BAB 25

Romance Completed 35330

Nuha memandang ke arah Nik dan juga Johan pelik pun ada kenapa mereka mahu tinggal sini sedangkan ini mansion lama. Nuha pandang Rizal meminta Rizal bersuara terlebih dahulu. Rizal hanya mengikut sahaja memandangkan dia adalah bos.
" Aku nak tahu kenapa korang berdua nak tinggal sini." Rizal merenung tajam ke arah Johan dan Nik.
" Bos aku sebenarnya benci la dengan.....kata kata Nik terhenti bila dia terpandang Nuha.
" Cakap je saya tak kisah." Nuha mengukir senyuman kepada Nik dan Johan.
" dengan Mira tu bukan setakat dia aku pun benci tahu." Johan mencelah secara tiba tiba.
" tapi kenapa korang benci dia sampai kena pindah bagai." Rizal menarik tangan Nuha lalu di genggam kemas.
" Kau tahu kan di sebab kan Mira kami terpaksa berjauhan dengan NN kau tahu kan kami ni dah macam bff bila NN tak ada kami rasa macam tak lengkap." Johan memandang Rizal berharap Rizal menunaikan pemintaannya kali ini.
" Habis kalau korang duduk sini....dekat sana siapa yang nak duduk." Rizal memandang Nuha.
" Ala bos minta la Cik Mira tu beranak cepat cepat bagi bos anak buah baru aku nak duduk sini dekat sini ada NN dekat sana tak ada NN lagipun malas la aku nak hadap muka Cik Mira tu." Nik menjeling Rizal tanpa sengaja.
" Mana kau belajar jeling jeling ni." Rizal merenung tajam wajah Nik.
" Bos ni aku saja je nak belajar jeling jeling maut macam NN selalu jeling tu." Nik memeluk lengan Johan. Johan terus menolak kepala Nik.
" Ri kau tak kesian ke dekat kitorang lagipun kalau kami tinggal sini boleh la kami jaga NN." Johan bersuara lagi.
" Kau macam setuju ke diorang tinggal sini dengan kau." Rizal memandang Nuha.
" Kalau awak izinkan diorang tinggal sini apa salahnya kami bukan berdua-duaan." Nuha meletakkan kepalanya di atas bahu Rizal.
" Aku masih lagi tak puas hati dengan alasan korang." Rizal mencapai air teh di dalam cawan.
" Sebelum aku terus terang dengan kau baik kau jujur dengan aku Ri." Johan sudah hilang sabar.
" Terus terang apa." Rizal pura pura tidak tahu.
" Betul tak Cik Mira tu dah mengandung anak Zack hasil dari perbuatan terkutuk diorang." Nik menyoal tanpa peduli kan Nuha. Rizal pandang Nuha yang sudah terkedu.
" Ri jawab la aku tanya ni kenapa kau diam." Johan bangun dari duduknya.
" Ye memang betul Mira mengandung dan sebab tu juga la diorang nak kahwin cepat." Rizal juga turut bangun sebelum dia menjerit lantang.
" Aku benci kau penipu berambus aku tak nak tengok muka kau sanggup kau tipu aku sial." Nuha terus berlalu pergi dari ruang tamu air matanya mengalir tanpa sedar. Dia kecewa dengan Rizal yang sanggup tipu dia. Nuha masuk ke dalam biliknya pintu di kunci rapat sebelum dia menyandarkan tubuhnya di belakang pintu. Nuha memeluk lututnya sendiri jadi ini la sebab kenapa Mira ingin mempercepat majlis perkahwinan dia dan Zack. Tegar Mira menyakitinya kerana ingin bersama Zack.
Rizal yang berada di bawah sudah merauk wajahnya dia bangun menghadap Johan dan Nik.
" Mana korang tahu Mira mengandung." Rizal duduk semula.
" Mula mula kami tak tahu tapi kami syak la yang Mira tu mengandung dan pagi tadi masa kami nak keluar kami ada lalu depan bilik Mira tu lepastu kami terdengar apa yang dia dengan Zack cakap diorang gaduh pasal anak tu. Diorang petik nama kau hanya kau seorang je yang tahu Mira tu mengandung." Johan menceritakan semuanya kepada Rizal.
" Korang boleh tinggal sini tapi ingat jangan lebih lebih dengan NN tu...Dia aku punya." Rizal mendekati lift sampai sahaja di atas di menuju ke arah pintu bilik Nuha kunci di keluarkan dari poket seluar sekejap sahaja pintu sudah terbuka dari luar. Rizal melangkah masuk ke dalam bilik Nuha dia mancari Nuha tetapi tiada. Rizal turun ke bawah bilik Mika di tuju. Rizal memandang Mira yang melihat ke arahnya. Rizal mula risau dia mencari setiap inci mansion namun hampa Nuha masih lagi tidak di jumpai. Rizal mendekati Johan.
" Jo NN lari dari sini tolong aku cari dia." Rizal terus melangkah keluar dari mansion dia mencari Nuha di sekitar mansion tetapi tiada. Rizal memandang ke arah hutan tebal. Rizal mula rasa tidak sedap hati bila memandang hutan itu. Rizal terus memandu menghala ke arah mansion milik sahabat arwah daddynya. Sampai sahaja Rizal terus keluar pistol di belakang baju di ambil. Rizal melangkah setapak demi setapak ke hadapan sebelum dia merebahkan di atas jalan tar. Nuha yang memandang dari tingkat atas hanya tersenyum sinis. Nuha turun ke bawah dia perlu berbincang dengan Rizal. Nuha masuk ke bilik bawah tanah face mask di betulkan sedikit. Nuha mendekati Rizal yang sudah pengsan.
" Ikat dia dekat kerusi tu jangan sakiti dia." Nuha duduk di kerusi yang tidak jauh dari Rizal duduk. Nuha mengeluarkan pistol sementara menunggu Rizal sedar baik dia cuci pistol kesayangannya. Beberapa minit menunggu akhirnya Rizal sedar dari pengsannya. Rizal membuka mata memandang ke arah seorang perempuan yang sedang memandangnya.
" Kau siapa hah." Rizak bersuara lemah. Nuha mendekati Rizal sebelum dia mencapai Air mineral di atas meja di sisinya. Nuha membuka penutup botol lalu air itu disua ke bibir Rizal. Rizal masih tidak membuka mulutnya dia menggeleng kepala.
" Minum la kau jangan risau aku tak letak racun pun." Nuha menghala lagi kali ini Rizal minum tanpa banyak soal.
" Aku ketua agensi penyiasat pembunuh upahan atau lebih tepat Misteri." Nuha bangun dari duduknya.
" Kau nak apa dari aku." Rizal menyoal dalam keadaan dia macam sekarang memang sukar untuk dia berlawan.
" Kau masuk kawasan aku jadi kau la nak apa." Nuha mula bermain tarik tali bersama Rizal.
" Aku nak cari bini aku la." Rizal menjawab tanpa ragu ragu.
" Bila masa kau kahwin." Nuha menahan ketawanya.
" Kau sibuk pahal sekarang mana bini aku." Rizal menjeling Nuha.
" Manaa aku tahu bini kau kan." Nuha meletakkan pistol kesayangannya di atas meja di hadapan Rizal dan juga dia.
" Kau tahu tak apa akibatnya kalau orang dah langgar masuk kawasan aku.... Dia tak akan pulang dengan selamat." Nuha bermain dengan pistol kesayangannya. Rizal meronta ronta untuk melepaskan dirinya.
" Jack tolong ambil fail dalam peti besi tu." Nuha memandang Jack yang berada tidak jauh dari situ. Jack mencapai satu sampul surat yang berada di dalam peti besi itu lalu di hulurkan kepada Nuha. Nuha menyembut sebelum dia membuka sambul itu. Nuha meletakan kertas itu di hadapan Rizal. Rizal membaca setiap perkataan yang ada.
" Ini tugas aku yang keluarga mafia minta aku sampaikan pada anak dia bila tiba masa yang di tetap jadi ini lah masanya so kau boleh tolong tandatangan dekat sini supaya senang kerja aku." Nuha menghulurkan sebatang pen kepada Rizal. Jack membuka gari ditangan Rizal. Rizal mencapai pen tersebut sebelum dia menurunkan tandatangannya di situ. Jack ingin menggari tangan Rizal tetapi dia halang oleh Nuha.
" Tugas aku sudah selesai jadi kau boleh berambus dari sini sebelum aku ubah fikiran." Nuha menyilang kan kakinya. Rizal mencapai wasiat itu dia menyimpan di dalam jaket kulit miliknya.
" Bos diorang dah dapatkan orang tua tu dengan perempuan tu." Jack memandang Nuha.
" Bawak diorang masuk sini dah lama pistol kesayangannya aku tak makan jadi malam ni kita bagi dia makan." Nuha bangun dan ingin berlalu pergi tetapi di tahan oleh Rizal. Rizal terus memeluk tubub Nuha.
" Kenapa kau tipu...kenapa kau tak bagitahu tahu aku yang selama ini kau sama macam aku seorang pembunuh." Rizal berbisik di telinga Nuha. Nuha terkedu tidak sangka Rizal boleh mengenalinya.
" Macam mana kau boleh kenal aku." Nuha menolak kuat tubub Rizal.
" pandangan mata kau telah membuktikan siapa diri kau." Rizal mendekati Nuha. Rizal mendekat kan wajahnya dan Nuha sebelum face mask dibuka sepantas kilat bibir Nuha di pagut mesra. Nuha yang tidak sedar apa yang terjadi cuba membalas dan mengikuti rentak Rizal tiba tiba pintu di buka oleh Jack. Nuha terus menolak tubuh Rizal.
" Sorry bos aku ingat bos tengah berborak dengan king kalau aku tahu bos nak buat baby aku tak akan potong stim." Jack ketawa halus wajah Nuha sudah mula merah.
" Dah mana diorang." Nuha memandang Jack.
" Bawak diorang masuk." Jack memberi laluan pada anak buahnya. Nuha menanti dengan penuh sabar face mask di betulkan.
" Hey lepas la korang ni kenapa hah." Puteri meronta ronta melepas dirinya.
" Shutt diam jangan bising bos aku tak suka orang bising bising nanti dia terus kill je." Alex mengusap pipi Puteri.
" Alex jaga tangan." Nuha memandang anak buahnya.
" Tapi bos ni barang cantik tak kan nak bagi saya guna dulu mana tahu kot kot masih bergetah." Alex ketawa sebelum Jack ikut ketawa. Rizal hanya tersenyum ini kah cara Nuha layan anak buah nya.
" Jangan sentuh dia...dia hak aku kalau korang nak aku boleh tolong korang perempuan ni di jamin masih bergetah." Naga menjerit lantang.
" Kalau macam tu mana perempuan tu bagi aku tengok." Alex memandang Naga. Naga mengeluarkan telefon lalu dia sua ke arah Alex. Alex terus ketawa sehingga menekan perutnya. Jack yang melihat turut ketawa sebelum satu tumbukan hinggap di wajah Naga.
" Kau nak kitorang ratah perempuan ni lambat lagi." Jack menumbuk lagi wajah Naga.
" Biar aku bagi tahu pula....dia sebenarnya teng teng teng teng.....Alex membuat bunyi muzik sebelum dia dan juga Jack menjawab serentak.
" NUHA NAJWA MY BOSS." Alex dan juga Jack ketawa lagi. Naga yang mendengar terus ternganga.
" Jadi selama ni perempuan yang aku cari adalah kau." Naga memandang Nuha.
" NN tolong lepaskan aku." Puteri memandang ke arah Nuha.
" Shutt jangan merayu sebab rayuan kau sampah di telinga aku." Nuha mendekati Puteri sebelum pipi puteri di usap lembut.
" Betul cakap kau Alex dia ni cantik." Nuha bersuara perlahan.
" Tu kan boss bagi aku la lagipun boss bukan bagi saya masuk club ke boss nak aku jadikan perempuan ni sebagai perempuan simpanan." Alex mencium pipi kanan puteri.
" Jack kau ajar sikit dia ni." Nuha memandang Jack yang sedang melukis sesuatu. Jack bangun dari duduknya dia mendekati Alex. Alex tidak tunggu lama dia terus berlari ke arah pintu sebelum dia keluar dari situ. Jack menutup pintu tetapi muncul Nik dan juga Johan.
" Oii bangsat boss kau mana hah kau tahu tak king cari dia. Dia ada datang sini tak." Nik menyoal sebelum dia melangkah masuk.
" Salam tak ada tiba tiba main terjah je memang cari mampus kau." Jack memandang Nik dan juga Johan. Johan dan Nik berdiri kaku tidak bergerak. Rizal yang melihat juga turun terkejut.
" Kau buat apa dekat sini Ri." Johan bersuara.
" Aku jumpa pujaan hati aku la." Rizal memeluk Nuha.
" Lain kali datang sini bagi salam." Nuha memandang Johan dan juga Nik.
" Boss time lunch ni jom makan nanti diorang ni biar je dekat sini nanti aku suruh Alex bawak kan makanan dekat diorang." Jack berjalan di belakang Nuha. Nuha dan Rizal duduk di meja makan. Azizi yang baru turun duduk di kepala meja sambil memandang Rizal. Mereka makan sehingga selesai. Nuha yang sudah selesai makan melangkah ke arah biliknya Rizal hanya ikut dari belakang sahaja. Nuha membuka pintu sebelum dia memanjat katil terus di hempas tubuhnya di atas katil. Nuha tidur tanpa mempedulikan Rizal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience