BAB 14

Romance Completed 8272

Akieff memandu tenang membelah jalan raya. Tangan kirinya erat memegang jemari Adra sementara tangan kanan mengawal stereng. Dibiarkan isterinya itu menangis, mungkin hati Adra akan tenang sedikit.

“Abang, tak nak balik rumah ibu dulu. Adra tak kuat nak facing dia orang. Please,” rayu Adra dalam tangis yang masih bersisa.

“Iyalah. Kita balik rumah dulu. Abang call ibu minta jagakan Anaqi dulu untuk malam ni. Okey?”

Adra angguk lemah.

Sebelum pulang, Akieff membeli makanan untuk berbuka puasa dahulu. Sudah tentu Adra tiada mood untuk memasak.

*****

22 Ramadhan 1435

TIGA hari masa diambil Akieff untuk menyelesaikan kekusutan yang melanda. Bukan mudah untuk membuat keputusan. Tetapi, dia mengharapkan keputusan yang diambil ini mampu memberi ketenangan pada ketiga-tiga mereka. Biarlah keluarganya dan keluarga Adra tidak mengetahui tentang Hajar buat sementara waktu. Dia pasti, ini hanyalah dugaan yang harus dia dan Adra harungi.

Anaqi melangut. Dia pandang babanya yang sedari tadi asyik mengelamun. Jemari comelnya menguis betis babanya yang duduk melunjur kaki itu. Anaqi yang sedang meniarap cuba pula naik ke riba Akieff apabila babanya masih tidak sedar dari lamunan. Haish, baba ni. Takkanlah rindukan ummi. Ummi ada di dapur saja pun.

Dek geram Akieff tidak melayannya, Anaqi menangis. Hambik baba, nasib baik tak tertendang si Anaqi comel tu.

“Alolo, sayang baba. Maaf,” Akieff angkat Anaqi. Terus senyap. Macam ini rupanya mahu mengenakan babanya. Fa… ham.

“Kenapa, abang?”

“Errr… abang ralit tengok cerita kat tv tu. Tak perasan Anaqi nak main dengan abang,” Tipu Akieff. Mahunya kena pelangkung dengan sudip jika perihal keputusannya itu yang menyebabkan dia mengelamun… tidak melayan Anaqi.

“Apalah abang ni. Terkejut Adra. Abang bawalah Anaqi keluar, bosan kot tu. Kejap lagi Adra teman. Sikit aje lagi nak siap masak…”

“Iyalah. Abang tunggu kat laman. Jangan kalut sangat sudah, habis hangus makanan berbuka nanti,” Adra gelak nipis.

Sempat lagi Akieff mahu mengenakannya.

Akieff bangkit. Dia mendukung Anaqi ke halaman rumah. Selalunya, di situlah Anaqi akan bermain. Sengaja Akieff dan Adra menghias halaman dengan rumput buatan yang lembut seperti karpet itu. Tidaklah Anaqi tercedera ketika bermain di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience