BAB 19

Romance Completed 8272

26 Ramadhan 1435

Suasana riuh di sebuah restoran langsung tidak memberi kesan pada Akieff, Adra dan Hajar. Mereka hanya menjamu selera tanpa ditemani perbualan. Sengaja Akieff mengajak Adra dan Hajar bertemu sambil meluangkan masa berbuka puasa bersama. Sekadar berbuka dengan segelas air serta kurma, mereka bersolat Maghrib terlebih dahulu sebelum berbuka dengan makanan berat.

Selesa sedikit mahu berbual tentang tujuan asal mereka bertemu hari ini.

“Rasanya kita dah boleh berbincang, kan?” Hajar meletakkan sudu dan garfunya. Seleranya seakan mati melihat kemesraan Akieff dan Adra.

Serentak pasangan suami isteri itu pandang Hajar.

“Sure. I’ll just straight to the point…”

Hajar cuba beriak tenang sedangkan hatinya seakan dilanda badai. Sesungguhnya dia mengharapkan jawapan positif dari Akieff.

Adra pula dengan riak bersahaja biarpun hatinya turut gelisah. Suaminya itu langsung tidak memberitahu tentang keputusan yang dibuatnya. Keadaan tidak memberi ruang untuk mereka berbincang soal itu. Mungkin, sekaranglah masa yang tepat.

“Saya mengharapkan sesuatu yang positif,” kata Hajar tanpa riak.

Geram pula hati Adra melihat Hajar. Such a thick-skinned women. Huh!

“Sudah pasti jawapannya adalah positif, Hajar. Keputusan ni adalah yang terbaik untuk kita bertiga. Saya harap tak ada isu tentang kita lagi selepas ni. Tolong dengar baik-baik…”

Adra dan Hajar memasang telinga.

“I have no interest to shake the kadi’s hand anymore, Hajar. One is more than enough. Inilah jawapan dari istikharah saya. I’m truly sorry. Mimpi saya, petunjuk Allah… hanya menunjukkan Qutnina Khadra sebagai isteri saya. Tiada perempuan lain yang muncul di antara kami. Once again… maafkan saya, Hajar. Lepaskan saya dalam minda awak, saya mohon,” Penuh ketenangan, Akieff menjelaskan keputusan dari istikharahnya.

Hajar terpaku. Tergamam. Air mata mula mengalir ke pipinya.

“Abang?”

Akieff mengangguk.

“This is the real result. Hajar, cuba kosongkan minda awak buat seketika. Cari balik diri awak yang hilang. Saya mohon, awak padamkan nama saya dalam fikiran awak. Ada lelaki lain yang lebih layak untuk awak,” Hajar hanya terdiam.

Tiada kata-kata yang mampu dia luahkan ketika ini. Ah, payahnya hati mahu menerima kenyataan ini. Tiada langsung kehadiran dirinya dalam kehidupan Akieff.

“Sa… saya…” Kepala ditunduk ke bawah. Lemahnya hati tatkala mahu meluahkan kata. Hatinya pedih. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan.

Adra gigit bibir. Otaknya mula berputar laju. Lidahnya seperti mahu berhujah tetapi masih teragak-agak. Namun, dia harus juga keluarkan demi kebahagiaan mereka.

“Hajar, maafkan saya. Boleh awak jauhkan diri awak dari suami saya? Saya tak boleh nak minta abang Aq berundur memandangkan awak lebih tahu position dia di syarikat tu, kan. Mungkin dengan cara ni, fikiran awak lebih terbuka. Find yourself back,” ujar Adra tegas.

“Maafkan saya. Saya pergi dulu,” Hajar bangun. Dia tidak kuat lagi mahu berhadapan dengan Akieff dan Adra. Dia termalu sendiri.

Hajar beredar tanpa berpaling lagi. Akieff menghela nafas lega. Sangat lega. Syukur… Allah permudahkan urusannya malam ini. Semoga tiada lagi isu seperti ini di masa hadapan. Terseksa hatinya kerana tidak mengendahkan Adra selama beberapa hari. Tidak mahu istikharahnya terganggu dan tidak adil.

“Abang okey?”

“Okey. Lega rasanya. Abang harap Hajar buka mata dan hati untuk terima kenyataan ni. Penatlah kalau dia masih mengharapkan abang. Tak nak lagi dah abang hadap benda-benda ni…”

Adra ketawa lepas. Baru sedikit ujian yang datang, Akieff sudah serik.

“Apalah abang ni. Kalau nak ikutkan Adra, ramai aje kawan-kawan lelaki yang ajak Adra keluarlah datinglah. Tapi… disebabkan abang tersayang Adra ni, tepis dengan parang aje,” Tajam mata Akieff memandang Adra di sisi.

Apa? Ohoi, puan isteri. Silap besarlah awak maklumkan pada suami awak ni. Tak boleh jadi ni. Omel Akieff sendiri. Meninggi suhu cemburunya kini. Adra hanya tayang sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience