BAB 5

Romance Completed 8272

“ASTAGHFIRULLAHALAZIM…”

Hajar mengusap dadanya yang berombak kuat. Mimpinya seakan-akan benar. Bibir Hajar berzikir. Tidak mahu terbawa-bawa dek perasaan.

“Ya Allah, Kau tunjukkanlah padaku kebenaran-Mu, petunjuk-Mu. Aku tidak mahu tersilap langkah. Kau jauhkanlah aku dari fitnah dunia dan juga fitnah perasaan manusia. Amin,” Kedua belah telapak tangan diraup ke wajah.

*****

11 Ramadhan 1435

HAJAR memerhatikan Akieff dan Adra yang sibuk melayan Anaqi yang meragam. Entah mengapa hatinya bagaikan tertarik untuk terus melihat adegan itu. Adakalanya dia pening dengan hatinya. Kenapa dia begini? Ya Allah, aku buntu. Saat itu mata Hajar bertembung pandang dengan Adra.

Adra senyum manis.

Dibiarkan Akieff yang memujuk Anaqi, Adra melangkah mendekati Hajar.

“Hai, Hajar…” sapa Adra lembut.

“Hai…”

“Kenapa tak join dia orang berbual? Duduk sorang dekat sini seronok eh?” Hajar senyum.

Dia lebih selesa bersendirian di gazebo berdekatan benteng batu rumah Haji Akasyah. Staf-staf yang lain sibuk berbual riuh di beranda setelah pulang dari menunaikan solat terawih di masjid berdekatan. Alang-alang esok adalah cuti khas bagi syarikat mereka sempena ulang tahun syarikat.

“Saya lebih suka sendiri, Adra. Tadi dah berbual sakan dengan dia orang. Kenapa dengan Anaqi tu? Tak sihat eh?” Mata ditala pada Anaqi di dalam dukungan Akieff.

Sudah tidak meragam lagi. Anaqi melentok sakan di bahu Akieff sambil babanya itu mengusap belakangnya. Manja.

“Biasalah, Hajar. Budak-budak. Macam-macam ragam dia. Tengah nak membesar ni kerja nak bermanja ajelah kerjanya. Hajar bila lagi?”

“Hah?”

Terkejut Hajar dengan soalan cepu cemas itu. Dia faham sangat maksud Adra biarpun sekadar kiasan.

“Insha Allah. Sampai jodoh Hajar, kahwinlah. Buat masa ni, malaslah nak fikir lagi. Single makes me comfortable…”

“Tak elok membujang lama-lama sangat tahu. Sekurangnya, bila dah kahwin ni… stabil sikit perasaan tu,” Hajar senyum nipis.

Terbit kepelikan di benaknya.

Adra seperti memaksudkan sesuatu… tetapi apakah?

“Sayang, Anaqi nak susu ni,” Serentak Adra dan Hajar berpaling ke arah suara garau itu.

Adra bangkit.

“Hajar pergilah berborak dengan dia orang. Tak elok duduk seorang, akal mula berfikir yang bukan-bukan. Insha Allah, bersosial benda yang baik mampu hilangkan resah hati Hajar…” Mendalam sungguh kata-kata Adra.

“Ha’ah, Hajar. Pergilah sana. Dia orang ada tanyakan awak tadi,” sampuk Akieff.

Hajar bingkas berdiri. Tuan rumah sudah menegur, masakan mahu membantah. Betul juga kata Adra itu. Lebih baik dia menyibukkan diri daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Akieff dan Adra pula beriringan masuk ke dalam rumah. Haji Akasyah dan Hajah Maryam pula seronok melayan tetamu. Berbual sakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience