BAB 6

Romance Completed 8272

Gelak ketawa Anaqi riuh kedengaran di segenap bilik tidur. Bila sudah meragam, mulalah si kecil itu mahu berjaga malam. Haih, anak oh anak. Adra senyum lebar melihat keletah suami dan anak tersayang. Timbul perasaan yang tidak enak tatkala mindanya terbayang renungan Hajar pada Akieff.

“Abang…”

“Iya… sayang,” Meleret suara Akieff.

Adra yang duduk di kerusi meja solek bergerak ke katil.

“Adra tanya abang sesuatu boleh?” Akieff angkat wajahnya. Dipandang wajah comel Adra. Terkedip-kedip mata Adra. Hai, lemah hati dia.

“Tanyalah, sayang. Banyak-banyak pun tak apa,” Adra meniarap. Dia bermain dengan tangan comel Anaqi.

“Abang perasan tak Hajar macam ada sesuatu?”

“Hah? Apanya?”

“Entahlah, abang. Ni Adra punya pendapatlah eh. Adra pun tak tahu betul ke tak…” Adra jeda. “… I feel like she love… you,” Akieff tersedak.

Apa?

“Hey, sayang. Jangan fikir bukan-bukanlah. Tak baik tahu menuduh orang tanpa usul periksa,” Adra mengeluh berat.

Masalahnya itulah apa yang dia rasa.

“Adra pun tak pasti. Tapi, Adra ni perempuan tahu. Takkanlah setiap masa dia pandang abang… tanpa ada rasa apa-apa. Setiap kali Adra tengok Hajar, mesti dia tenung abang. Tak salahkan kalau Adra ada fikir yang bukan-bukan?”

Akieff meletakkan jemarinya ke pipi mulus Adra penuh kelembutan.

“Adra, kadang-kadang kita perlu butakan mata untuk sesuatu yang kita rasa tak perlu untuk dibahaskan. Macam kes Hajar yang sayang cakapkan ni, abang tak dapat nak komen apa-apa. Hati orang, perasaan orang… abang tak ambil tahu. Apa yang abang tahu, perkahwinan sebuah ikatan murni. Jangan cemarkan dengan sifat buruk sangka. Faham?”

Adra senyum lalu mengangguk.

Dia faham sangat.

“Terima kasih, abang. Cuma, Adra nak abang pertimbangkan soal Hajar. Kalau betul dia ada hati kat abang, abang kenalah betulkan pandangan dia. Adra tak nak nanti ada salah faham. Takdir kita di masa hadapan, mana kita tahukan,” Akieff gelak.

Nampak sangat Adra cemburukan Hajar. Cara Adra bercakap memanglah lemah lembut, tetapi Akieff faham sangat. Ada sesuatu yang tidak kenalah tu.

“Insha Allah. Adra doakan yang baik-baik aje. Hati abang ni kecil aje, sayang. Muat-muat aje untuk sayang dan anak-anak. Mana ada space lagi dah untuk orang lain,” seloroh Akieff bersahaja.

Adra mencebik.

“Iyalah abang tu. Ayat tu cliché lah abang. Semua orang boleh cakap. Tapi, sekarang ni memang Adra percayakan abang. Jadinya…”

Adra bingkas bersila.

Akieff pandang Adra pelik.

“Apa sayang ni?”

Anaqi sudah terkebil-kebil memandang baba dan umminya. ‘Jangan bergaduh, baba, ummi.’ Itulah gamaknya Anaqi fikir. Uhuk.

“Cium sikit…” Pipi Akieff menjadi sasaran bibir Adra.

Ummi ni bermanja tak bertempat.

“Abang ingatkan apalah tadi. Sayang ni. Tidurkan Anaqi dulu, nanti nak sahur pulak,” Seketika kemudian, dibalas kembali kucupan hangat di ubun-ubun Adra. Adra senyum manis.

Semoga kebahagian masih milik mereka. Insha Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience