BAB 3

Romance Completed 8272

8 Ramadhan 1435

PAKKKK!

FAIL ditangan dihempas ke meja. Dugaan sungguh bulan puasa ini. Satu kerja pun tak menjadi, dia pula yang naik angin. Intercom ditekan dan meminta setiausahanya memanggil pembantu projek untuk kali ini. Raut Akieff yang jarang sekali tegang bertukar tegas dan marah.

Ketukan pintu menyedarkan Akieff. Dia duduk di kerusinya. Beberapa saat kemudian, muncul Hajar bersama sebuah buku diari.

“Duduk, Hajar,” arah Akieff tegas. Hajar menurut. Dia pelik kenapa orang atasannya itu memanggilnya, tiba-tiba. Mulalah hatinya berbunga-bunga.

“Errr… kenapa bos nak jumpa saya?”

“Awak pasti awak tak tahu kenapa saya panggil awak?” Hajar geleng. Manalah dia tahu.

Akieff hela nafas. Fail warna hitam ditolak kepada Hajar.

“Tak tahu pulak saya yang Kareema Holding ni family awak punya. Sepatutnya benda awak perlu beritahu saya, Hajar. Maklumat syarikat sangat confidential. Apa jaminan awak tak bocorkan maklumat kita?”

Hajar tergamam.

“Bos, memanglah Kareema Holding milik keluarga saya… tapi saya takkan bocorkan maklumat syarikat pada sesiapa. I know our companies rules, boss. Bos sendiri tahu saya macam mana kan…” Bengang pula dituduh sebegitu.

Ayahnya langsung tidak pernah bertanyakan perihal syarikat kepadanya. Apabila berada di rumah, hal-hal kerja perlulah diletak ke tepi. Tiada sesiapa akan mengungkit soal kerja melainkan hal itu penting. Masa di rumah hanyalah untuk keluarga, bukannya perkara lain.

“Kalau dah itu kata awak, saya nak awak undur diri dari projek ni. Saya akan letakkan awak di projek yang lain. Jadi, saya harap awak faham,” Suara Akieff kembali tenang. Rautnya juga tidak setegang tadi.

“Terima kasih, bos. I will make sure that I won’t leak our project details to others. So, you don’t have to worry, boss,” Akieff mengangguk perlahan.

“Baiklah. Awak boleh keluar…”

Hajar pandang Akieff. Segak. Uhuk!

“Bos, maaf. Hari ni bos berbuka dengan staf tak?” tanya Hajar, penuh harapan. Akieff senyum dan geleng.

“Saya berbuka dengan keluarga saya, Hajar. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Saya keluar dulu ya,” Hajar pantas menghilangkan diri dari bilik bosnya itu.

Uish, lagi lama dia berada dekat dengan Akieff mahu tercabut jantung dia. Nauzubillah. Sekali lagi dia menegaskan bahawa Akieff adalah suami orang. Dia tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain. Tidak sesuai dengan personalitinya. Mungkin istikharahnya masih belum sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience