BAB 11

Romance Completed 8272

16 Ramadhan 1435

TELEFON bimbit dipandang sepi. Nafas yang semput dihela perlahan. Panggilan dari seseorang tadi, menyesakkan dada. Patutlah semalam Akieff kelihatan resah dan serba tidak kena. Rupanya ini yang berlaku. Anaqi yang sedang bergolek di totonya menangis kecil.

“Ala, kenapa menangis ni sayang ummi?” Bertambah kuat Anaqi meraung. Haish, macam tahu-tahu pula ummi dia ni tengah menangis. Dalam hati yang paling dalam.

Mahu meraung seperti Anaqi, Akieff sudah berpesan agar mempercayai dirinya. Sudahnya, dicekalkan hati sehingga dia mendapatkan penjelasan dari Akieff sendiri.

Ditepuk-tepuk belakang Anaqi untuk menghentikan tangisan si kecil itu. Ada tiga sebab sahaja Anaqi menangis. Lapar. Pampers. Rindukan baba dia. Lapar dan pampers rasanya tidak. Rindu babalah ni. Ummi pun rindu juga.

Beberapa saat kemudian, telefon bimbit Adra berdering. Abang!

“Assalamualaikum…” sapa Adra terlebih dahulu.

“Waalaikumsalam. Sayang, abang nak buat video call. Kejap,” Adra tergelak kecil. Terus senyap Anaqi yang bising tadi.

“Anaqi sayang baba, buat apa?” Anaqi gelak comel. Tangannya digawang ke dada telefon yang dipegang Adra.

Bayi yang sedang meniarap itu cuba menggapai telefon bimbit umminya. ‘Nanak baba, jerit hati Anaqi.

“Anaqi menangis ke, sayang?”

“Ha’ah. Dengar aje suara abang terus aje senyap. Rindu abanglah tu,” balas Adra.

“Alolo, sayang anak baba ni. Baba dah nak balik ni, Anaqi tunggu tau…”

“Eh, awalnya abang nak balik. Baru tengah hari,” Adra pandang jam dinding. Ataupun… Akieff sudah mengetahui tentang itu? Mungkin juga. Tiba-tiba sahaja hendak pulang awal.

“Ada benda abang nak selesaikan dengan Adra. Setengah jam lagi abang sampai rumah. Babai, Anaqi sayang. Tunggu baba tau. Sayang, jangan fikir bukan-bukan eh,” Sempat lagi dia berpesan.

“Iyalah. Bawa kereta elok-elok. We love you, abang,” kata Adra sebelum talian dimatikan.

Nampak gayanya Akieff memang sudah tahulah tentang panggilan yang diterimanya tadi. Sudah pasti Hajar yang melaporkan pada Akieff. Sabar sajalah sehingga Akieff pulang. Jawapan yang nyata dan jelas akan diperolehnya. Dia bukanlah perempuan yang sempurna. Punya perasaan iri hati, cemburu… tidak senang hati juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience