BAB 9

Romance Completed 8272

TALI leher dirungkai kasar. Tubuh dihempas ke sofa. Kepala disandarkan ke belakang sofa, mata menadah ke syiling. Semak fikirannya dek peristiwa tadi. Hatinya memberontak. Siapa yang tidak geram jika diminta berkahwin dengan perempuan yang langsung tidak disukainya.

Lain kisahnya dengan Adra. Pertama kali dia bertemu dengan isterinya itu, sudah wujud perasaan suka. Jika tidak, tiada maknanya dia menerima cadangan ibunya dulu. Innocent girl yang terlanggarnya tanpa sengaja. Dia belum pernah lagi mengungkit soal itu kepada Adra. Manalah tahu jika isterinya itu tidak perasankannya.

“Abang,” panggil Adra. Kerutan jelas di dahi.

Akieff masih memandang ke syiling.

Adra melangut. Kosong sahaja syiling itu. Apa yang dipandang Akieff?

Dek geram sangat panggilannya tidak berjawab, Adra duduk di riba suaminya. Hampir sahaja Akieff menolak tubuh Adra disebabkan terkejut. Adra ketawa lucu.

“Abang fikir apa? Adra panggil banyak kali tak dengar…”

“Iya ke? Sorry. Abang tak perasan. Penat sangat kot,” Adra cebik. “Anaqi mana?” soal Akieff apabila tidak nampak anak lelaki dia yang seorang itu.

“Tidurlah dia. Awal pulak abang balik hari ni. Ada apa-apa ke?” Akieff geleng laju.

Jujur itu perlu tetapi sekarang bukan masanya untuk memberitahu tentang Hajar. Adra sendiri pernah mengusulkan hal yang sama beberapa hari lepas. Kuat juga firasat seorang isteri rupanya.

“Abang tak sihat sikit, itu yang balik awal,” Adra usap dahi Akieff yang berpeluh. Sambil itu dia berdoa, janganlah Akieff disinggahi penyakit.

Akieff kalau sudah sakit, susah nak sembuh.

“Iya ke ni? Tak apalah, abang rehat. Naik mandi dulu ke apa. Adra nak pergi masak,” Belum pun Adra sempat bangun, tangan Akieff cepat menangkap pergelangan tangan isterinya.

Adra tenung suaminya pelik.

“Sayang, abang nak buat pengakuan,” Erk, bertambah peliklah Adra dibuatnya.

“Just say it…”

Akieff renung wajah comel Adra dengan pandangan redup. Mata ke mata, hati ke hati. Ehek.

“I love you now and forever. No one can replace you. Sayang, percayakan abang sekarang dan selamanya,” kata Akieff bersungguh-sungguh.

“Kenapa abang ni? Adra tahulah. Abang tak cakap pun Adra percayakan abang. Dahlah. Abang pergi naik atas, mandi. Biar segar sikit. Dah macam asam jawa dah Adra tengok,” Ditekap telapak tangan ke pipi Akieff dan digelengkan perlahan.

Terletus tawa Akieff. Comel sangat Qutnina Khadra kepunyaan dia ni.

“Iyalah. Jom, abang hantar pergi dapur…” Erk?

Adra gelak. Haih, encik suami. Sweet sangatlah awak ni. Sayang… sayang… sayang. Sayang sangat. Terbuai Adra dibuatnya sepanjang dicempung Akieff ke dapur. Matanya asyik pandang suami terchenta sahaja. Angau tahap… tak mampu nak huraikan lagi dah. Eheh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience