BAB 1

Romance Completed 8272

HATINYA bagai direntap tatkala melihat iklan yang menyentuh perasaan sebentar tadi. Setelah bergelar seorang ibu ini, sensor naluri keibuaannya lebih sensitive. Hatinya mudah tersentuh melihat anak-anak gelandangan. Jika berkemampuan, mahu sahaja dia membuka sebuah pusat asuhan menempatkan anak-anak yang kesusahan.

Dia tahu sudah banyak pusat-pusat yang ditubuhkan terutamanya oleh badan bukan kerajaan, namun dia melihat masih ramai lagi anak-anak terbiar kelihatan di sekitar kawasan bandar.

“Beratnya mengeluh. Fikir apa?” Akieff melabuhkan punggung di sofa, bersebelahan dengan Adra. Peha mereka berlaga, memang rapatlah tu. Sangat rapat.

“Entahlah, abang. Lagi beberapa hari aje lagi kita nak sambut puasa. Adra tengok iklan dekat tv tu, hah. Selalu kan bulan-bulan puasa ada rancangan yang salurkan bantuan untuk anak-anak terbiar kat bandar sana, Adra kesianlah kat dia orang,” adu Adra.

Akieff senyum. Sementara Anaqi lena ni, bolehlah mereka berbual panjang. Jika tidak, pening kepala mereka dok memujuk Anaqi. Sudah pandai buat perangai. Asyik nak berkepit dengan baba dan ummi dia ni, hah. Patut pun Adra manja kemain ketika mengandungkan Anaqi dulu.

“Adra, masalah ni takkan pernah habis. Selagi dunia tidak kiamat, semua ni masih ada. Cuma, kita sebagai manusia normal… punya didikan, harta yang perlu berbakti pada dia orang. Manusia diberi pilihan, bukannya hidup tanpa tujuan. Jika baik dipilihnya, baiklah jadinya. Dan, sebaliknya. Baru sorang anak, dah matang isteri abang ni,” Tangan Akieff dibawa ke bahu Adra.

Adra sengih. Mother’s instinct, okay.

“Adra matang ni pun sebab Adra ada suami yang ganteng lagi menawan ni. Iya idak?”

Akieff kerut hidung.

“Petang-petang aje tengok cerita indon eh, habis sayang ajar Anaqi cakap indon pulak nanti. Cubit bibir ni baru tahu,” Adra memuncungkan bibirnya.

“Janganlah cubit, kiss kan dapat pahala…”

Akieff ketap bibir. Mahu tidak mahu, dia kucup bibir muncung Adra. Senyum lebar isterinya itu. Haish, gatal.

“Good boy. Abang…”

“Hmmm…” Adra sudah selamat menjatuhkan kepala ke dada Akieff. Seperti biasalah ummi comel itu. Anak tidur, dia punya giliran pula mahu bermanja dengan suami terchenta.

“Tahun ni, tahun kedua kita puasa sama. Lain sikitlah sebab ada Anaqi. Tahun lepas, Anaqi dalam perut lagi kita sambut puasa dengan raya. Macam tak sabar pulak nak cari baju raya untuk Anaqi. Mesti comel-comel kan, abang?”

“Ha’ah. Anaqi tu lelaki, tak susahlah nak cari baju. Cumanya, ada ke saiz untuk badan debab dia tu?”

Mata Adra membulat. Betul juga tu.

“Alah, ada tu. Kalau nak tempah baju melayu dah nak dekat puasa ni, orang nak ambil lagi ke? Macam tak aje,” kata Adra, lebih kepada diri sendiri.

“Sayang ni, jangan risaulah. Lambat lagi nak raya tu, nanti fikir lain. Sehari sebelum puasa, kita keluar shopping barang-barang dapur. Perut abang ni demand time puasa tahu, macam-macam benda nak makan. Tapi, hari pertama puasa macam biasalah… Kita berbuka dengan terawih di rumah ibu. Boleh?” Akieff melingkarkan tangannya ke pinggang Adra.

“Boleh. Adra tak kisah. Puasa tahun ni spesial sikit. Kita punya jam loceng dah upgrade, abang. Jam loceng bernyawa,” balas Adra. Akieff ketawa lepas.

Sungguhlah. Anaqi punya kerja, setiap pagi sebelum subuh kedua-duanya sudah celik mata. Tiada isu letih ke apa, dua-dua bangun melayan kerenah Anaqi. Untung sungguh, tak payah set alarm di telefon bimbit lagi dah. Elok sahaja azan subuh, terus Anaqi lena balik sampailah pukul lapan pagi… baru bangun.

“Jam loceng kita paling comel kan, sayang. Besar gedabak hah…”

Baba dan ummi Anaqi ni, kalau sudah masuk bab Anaqi… sampai ke esok belum tentu habis. Anaqi bukanlah besar mana pun, cumanya tembam. Kata Hajah Maryam, Akieff kecil-kecil dulu begitulah. Dah besar panjang, kacak bergaya dengan jayanya. Tinggi kemain.

“Ya. Loceng Adra dan Aqhar,” Adra mendongak.

Dipandang ke anak mata Akieff . Akieff angkat kening. Sudah kenapa dengan puan isteri ni? Lain macam saja renungan tu.

“Sayang…”

Adra senyum.

“Malam ni abang punya handsome lebihlah. Geramlah Adra tengok,” Kedua belah telapak tangan Adra sudah menekap pipi Akieff.

Berani dah Adra sekarang ni. Malu di awal-awal perkahwinan dulu, hilang terus.

“Haih, nak dapat anak kedua ke apa ni, sayang? Perangai ni abang nampak awal-awal sayang mengandungkan Anaqi dulu,” teka Akieff.

Takkanlah betul kot. Uish, Anaqi baru masuk empat bulan. Mustahil.

“Eh, nampak sangat abang ni tak perasan. Masa abang koma dulu, Adra pandang abang macam nilah. Kalau boleh, nak aje Adra minta doktor lepaskan abang balik rumah. Nasib baik, abang sedar cepat. Tak adalah Adra sakit hati, tahan rindu,” ujar Adra.

Akieff menarik Adra ke dalam dakapannya.

“Abang pun rindu. Allah dah alihkan apa yang Adra rasa masa abang koma tu pada abang bila Adra tak sedarkan diri seminggu selepas pembedahan tu. Ibu dan mama bagitahu abang, macam mana abang tunggu Adra macam tu jugaklah Adra tunggu abang. Fair and square. Hmmm, menunggu tu memang satu penyeksaan. Kan, sayang?”

Adra cebik.

“Tahu pun. Abang, jomlah tidur, mengantuk dah ni. Awal pagi esok, Anaqi dah kejutkan kita…” Ditenyeh matanya yang sudah mula rasa kantuk.

Akieff kenyit mata. Nakal.

“Eh, mana boleh tidur terus. Dah seksi hati abang, senang-senang nak lepaskan diri. Oh, tidak,” Punat ‘OFF’ di remote control televisyen dia tekan.

Tubuh Adra melayang di udara dek dicempung Akieff. Hilang terus rasa mengantuk Adra. Dia ketawa. Kelakar sungguh wajah tampan Akieff ketika itu. Dia bagi isyarat sebenarnya tu. Eheh. Gatal juga ummi Anaqi pun, sekaki saja dengan si baba tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience