BAB 4

Romance Completed 8272

ADRA menghulurkan mug berisi milo susu panas kepada Akieff yang baru pulang terawih. Mereka berehat di ruang tamu. Anaqi pula sibuk bergolek berkuak lentang di atas permaidani gebu di tengah-tengah ruang tamu. Buas.

“Abang, ibu telefon tadi…” Adra duduk di sisi Anaqi. “… ibu nak buat kenduri doa selamat sikit. Ibu nak abang jemput staf-staf abang tu,” maklum Adra.

“Bila?”

“Lusa ni. Beriya aje ibu, siap ajak Adra pergi beli barang-barang nak masak. Esok ibu datang ambil. Abang izinkan tak?” Adra pandang suaminya di sofa.

“Bolehlah. Tak kasi karang, lebam bahu abang ni ibu tumbuk. Nak ajak Aisar, sibuk memanjang. Lagipun, esok abang ada meeting sampai petang,” balas Akieff sebelum menyisip minumannya itu.

“Abang, Hajar yang kita jumpa hari tu kan, dah berpunya ke?” tanya Adra sambil membaringkan Anaqi di tilamnya.

“Hah? Manalah abang tahu sayang oi. Kenapa tiba-tiba tanya ni?” Pelik juga Akieff, Adra mengungkit soal Hajar.

Bertemu pun cuma sekali, takkan sudah kamcing kot.

“Tak ada apa-apalah, abang. She’s beautiful. Muslimah sejati. Adra suka tengok dia. I thought… boleh buat kawan,” Akieff gelak lepas.

Diletakkan mug di meja di sisi sofa. Dia duduk di sisi Adra. Tangannya sibuk mengusik pipi tembam Anaqi yang sedang bermain itu.

“Tengoklah keluarga dia macam mana, sayang. Alim-alim belaka. Abang respect ayah dia. Jujur dan ikhlas aje buat kerja. Yang tak berkenannya staf syarikat ayah Hajarlah. Buat kerja culas, main-main…”

“Apalah abang ni. Tak habis lagi emo abang tu. Janji abang tahu kan macam mana ayah Hajar tu buat kerja. Positif, abang,” Tangan Adra mengusap bahu Akieff.

“Iyalah.”

“Hah, sahur jap lagi abang nak makan apa?”

“Emmm, Adra masak something yang simple dahlah. Abang makan aje,” Senyuman terukir lebar.

Dek geram, Adra kucup pipi Akieff. Apa lagi, berdekahlah Akieff ketawa. Tergeleng dia dengan sikap selamba Adra. Selalu sangat buat riak who-cares dia tu.

“Abang, simple Adra tu macaroons aje tahu. Tak pasal aje tengah hari abang balik minta lunch kat Adra. Haish, tak naklah bersekongkol dengan orang tak puasa,” seloroh Adra.

“Janganlah macaroons, sayang. Kebulur abang nanti. Sayang…”

“Hmmm…”

“Kenapa suka macaroons?”

“Abang…”

“Ya…”

“Kenapa suka coffee latte?”

Akieff usap kepala Adra lembut. Anaqi pula dengan dunianya sendiri. Malaslah dia mahu mengganggu baba dan umminya.

“Sebab abang suka coffee campur susu tapi tak berapa nak sedap dan kelat. Jadi, abang tukarlah kepada coffee latte. Just nice,” Jawapan Akieff membuatkan Adra terangguk.

Jadi, alasan Akieff semudah itu. Sungguh, inilah kali pertama mereka mengungkit soal kegemaran masing-masing. Hanya soal macaroons dan coffee latte sahaja tidak dibangkitkan sejak berkahwin.

“Adra suka macaroons sebab Adra bayangkan macaroons tu ibarat perkahwinan. Couple. Just like us…” Adra peluk lengan Akieff erat. “… cantuman macaroons tu macam ikatan. They complete each other. Dan, macaroons tu lembut. Abang kan pernah cakap… hubungan suami isteri memerlukan kelembutan dan toleransi. Itulah sebabnya Adra suka macaroons,” jelas Adra.

“Oh. Sayang ni fikir jauh. Bukan setakat kelembutan aje, sayang. Memahami pasangan sangat penting. Abang nak Adra kuat nak tempuh sepuluh tahun pertama perkahwinan kita ni. Bukan mudah nak kekalkan sesebuah hubungan tanpa kefahaman. Banyak dugaan yang menunggu kita. Mungkin sekarang… kita bahagia bertiga. Ke depan kita tak tahu lagi apa akan jadi,” hujah Akieff.

Tidak mahu Adra leka.

“Terima kasih, abang. Adra akan ingat pesanan abang. Abang pun sama eh. Jangan nak menggatal pulak ya,” Dicubit lengan Akieff. Geram!

“Iyalah. Abang sayang Adra aje tahu. Eh, tak. Anaqi sekali. Alolo, tak mengantuk lagi anak baba sorang ni,” Diangkat tubuh debab Anaqi.

Hish, geram sungguh dengan anak lelaki dia seorang ni. Mahu dicubit-cubit isi yang berketul-ketul itu. Adra tergelak tatkala Anaqi ketawa dek dicium bertalu-talu oleh Akieff. Gelilah tu. Haihlah anak. Semoga dia mengikut jejak Akieff yang penuh kelembutan dan ketenangan itu. Senang hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience