BAB 23

Romance Completed 35330

Nuha Rizal dan juga Nik sampai di hadapan sebuah mall Nuha yang berjalan bersama Rizal terus menarik Nik berjalan seiringan dengan nya. Nuha memeluk tangan Rizal dan juga Nik. Rizal hanya menbiarkan sahaja walaupun timbul perasaan cemburu.
" Awak kita nak buat apa dekat sini." Nuha memandang Rizal.
" Jalan lepastu shopping la barang barang yang kau nak." Rizal memandang sekelilingnya.
" Yeahh bestnya dah lama tak shopping." Nuha begitu teruja.
" Kau tunggu sini dengan Nik aku nak ke tandas jap." Rizal melangkah pergi dari situ. Nik memandang Nuha yang masih memeluk lengannya.
" Hey tak sangka jumpa kau dekat sini." Puteri memandang ke arah Nuha.
" Sorry kau siapa ehh." Nuha pura pura tidak mengenali puteri.
" Wow cepat betul kau lupakan aku kitorang." Datin Naura mencelah dengan suara keras tetapi tidak sedikit pun Nuha takut.
" Ni jantan mana pula kau angkut hari tu dengan lelaki lain sekarang yang ni pula tapi aku bangga dengan kau semua yang kau cari boleh tahan segak." Puteri memandang ke arah Nik.
" Suka hati aku la nak angkut jantan mana sekali pun kau jangan risau tunang kau tu lambat lagi aku nak angkut kalau aku nak kahwin nanti baru aku angkut tunang kau." Nuha ketawa jahat.
" Kurang ajar punya perempuan." Puteri ingin menyerang Nuha tetapi di tahan oleh Datin Naura.
" Jangan lupa korang yang ajar aku jadi macam ni kalau bukan di sebab kan rancangan korang papa aku tak akan mati." Nuha merenung tajam ke arah Datin Naura. Wajah Datin Naura sudah pucat tidak berdarah.
" Kau ada bukti nak tuduh kami bunuh papa kau." Puteri menolak bahu Nuha.
" Sebab ada la aku diam." Nuha menjeling Rizal yang mendekati mereka.
" Aku akan bunuh korang semua yang ada kaitan dengan kematian papa aku." Nuha merenung tajam ke dalam anak mata Datin Naura.
" La aku ingat kau dengan jantan ni je rupanya dua sekali." Puteri memandang Rizal.
" Kau tak mampu sebab tunang kau dah ada dalam live aku." Nuha menunjuk gambarnya bersama Ikmal. Puteri terus menyerang Nuha tetapi Nuha lebih pantas mengelak dan tidak di sangka Puteri jatuh terduduk di atas lantai.
" Ala kesiannya jatuh sini aku tolong." Nuha duduk di hadapan Puteri sebelum satu tamparan hinggap di pipi gebu Puteri. Datin Naura yang memandang tidak berani ikut campur tapi bila melihat Nuha sudah menarik rambut Puteri terus dia mendekati Nuha.
" Kau dekat putus leher dia aku potong." Nuha meletakkan pisau di leher Puteri. Puteri sudah menggigil ketakutan. Datin Naura kaku berdiri manakala Rizal dan Nik sudah terkejut. Nik melihat sekeliling nasib baik la tempat mereka duduk adalah kawasan yang sunyi kalau tidak mesti orang pakat lihat apa yang terjadi.
"Ingat kau nak selamat jauhkan diri dari aku dan jangan sesekali buat benda yang aku paling benci." Nuha mengusap pipi Puteri dengan pisau.
" A...aku. janji tak kacau kau lagi lepas kan aku NN...Aku minta maaf." Puteri sudah menangis.
" Ingat Datin keluarga Datin dalam zon merah kalau Datin tersilap langkah jangan salahkan saya kalau neraka kirim salam." Nuha bangun dari duduknya dia menyimpan pisau ke dalam jaket yang dipakainya. Nuha melangkah masuk ke dalam mall. Rizal mendekati Nuha yang sedang melihat sekeliling.
" Mana kau dapat pisau tu." Rizal memandang Nuha.
" Dalam bilik awak la kan saya tinggal dalam bilik awak." Nuha ketawa kecil.
" Bahaya la kau main pisau tu kalau tadi tiba tiba kau tertekan pisau tu dekat leher dia macam mana...Bagi balik pisau tu dekat aku." Rizal menghulurkan tanganya.
" Kalau dah mati tu namanya ajal nak buat macam mana." Nuha memberi pisau itu kepada Rizal. Nik menggeleng kepala tahu sangat la yang Nuha menipu.
" Awak malam ni kita pergi club boleh awak teman saya." Nuha memandang Rizal.
" Tak nak la aku bosan lagipun club tu banyak bohsia." Rizal mencapai minyak wangi wanita lalu di bau sama macam yang macam Nuha pakai.
" Ala awak boleh la. kalau awak tak nak pergi tak apa saya pergi dengan Ady lepastu Noah lepastu loe lepastu A.... Nuha matikan kata katanya bila melihat beberapa orang memakai sut serba hitam memandang mereka.
" Awak jom balik saya rasa tak sedap badan la kepala saya pening." Nuha pura pura ingin jatuh tetapi Rizal lebih cepat menyambut tubuh Nuha.
" Nik kita balik sekarang." Rizal mencepung tubuh Nuha lalu dibawak ke kereta. Nik memandu keluar dari kawasan mall. Tiba tiba kereta mereka di kepung oleh beberapa biji kereta. Rizal mengeluarkan pistolnya. Nik masih lagi fokus pada pemanduannya. Nuha mencapai pistol dari belakang baju Rizal lalu menembak ke arah musuh. Rizal yang memandang dengan riak terkejut. Nuha keluar dari kereta habis semua kereta di tembak. Rizal keluar dari kereta tetapi tidak sampai beberapa saat Nuha sudah menariknya masuk ke dalam kereta.
" Nik jalan biar kan diorang." Nuha memberi arahan.
" Kau gila ke biarkan diorang terlepas macam tu." Rizal merauk wajahnya. Telefon Rizal berbunyi tanpa melihat si pemanggil Rizal terus manjawab.
" Kau nak apa." Rizal menyoal Zack.
" Semua musuh kita mati aku sampai sampai je diorang dah mampus cuma aku tak jumpa orang kanan Naga." Zack memberi maklumat.
" Kau biar betul tadi masa kami tinggal tempat tu budak budak Naga masih hidup." Rizal seakan tidak percaya.
" Betul la aku dah hantar mayat diorang pada Naga cuma aku ambil salah seorang dari nak buat bedah siasat." Zack memandang mayat budak Naga yang terbaring kaku.
" Kau buat apa yang patut kejap lagi aku sampai." Rizal terus mematikan talian.
" Saya tak nak balik mansion awak tu saya nak mansion daddy." Nuha memberi tahu tanpa berselindung.
" Aku tahu la dah jangan risau." Rizal yakin Nuha ada sembunyikan sesuatu darinya sampai sahaja di hadapan mansion Nuha terus keluar dari kereta. Nik memandu pulang ke mansion Rizal.

**************
Malam itu Nuha keluar dari mansion dia berjalan sambil bermain dengan pisau kesayangannya. Nuha melangkah masuk ke dalam ruang mansion. Jack yang sedang menunggu Nuha terus mendapatkan Nuha.
" Tadi kami hampir hampir kena tangkap dengan budak budak king nasib baik kami bla awal lagi dan kami sempat rembat salah seorang dari diorang." Jack mengiringi Nuha turun ke bilik bawah tanah sampai sahaja Nuha terus masuk ke dalam di lihat seorang lelaki sudah lemah.
" Hai....aku sebenarnya malas nak cakap panjang panjang jadi sekarang aku nak tanya kau kenapa kau serang king." Nuha duduk di kerusi.
" Bos aku nak king mati." Jawab dia tanpa berselindung.
" Kau tahu tak sekarang ni kau dalam bahaya." Nuha ketawa sinis.
" Aku tahu aku cuma jalankan tugas aku je." Rol menjawab perlahan.
" Aku pun tengah jalannya tugas aku." Nuha meletakkan kad namanya di hadapan Rol.
" Jadi kau la yang perempuan tua tu cari." Rol menyoal Nuha.
" Perempuan tua mana pula ni baik kau bagi tahu sebelum aku bakar kau hidup hidup." Nuha memandang Rol.
" Datin Naura dia minta aku bos aku bunuh kau tapi bos aku tak nak lepastu dia tawar Puteri untuk jadi tukaran asalkan bos aku nak tolong dia dan bos aku setuju sekarang ni diorang tengah cari kau." Rol menjawab bila Nuha mengacuhkan pisau di leher Rol.
" Jadi kau pun tolong la macam tu." Nuha memandang Rol.
" Tak aku tak terlibat aku cuba di tugaskan untuk bunuh King." Rol memejam mata bila pisau itu mula terbenam di lengannya.
" Kau dah silap langkah untuk bermain Rol aku tahu kau orang kanan Naga tapi kenapa kau bagitahu semuanya pasal Naga dekat aku." Nuha bangun dari duduknya.
" Aku minta maaf aku orang suruhan Azi dia yang minta aku join kumpulan Naga dan cari tahu apa yang Naga rancang." Rol menjawab dengan lemah. Nuha memandang Rol sebelum dia melangkah menjauhi Rol.
" Kau ni boleh di percayai ke." Nuha memandang riak Rol.
" Betul apa yang dia cakap tu aku yang upah dia jadi orang kanan Naga ni identiti sebenar dia." Azizi muncul bersama sampul surat di tangan. Nuha membuka dan membaca satu persatu.
" Nasib baik kau bagitahu kalau tidak mati budak ni aku bunuh." Nuha duduk di kerusi sambil memandang Rol atau nama sebenarnya Kamarul.
Nuha melangkah keluar dari bilik seksaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience