BAB 20

Romance Completed 8272

29 Ramadhan 1435

KUAT tangisan Anaqi kedengaran. Kelam kabut Akieff dan Adra mendapatkan anak kesayangan mereka di baby cot. Sakan Anaqi menangis dek ditinggalkan keseorangan di ruang tamu rumah Encik Farhan. Baba dan ummi dia sibuk menyiapkan juadah hari raya. Pengumuman raya sudah menetapkan esok adalah hari raya.

“Alolo, baba ada ni. Ummi pun ada. Chak!”

Anaqi kini dalam dukungan Akieff. Tersedu sedan Anaqi dibuatnya. Merah sudah muka, over sangat menangisnya.

“Ala, kesiannya sayang ummi. Jom… jom kita tengok bunga api,” Mereka beriringan ke halaman rumah.

Zaid dan Nayli sedang melayan anak mereka bermain bunga api. Seronok bukan main lagi. Baru setahun lebih sudah pandai pegang bunga api bagai.

“Anaqi, tengok sini,” gamit Nayli.

Terus terdiam Anaqi melihat percikan bunga api.

Encik Farhan dan Puan Najihah ketawa melihat riak Anaqi yang kaku melihat bunga api ditangan Nayli.

Tiba-tiba, Anaqi gelak. Tangannya dibuka tutup, mahukan bunga api itu.

“Meh sini,” Adra ambil beberapa batang bunga api.

Erat Akieff memeluk Anaqi yang semakin buas itu. Mata bulat Anaqi sudah menangkap pelbagai warna cahaya di sekitar halaman rumah atuk dia. Ada pelita di sekeliling pagar, lampu liplap pun ada juga.

“Abang, Anaqi was dazed,” Saat itu barulah Akieff perasan riak ‘Whoa’ si Anaqi. Sukalah tu. Eish, geramnya.

Beberapa minit kemudian, Anaqi mula merengek mahu turun ke bawah. Heh, berangan kaki dia boleh berjalan agaknya. Teruja sangat dah tu. Baba… ummi, layankan saja kehendak Anaqi.

“Raya tahun depan habislah baba kena berkawad dengan Anaqi…”

Ketawa sakan keluarga itu, faham akan maksud kata-kata Akieff itu. Raya tahun depan pastinya Anaqi sudah boleh berjalan. Bukan setakat berjalan… berlari pun mampu. Silap haribulan dah boleh berdikari minta duit raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience