BAB 8

Romance Completed 8272

15 Ramadhan 1435

LANGKAH diatur penuh berhati-hati. Kelibat tiga orang yang mahu bertemunya sudah kelihatan di gazebo taman rekreasi berdekatan dengan pejabatnya. Mahu bertemu di restoran, sekarang ini adalah bulan Ramadhan.

“Assalamualaikum…”

Tiga pasang mata memandang si gerangan pemberi salam.

“Waalaikumsalam…” Jawab ketiga-tiganya serentak.

Datuk Kareem menghulurkan kepada Akieff . Akieff dapat menangkap Hajar di sebelah isteri Datuk Kareem. Gadis itu menekur ke lantai. Kenapakah?

“Maafkan saya. Terpaksa ajak Aqhar bertemu di sini. Hendak ajak Aqhar ke rumah, tidak manis pula. Jadi, di sinilah kita,” ujar Datuk Kareem.

“Tapi kenapa ya?”

“Duduklah dulu, Aqhar. Kita bincang secara damai,” Akieff duduk bersebelahan dengan Datuk Kareem.

Hajar gigit bibir. Dia tidak mampu mahu mengangkat wajah. Panas mukanya dek menahan malu.

“Aqhar sudah beristeri kan?” Akieff mengangguk. “Pilihan sendiri atau keluarga?” tanya Datin Hashima lagi.

“Kedua-duanya…”

Datuk Kareem memberi isyarat pada isterinya agar tidak meneruskan persoalannya.

“Sebenarnya, kami berasa serba salah mahu menyampaikan hajat kami ni. Tapi… keadaan akan jadi teruk kalau benda ni berlarutan,” Datuk Kareem mula masuk ke tujuan asal mereka bersua.

Akieff kerut dahi.

“Ada apa, Datuk? Saya ada buat benda yang salah ke?” Manalah tahu kalau dia ada tersilap dalam menguruskan projek sebelum ni ke. Ataupun, dia ada mengguriskan hati Hajar?

“Susah untuk kami…”

“Hajar, anak perempuan kami ni dah jatuh hati pada kamu. Kami nak kamu berkahwin…” Potong Datin Hashima.

Tergamam Datuk Kareem, Akieff dan Hajar dibuatnya. Yang paling terkejut, Akieff lah. Benda mengarut apa ini yang sedang berlaku?

“Shima, biar abang yang bercakap,” tegas Datuk Kareem berkata pada Datin Hashima. Isterinya itu menjeling geram.

Hajar diam tidak berkutik. Dia malu… tersangat malu.

“Macam ni, Aqhar. Saya harap Aqhar bertenang. Mungkin ada jalan lain lagi yang boleh membantu. Sebenarnya… betullah cakap auntie tu, Hajar sudah jatuh cinta dengan kamu. Hajar sudah beristikharah. Jawapannya memang adalah kamu, Aqhar,” jelas Datuk Kareem dengan nada yang tenang.

Tidak mahu menakutkan Akieff.

Akieff pandang Hajar buat seketika. Kes berat ni.

“Kamu jangan main-main ya, Aqhar. Anak kami ni bukan mainan,” Hajar getus pinggang ibunya. Tidak suka Datin Hashima berkata sebegitu.

“Maaf, Datuk, Datin. Saya pun terkejut dengan perkhabaran ni. Tak pernah saya expect benda ni. Tapi, maafkan saya. Mungkin istikharah Hajar punya kekurangan. Sungguh, saya langsung tak simpan apa-apa perasaan pada Hajar. Saya cuma anggap Hajar sebagai staf saya aje. Lagipun, saya dah ada isteri dan anak. Tak sanggup saya nak menduakan isteri saya,” Panjang Akieff berhujah.

Itulah hakikatnya.

Untuk menduakan isteri tercintanya itu, mustahil. Tidak mungkin akan berlaku.

“Senangnya kamu bercakap ya, Aqhar. Yang teruknya anak kami ni. Siang malam asyik teringatkan kamu. Ini jalan terbaik. Kamu nak Hajar menanggung dosa sebab terlalu sayangkan kamu? Fikirlah Aqhar,” balas Datin Hashima tegas.

“Ibu…” Baru kedengaran suara Hajar.

“Shima, sabar kejap. Benda ni kena berbincang secara aman, bukannya begini cara nak selesaikan masalah. Aqhar tak mahu fikir dulu?”

Akieff mengeluh tanpa sengaja.

“Buat masa ni, susah untuk saya buat keputusan. Saya sayangkan isteri saya dan untuk menduakan dia adalah sangat mustahil,” Tergeleng Akieff dibuatnya.

“Ayah… ibu, sudahlah. Jomlah kita balik,” Belum Hajar berdiri, Datin Hashima menahan.

“Aqhar, rasanya lelaki dibenarkan beristeri empat kan? Jadi, apa salahnya?” Datuk Kareem hanya mampu mengeluh. Kesal dengan kegelojohan si isteri.

Aqhar pandang Datin Hashima sekilas. Disebabkan dia menghormati wanita itu, dia cuba bersabar.

“Datin, perkahwinan saya baru dua tahun lebih. Masih baru lagi. Mungkin bagi Datuk dan Datin… Hajar juga, perkara ni mudah. Tapi, bukan saya yang masih punya jati diri dan punya tanggungjawab pada isteri dan anak saya. Sayang saya pada isteri tak mampu untuk saya khianati dia. Saya harap Datuk dan keluarga faham. Hajar, awak fikirlah sekali lagi. Awak kenal saya dan Adra, mintalah doalah dengan hati yang bersih dan suci. Bukan dengan hati yang alpa. Minta diri dulu. Assalamualaikum…” Tidak mampu lagi dia berada di sini.

Akieff beredar. Tinggalkan Datuk Kareem, Datin Hashima dan Hajar yang terkedu dan terpaku akan kata-kata Akieff.

“Shima, tolonglah jangan bertindak melulu. Aqhar bukan lelaki yang mudah untuk ditundukkan. Hajar, betul Hajar sayangkan Aqhar?”

Hajar angkat wajahnya. Suram.

“Mungkin betul kata Aqhar, ayah. Istikharah Hajar banyak cacat celanya. Ayah dan ibu beri Hajar masa lagi,” jawab Hajar lembut.

Datin Hashima mendengus.

Marah pula dia pada suami dan anak perempuannya itu. Memanglah Akieff sudah punya isteri dan anak, tetapi apa salahnya lelaki itu berkahwin dengan Hajar. Lelaki boleh berkahwin empat apa. Cantik sangatkah… baik sangatkah isteri Akieff itu? Sehinggakan bos Hajar itu tidak mahu menduakan isterinya. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience