BAB 15

Romance Completed 8272

“I’VE made my mind, sayang…” Adra menoleh ke kirinya. Riak Akieff serius. Tentunya tentang hal Hajar yang mahu suaminya itu bincangkan.

Berdebar jugalah jantungnya. Buatnya Akieff mahu mengahwini Hajar, bagaimana nasib dirinya? Sanggupkah dia bermadu atau diceraikan? Haih, goose bumps. Hati Adra berdoa agar tiada keburukan dalam keputusan suaminya itu.

Anaqi yang sedar keadaan seakan serius… memandang baba dan umminya. Dia yang sedang merangkak itu pantas meniarap. Muka ditekup ke toto mininya dengan kedua belah tangan menahan dahi. Comel. Akieff yang perasan keletah anak lelakinya itu, tergelak.

“Abang ni kenapa? Tadi serius kemain… ini gelak pulak,” protes Adra. Sudahlah dia sedang berdebar tahap infiniti.

“Sayang tengoklah anak kita tu. Macam mana abang nak serius kalau tengok keletah cute dia tu,” Akieff memuncungkan bibir ke arah Anaqi.

Kemudiannya, Adra turut sama gelak.

Seketika kemudian, Anaqi angkat wajah tembamnya. Matanya berlaga dengan mata baba dan ummi yang sedang memandangnya. Anaqi gelak comel. Kantoi!

Akieff dan Adra saling berpandangan sebelum tawa mereka meletus di segenap ruang tamu.

“Anak baba ni, kenapa comel sangat ni?” Akieff mendapatkan Anaqi di bawah. Anaqi gelak lagi. Hish, geram pula.

“Did he found something funny about us, abang? Asyik gelak aje ni,” Pipi tembam Anaqi dicubit Adra. Anaqi yang dipegang Akieff melompat.

“Mood dia nak main ni. Our meeting just now will be postpone. Kita main dulu!” Anaqi kini melayang ke udara.

Bertambah sukalah Anaqi dilambung ke udara, kemudian disambut kembali. Kan bagus… suasana ceria sebegini.

Dalam diam, Adra terasa lega sedikit. Tiada lagi perasaan negatif di fikirannya. Dia yakin pada Akieff. Sepertimana dia sayangkan keluarga kecil ini, pasti Akieff juga begitu. Biar apa pun keputusan Akieff, dia akan terima dengan hati yang terbuka selagi ia tidak merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. Dan, dia sangat yakin… keputusan Akieff pasti mampu membuatkan dia tersenyum senang. Insha Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience