BAB 12

Romance Completed 8272

WAJAH comel Adra dipandang. Adra tetap tenang. Ada masanya Akieff keliru. Benarkah isterinya itu sayangkan dia? Tambahan pula, Adra masih muda. Pasti punya banyak impian. Takkanlah tiada sekelumit rasa cemburu atau marah pun pada dia. Iyalah. Sekarang ini… Adra sudahpun mengetahui perkara sebenar tentang hajat keluarga Hajar.

“Adra, abang tak pernah tanya Adra pasal benda ni. Tapi, hari ni… abang nak Adra jujur dengan abang,” Akieff memulakan terlebih dahulu.

“Tanyalah, abang. Adra akan jawab secara jujur selagi benda tu tak menyakitkan hati Adra,” balas Adra.

Dia memang tenang. Tetapi bukan hatinya. Habis berkeladak sudah. Jika keputusan yang dibuat Akieff mampu memusnahkan rumah tangga mereka, tak mustahil dia akan hamburkan segala kemarahannya yang disimpan sejak mendapat panggilan dari Datin Hashima tadi.

Akieff capai tangan Adra, digenggam erat tangan yang lembut itu.

“Abang tak pernah terfikir nak duakan Adra. Sekalipun tak pernah walaupun perempuan seperti Hajar yang muncul. Cuma, abang keliru dengan Adra. Adra tak pernah tunjuk Adra cemburu. Explain…”

Adra kerut dahi. Tidak pernah?

“Abang, Adra sayangkan abang. Tak cemburu tak semestinya Adra tak sayang abang. Adra cemburukan Hajar, abang. A lot. Cuma, Adra tak nak abang susah hati atau fikir bukan-bukan kalau Adra terlalu cemburukan mana-mana perempuan yang dekat dengan abang. Pertama kali Adra jumpa Hajar, Adra dah sakit hati. Dia pandang abang penuh kasih sayang. Adra pernah bincang dengan abang pasal ni kan. Abang aje yang ingat Adra main-main. Tak serius,” Adra menarik tangannya dari genggamannya dan memeluk tubuh.

Akieff terkedu.

“Ikut suka abanglah nak fikir apa pun. Kalau abang memang nak sangat Hajar jadi isteri kedua abang, Adra terima. Tapi… lepaskan Adra. Fullstop,” Tergamam terus Akieff dibuatnya.

Akieff tarik kedua belah bahu Adra agar menghadapnya.

“Apa Adra cakap ni? Abang tak pernah sayangkan Hajar. Adra dah lupa apa yang Adra janji dengan abang? Adra akan percayakan abang kan walauapapun yang jadi. Takkanlah sebab Hajar, Adra nak abang lepaskan Adra. Nonsense. Cuba berfikir dengan akal bukannya dengan lutut,” marah Akieff. Dadanya berombak.

Adra diam.

Pada awalnya, dia memang sudah boleh bertenang. Tetapi apabila teringat akan kata-kata Datin Hashima, dia gagal mengawal perasaannya.

“Istikharah Hajar tunjukkan abang orangnya. Apa yang kita boleh buat? Mustahil nak pertikaikan petunjuk Allah. Abang sendiri tahukan benda ni?”

“Adra… Enough. Hajar mungkin silap. Pandang abang. Adra…”

Adra masih berkeras. Matanya hanya menekur ke permaidani. Mujur sahaja Anaqi tidur, tidak perlu dia melihat baba dan umminya bergaduh.

“Qutnina Khadra, listen to me. Please. We have to make it this matter clear. Abang langsung tak sayangkan Hajar. Believe me. Adra kenal abangkan. Since the first we met, I’ve fall in love with you. No other women but you… Qutnina Khadra Farhan. Only you,” Akieff kembali bernada perlahan dan lembut.

Adra statik. Tanpa perasaan. Air mata yang tiba-tiba mengalir, disapu kasar.

Akieff mengeluh berat.

“Adra… abang tak tahu apa yang Datin cakapkan pada Adra. Tapi, abang harap Adra fikirlah betul-betul. Dari awal lagi, abang dah tolak permintaan keluarga Hajar untuk satukan kami. Abang ada prinsip abang. Abang takkan sesekali duakan Adra. Not even once…”

Lirih suara Akieff. Adra terkaku apabila belakang tangannya merasakan titisan air. Akieff menangis. Wajah tampan yang menunduk itu dipandang Adra. Sungguhlah Akieff menangis. Hidung lelaki itu merah.

“Abang tak salahkan Adra kalau Adra masih tak percayakan abang. Ikut suka Adralah nak fikir apa, abang rela. Satu aje yang abang mintak, jangan pernah berhenti sayangkan abang. Kali pertama abang pandang Adra… selamanya hanya Adra di hati abang,” Sebak suara Akieff menutur kata.

Adra mati kata.

“Awak Adra kan, isteri Aqhar? Saya Datin Hashima, ibu Hajar. Saya tak nak habiskan masa, terus saja ke agenda utama ya. Selama saya besarkan anak saya, Hajar… belum pernah saya tengok dia terseksa seperti hari ni. Dia sayang dan cintakan suami awak. Saya harap awak pertimbangkan soal bermadu. Mungkin berat bagi awak, tapi tolonglah. Fikirkan demi seorang perempuan yang terseksa kerana terlalu mencintai seorang lelaki. Hajar mungkin mampu untuk membahagiakan Aqhar. Who knows right? Awak fikir-fikirkanlah, nanti saya hubungi awak lagi…”

Kata-kata itu kembali berputar di minda Adra. Semudah itu Datin Hashima meminta dia bermadu dengan Hajar. Seperti memasukkan secubit garam ke dalam kari.

Adra capai jemari Akieff. Dilagakan dahi ke dahi Akieff yang menunduk itu.

“Adra percayakan abang. Cuma, Adra perlukan masa untuk berfikir. Adra buntu bila Datin macam mendesak. Abang langsung tak bagitahu Adra pasal pertemuan dengan keluarga Hajar. Abang… Adra tenang sebab Adra tak nak abang susah hati. Abang hero Adra, takkan senang-senang Adra lepaskan abang untuk orang lain. Adra tak boleh terima Datin serbu Adra macam tu…”

Lembut Adra bersuara.

Pantas Akieff menarik Adra ke dalam pelukannya. Dia lemah. Lemah dalam menegakkan kemahuan hatinya.

“Sudahlah, abang. Tak elok menangis dalam bulan puasa ni. Terbatal pulak puasa nanti. Malam nanti kita bincang lagi pasal ni. Adra minta maaf, abang. Bukan niat Adra nak marahkan abang atau tak percayakan. Maafkan Adra eh,” Akieff usap kepala Adra.

“Abang maafkan. Tapi, lain kali jangan pernah pertikai kesetiaan abang pada sayang. You always in my heart. Abang tak sukakan perubahan. Kita bersemuka dengan Hajar. Only Hajar. Boleh?”

Adra angguk dalam pelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience