Nuha keluar dari bilik tidurnya dia memandang ke arah Rizal yang tidur di sampingnya. Nuha menggeleng kepala bila memikirkan tentang Rizal yang keras kepala dia sudah melarang Rizal dari memasuki biliknya tetapi tak diendahkan oleh Rizal. Rizal selalu mencuri masuk ke dalam biliknya walaupun dia sudah mengunci pintu.
" Apa yang miss NN termenungkan." Muncul Nik di ruang dapur. Pagi ini Nuha ingin memasak untuk sarapan pagi.
" Tak ada apa lah awak jangan la panggil saya Miss NN saya tak berapa suka." Nuha menyeluarkan bahan basah dari peti sejuk.
" Kalau tak panggil Miss NN nak panggil apa." Nik membantu Nuha meletakan bahan mentah di atas meja.
" Panggil NN je tak payah Miss miss." Nuha memotong ayam sederhana kecil.
" Tak nak la saya nanti tak pasal pasal makan pelu....penumbuk Bos." Nik menarik nafas lega nasib baik tak terlepas cakap kalau tidak mati la anak.
" Kalau dia marah awak saya marah dia balik tangan tu asyik nak pukul orang je." Nuha meneruskan masakannya.
" La NN tak payah buat semua ni biar Mak zah je yang buat nanti Ri marah Mak zah pulak." Mak zah yang baru muncul bersama Zack memandang ke arah Nuha.
" Kenapa semua orang takut sangat ehh dekat dia tu." Nuha memandang ke arah Mak zah.
" Mesti la kitorang takut nanti tak pasal pasal kena buang kerja." Nik menjawab sambil memndang Mak zah.
" Korang jangan takut la nanti kalau dia marah korang NN marah dia balik lagipun NN dah lama tak masak." Nuha membasuh ayam yang sudah dipotong olahnya.
" Amboi sedap nya mulut kau je nak marah aku." Rizal muncul dari arah ruang tamu.
" Awak jangan la marah diorang saya yang nak buat semua ni kalau awak marah diorang saya tak nak cakap dengan awak sebulan." Nuha meneruskan kerjanya sehingga siap.
" Miss saya pergi dulu ada kerja nak buat." Nik ingin melangkah pergi.
" Berapa kali awak nak saya ulang hah saya cakap panggil saya NN bukan Miss NN." Nuha menghentak pisau di tanganya ke atas meja. Nik sudah kecut bila melihat Nuha memandang tajam ke arahnya. Mak zah dan juga Zack sudah kaku berdiri.
" Maaf saya tak sengaja awak jangan la marah nanti cepat tua." Nik menundukkan wajahnya.
" okay tak saya berlakon jadi jahat agak agak saya boleh jadi pelakon tak." Nuha tersenyum manis. Semua yang ada di situ sudah tercengang dengan kata kata Nuha.
" Adoi miss ni buat saya takut la..Miss tahu tak jantung saya ni hampir terkeluar dari badan saya. Miss.....Terus mati kata kata Nik bila sebilah pisau sudah terpacak di bahunya. Nik menjerit nyaring menahan sakit. Zack Rizak dan juga Mak zah sudah terkejut. Zack memandang ke arah Nuha aura yang ada pada Nuha membuatkan Zack menunduk ke bawah. Rizal pula memandang ke arah Nuha yang sedang memandang tajam ke arah Nik. Rizal perasan yang Nuha ada satu aura yang dia sendiri tidak tahu.
" Jangan sampai aku bunuh kau." Sehabis sahaja cakap Nuha melangkah keluar dari dapur dia mencapai kunci kereta milik Rizal. Nuha memandu keluar dari mansion. Nuha memandu menhala ke arah satu tempat.
**********
Nuha keluar dari kereta dia melangkah masuk ke dalam sebuah mansion yang terletak di tengah tengah hutan tebal.
" Kenapa kau muncul tiba tiba ni." Muncul seorang lelaki tua di hadapan Nuha.
" Kau kena tolong aku tadi aku tak sengaja baling pisau dekat anak buah dia aku betul betul marah time tu sampai aku tak boleh nak kawal emosi aku." Nuha duduk di hadapan lelaki itu.
" Kau jangan risau la dia tak akan tahu tentang kau lagipun dia tahu siapa kau kan." Lelaki itu memandang ke arah Nuha.
" Tak dia tak tahu." Nuha melangkah ke arah bilik memanah dia mencapai salah satu anak panah sebelum dia melepaskan anak panah. Anak panah itu tepat mengenai patung.
" Mira macam mana dia sihat." Lelaki itu meandang Nuha.
" Kau jangan risau anak kau sekarang ni dah jumpa dengan orang yang jauh lebih baik dari si Nizam bodoh tu." Nuha memandang Lelaki itu.
" Azi kau tak nak jumpa Mira ke sampai bila kau bak sembunyikan diri kau...kau kena ingat aku selamatkan kau bukan untuk kau sembunyikan diri tapi.... belum sempat dia menghabiskan kata kata Azizi sudah memandang dia.
" Aku belum bersedia lagipun aku takut dia benci aku sebab aku tipu dia." Azizi duduk di kerusi sebelah Nuha.
" Ikut kau la aku tak nak masuk campur." Nuha memandang ke arah anak buah Azizi yang sedang berlatih.
" Aku ada tugas baru untuk kau." Azizi melemparkan sampul surat ke arah Nuha. Nuha mencapai lalu melihat isi dalamnya.
" Aku nak kau cari Munir kalau boleh dalam masa terdekat ni." Azizi merenung anak mata Nuha. Dia sudah mengamanahkan Nuha untuk menjaga satu satunya anak perempuan yang dia ada.
"Aku tak boleh nak keluar sesuka hati dari mansion dia tu kalau aku nak keluar pun dia kena ikut aku." Nuha menyimpan sampul itu ke dalam jaket kulitnya.
" Kau guna la cara yang kau selalu guna masa jalankan misi." Azizi memandang Nuha.
" Nanti aku cuba...aku dah kena balik ni nanti Rizal cari pulak." Nuha melangkah pergi dari situ dia terpaksa meredahi hutan untuk sampai ke kereta. Nuha memandu pulak ke mansion Rizal. identitinya masih lagi dalam keadaan selamat. Dia harus melindungi Mira dan juga Rizal dari ancama musuh kejadian culik tempoh ada lah satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan Rizal. Dia terpaksa jadi perempuan lemah yang tidak pandai berlawan sedangkan dia tahu seni mempertahankan diri.
Share this novel