BAB 16

Romance Completed 8272

24 Ramadhan 1435

ADRA pandang Aisar pelik. Kelam kabut semacam sahaja adik ipar dia itu. Sekejap tenung ayam di sinki, sekejap tangan dia mencapai pisau. Alihnya, satu apa pun tidak menjadi. Padahal, Aisar yang beriya mahu memasak untuk juadah berbuka hari ini. Semangat lagi dia, siap ambil cuti lagi.

“Ayam tu nak masak apa, Aisar?”

Aisar alih pandangannya. Matanya kini tepat pada Adra di sebelahnya.

“Aisar tak pastilah, kak. What I’m supposed to do?” Eh, luku juga kepala si Aisar ni nanti. Adra tenung Aisar, tidak percaya akan apa yang didengarinya tadi.

“Kan Aisar yang beriya nak masak, takkanlah tak tahu nak masak apa lagi? Hmmm, Aisar tahu tak apa masakan favourite Hafiz?” Aisar angguk.

“Memanglah Aisar tahu tapi… macam tak yakin pulak nak masak ni. First time ni Aisar nak masak untuk Hafiz. Sudahlah kita orang jarang jumpa, takut pulak nanti apa pandangan dia…”

Adra sembunyikan senyumannya.

“I’ve feeling this kind of nervousness before. Menggeletar tahu badan akak ni masa kali pertama masak untuk abang Aq. But, so far so good. Nothing to worry, Aisar. Kalau kita ikhlas, Insha Allah… keputusannya baik. Positif,” Adra sekadar mahu memberikan sedikit semangat kepada Aisar.

Gadis itu masih belum biasa dengan Hafiz. Tambahan pula, mereka sangat jarang bersua. Sedari sebelum bertunang lagi.

“Haip! Bismillah…”

Pisau ditangan Aisar mula digerakkan. Segala lemak yang terkumpul di ketulan ayam, dibuang. Mindanya mula mencerakin masakan yang akan menjadi juadah berbuka puasa malam ini.

Haji Akasyah dan Hajah Maryam yang merancangkan agar Hafiz, bakal menantu mereka itu meluangkan masa sehari untuk berbuka puasa bersama. Selain itu, boleh juga mengeratkan lagi hubungan mereka. Bukannya mereka tidak tahu, Aisar masih segan dengan Hafiz.

AISAR menuangkan minuman ke dalam cawan. Mereka sekeluarga termasuk Hafiz bersantai di gazebo setelah pulang dari solat terawih. Alang-alang, boleh juga berbincang sedikit tentang hal perkahwinan Hafiz dan Aisar. Tarikh pernikahan yang ditetapkan ketika majlis pertunangan dulu semakin hampir.

Dalam keriuhan perbualan itu, Anaqi bagaikan melekat pada Hafiz. Rapat seperti sudah lama bertemu. Mungkin Anaqi selesa disamping Hafiz yang memang sukakan kanak-kanak itu.

“Tak lama lagi dah nak raya. Cepat pulak masa berlalu. Maknanya majlis nikah Hafiz dengan adik pun dah dekatlah ya,” Haji Akasyah sudah mengubah topik perbualan mereka.

“Itulah. Kita ni satu apa pun tak siapkan lagi. Bakal pengantin ni relaks aje,” Hajah Maryam kerling Aisar di sisi.

Aisar senyum nipis. Sebenarnya, dia tidak tahu bagaimana mahu membalas. Jika mereka sekeluarga sahaja tanpa Hafiz, mungkin mulutnya tak akan berat seperti ini. Haru juga jika keadaan ini berlarutan sehingga mereka bernikah nanti. Hafiz pula dengan perangai selambanya.

“Keluarga saya dah set up dewan dan jemputan,” maklum Hafiz. Aisar kerut dahi. Sempat lagi lelaki itu membalas biarpun sibuk melayan kerenah Anaqi yang semakin banyak mulut itu.

Bercakap bahasa bayi, manalah nak faham.

“Amboi, cepatnya. Nampak sangat dah tak sabar ni,” usik Akieff sambil tangannya menepuk bahu Hafiz.

Hafiz gelak nipis. Dipandang Aisar sekilas.

Sememangnya sudah lama dia bersedia. Cuma, Aisar sahaja sukar dijinakkan. Jika ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mempercepatkan tarikh pernikahan mereka. Susah sangat dia nak mengenali Aisar sekarang ini.

“Usia dah nak masuk three-series, bang. Macam-macam benda fikir,” balas Hafiz bersahaja.

Haji Akasyah dan Hajah Maryam senyum penuh makna pada Aisar.

“No… comment,” Aisar sengih. Adra hanya mampu menekup mulutnya, menahan tawa. Malas mahu menyampuk. Faham sangat sikap Aisar yang pemalu jika Hafiz dekat dengannya.

Pasti ada sebabnya mengapa dia terlalu malu dengan tunangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience