BAB 18

Romance Completed 8272

Kini

“BETUL ke… no comment?” tanya Hafiz. Aisar yang mendukung Anaqi, tersentak akan soalan itu. Tidak menyangka Hafiz akan menyoalnya akan komennya tadi.

Air liur ditelan kasar. Anaqi di dalam dukungan sibuk bermain dengan tudungnya. Bukan main susah lagi Anaqi mahu berpisah dengan Hafiz. Sudahnya, Akieff memintanya menemani Hafiz ke kereta. Sempat jugalah abangnya itu mengusik mereka berdua tadi; Pe’el Anaqi nak rapatkan maksu dengan paksu kot.

“Errr…” Kelu lidah Aisar mahu menjawab soalan itu.

Peristiwa yang menyebabkan dia malu mahu bertembung dengan Hafiz masih berlegar di ingatannya. Betapa dia malu ketika itu. Hafiz yang sebenarnya bermain helah dengannya waktu itu apabila Hafiz sengaja menghulurkan buku yang salah. Padahal, niat Hafiz mahu meninggalkan nota untuk tatapan Aisar. Psycho jugalah dia ketika itu dipermainkan oleh Hafiz.

“Takkanlah dah lima tahun still malu lagi? Saya dah minta maaf, kan?”

“Whatever. Awak yang buat saya macam ni, kan?”

Teleng kepala Anaqi dek memandang maksu dan bakal paksunya silih berganti. Seakan menghidu pegaduhan bakal berlaku. Hadoi, di rumah baba dan umminya selalu berbual secara serius. Sekarang ni? Hmmmm.

“Dahlah. Benda dah jadi. Pergilah masuk. Berembun pulak Anaqi nanti. Anaqi, uncle balik dulu, nanti kita jumpa lagi eh. Bye,” Pipi tembam Anaqi dikucup.

Lebar sengihan Anaqi.

Dari jauh, Akieff dan Adra memerhati pasangan itu. Masing-masing tergeleng melihat hubungan dingin di antara Aisar dan Hafiz. Harapnya, raya nanti hubungan itu mula menunjukkan kesan positif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience