. Bilik rehat di bahagia atas cafe dituju. Tubuh Nuha di letakan di atas sofa.
" Lain kali jangan tengok depan bukanya tengok bawah kan dah tak pasal pasal dapat sakit." Lelaki itu bersuara keras.
" Kan saya dah minta maaf yang awak nak bising bising ni kenapa." Nuha mula naik angin sudah la dia tengah sakit tambah lagi dengan bebelan lelaki itu.
"Sini aku letak minyak. Kau jangan marah marah aku. Aku cuma ingat kan kau je." Lelaki itu menarik kain skrit yang dia pakai oleh Nuha. Nuha capat cepat menghalang tangan lelaki itu.
" Awak nak buat apa ni...Awak jangan macam macam saya jerit nanti." Nuha mula cuak.
" Suka hati aku lah nak buat apa pun kau jangan takut aku just nak letak minyak je tapi kalau kau melawan aku buat lebih dari itu." Lelaki itu merapatkan wajahnya dengan wajah Nuha.
" Awak ni siapa hah sesuka hati nak sentuh orang awak ingat awak laki saya takut." Nuha menjauhkan wajahnya dari wajah lelaki itu.
" Aku Rizal kenapa kau ada masalah ke dengan aku." Rizal meletakkan minyak angin di kaki Nuha.
" Ada saya kisah siapa awak." Nuha menjeling Rizal.
" Kau belum kenai siapa aku." Rizal menekan kuat kaki Nuha sehigga Nuha mengadu kesakitan.
" Saya tak nak kenal siapa awak dan awak tak perlu kenalkan diri awak sebab bagi saya tak penting." Nuha menarik kakinya.
" NN kau okay tak ni kenapa dengan kaki kau ni." Mira masuk bersama zack di sisi.
" Aku terlanggar batu tadi sakit habis badan aku." Nuha memicik bahunya yang sakit.
" Kau cakap aku batu ini dah melampau." Rizal memandang tajam ke arah Nuha sehingga Nuha cuak.
" Ehh Rizal awak pun ada dekat sini." Mira memandang Rizal.
" Mira kau kenal ke si miang ni." Nuha memandang Mira.
" Kenal la dia ni kawan zack." Mira merapati Nuha.
" Tak payah bagitahu sebab aku tak nak tahu." Nuha terus berlalu ke arah bilik air untuk mengambil wuduk memandangkan sudah masuk waktu zuhur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience