BAB 13

Romance Completed 8272

17 Ramadhan 1435

“HAJAR, awak yakin dengan istikharah awak?” tanya Adra terus. Dia malas mahu bengkak bengkokkan lagi keadaan. Biar semuanya selesai sekali gus.

Hajar diam. Menekur ke lantai. Mereka bertiga bertemu janji di sebuah taman rekreasi.

“Awak berdiam macam ni, perkara takkan selesai. Apa yang hati awak nak berkaitan dengan masa depan kita. Awak sanggup biarkan semua ni jadi teka teki? Tanpa jalan keluar?” Akieff pula bersuara.

“Sa… saya sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Istikharah saya selama sebulan menunjukkan awak, Aqhar. Maafkan saya, Adra. Tapi, inilah petunjuk yang bagi saya adalah realiti…”

Sesak nafas Adra. Soal istikharah bukannya boleh dibuat main.

“Okay, let’s say your istikharah is true. Awak masih nakkan suami saya? Hajar, semua perempuan takkan sanggup bermadu… termasuk saya. Maafkan saya kalau saya berkurang ajar memandangkan awak lebih senior dari saya. Saya terpaksa tegas. Ini perkahwinan saya dan permintaan awak sekeluarga boleh meranapkan rumah tangga kami yang masih baru ni. Masih dalam fasa saling mengenali satu sama lain,” hujah Adra panjang.

Akieff sendiri terkejut dengan ketegasan isterinya itu. Riak comel itu juga serius.

“Tapi, saya sanggup bermadu,” Lancar sahaja Hajar bersuara. Tiada langsung nada perasaan bersalah.

Adra hela nafas lembut. Tangannya erat dalam pegangan Akieff.

“Hajar, awak sanggup bermadu sedangkan awak tahu dan jelas yang saya takkan berlaku adil. Awak tak kisah kalau saya lebihkan Adra berbanding awak? You clear enough about this, Hajar. I love my wife very much. No one can replace her. No one can share my love besides her. Don’t even make any assumption about future. You will regret it. Saya anggap awak hanya sebagai staf sahaja. Tak pernah lebih. Kalau betullah istikharah awak menunjukkan saya adalah orangnya, awak tunggu pula istikharah saya. Saya dah habis cakap. Jom Adra,” tegas sekali Akieff menegakkan keadaannya.

Hajar terpaku.

“Hajar, kosongkan hati ketika beristikharah. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi pada Aqhar. You’ll ruin the answer. Kalau hati awak penuh dengan rasa cinta pada Aqhar, keputusannya juga akan menunjukkan apa yang hati awak nak. Tell yourself to feel other women feeling too. Jangan terlalu meninggi diri, itu ego namanya,” tukas Adra sebelum beredar.

Air mata Hajar mengalir menghantar pemergian Akieff dan Adra.

Benarkah apa yang dikatakan oleh Adra itu? Dia ego. Terlalu memandang tinggi pada kelebihan diri. Ya Allah, apa yang sebenarnya aku mahukan? Kau bantulah hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya ini. Jika aku tersesat, Kau sedarkanlah aku. Ya Robb, aku berserah pada petunjuk-Mu. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience