BAB 17

Romance Completed 8272

Imbas kembali… Lima tahun yang lalu

BUKU tebal yang terletak elok di rak, dicapai. Bukan main susah lagi dia mencari buku ini untuk keperluan assignmentnya. Puas jugalah dia menanti pelajar lain memulangkan buku tebal itu. Syukur kerana buku itu berada di tangannya kini.

Setelah membelek buku tebal itu, Aisar melangkah ke kaunter untuk proses pinjaman.

“Malaysian?”

“Hah? Oh, ya…”

Terpaku sekejap pada raut kacak di hadapannya itu. Mak ai, kalau dia bawa balik Malaysia mamat ni, tunjuk pada ahli keluarga dia… mahu terkejut semuanya. Tsk. Wake up, Aisar.

“Huh, lega. Akhirnya…”

Aisar kerutkan dahinya, pelik. Apa yang akhirnya?

“Kenapa ya?” soal Aisar, ingin tahu.

“Penat sebab all the time kena speaking. Terima kasih ya. Akhirnya, dapat jugak saya gunakan bahasa ibunda,” jelas lelaki itu dengan senyuman kelegaan di bibir.

Semakin berdentum dentamlah jantung Aisar dibuatnya.

“Erk. Rasanya ramai aje budak-budak Malaysia kat sini. Takkanlah tak ada yang datang pinjam buku kat library ni,” balas Aisar. Matanya diarahkan pada buku ditangan lelaki itu.

Mujur sahaja tiada pelajar lain di belakangnya, beratur untuk meminjam buku. Mahu kena hambur kerana terlalu lama bertenggek di kaunter.

“If yang datang tu free hair, muka pun tak macam rakyat Malaysia… kenalah speaking. Malu jugak kalau salah penilaian…”

“Jadinya, muka saya ni memang muka orang Malaysialah ya?”

Lelaki itu mengangguk.

“Tambah pulak dengan tudung awak tu, haruslah saya boleh teka,” Aisar senyum nipis. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menjawab.

“Dah siap ke buku saya tu?”

Pantas sahaja lelaki itu menghulurkan buku tebal itu kembali pada Aisar.

“Student psycho rupanya. Lain kali, datanglah pinjam sini lagi ya,” Senyuman manis diberikan pada Aisar.

Aisar tergelak perlahan.

“Psychologist is the best word, sir,” Terletus tawa lelaki itu. Dia jongket bahu.

“Sorry. Dah biasa,” Aisar sekadar menggeleng sebelum beredar dari perpustakaan awam itu.

Tidak sangka pula keputusannya untuk mencari buku di sini membawa ke pertemuannya dengan lelaki kacak dari Malaysia itu.

“Cik!”

Aisar langsung tidak berpaling biarpun tahu lelaki itu sedang memanggilnya. Malaslah dia mahu melayan. Tidak berminat.

“Cik, wait!” Kuat suara lelaki di kaunter tadi melaung.

Mahu tidak mahu, Aisar memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Membulat mata Aisar tatkala matanya menangkap buku tebal di tangan lelaki itu. Terus merah pipi Aisar apabila terperasan… dia tersilap ambil buku. Aduh, Aisar. Kenapa cuai sangat ni? Tu kan, sudah dapat malu. Mak oi, serius. Dia malu mahu kembali ke kaunter. Sudah tentu lelaki kacak itu sedang mentertawakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience