Mentari mula menerangi setiap ruangan di rumah ini. Aku bangun dan melihat kawan-kawanku masih lagi nyenyak tidur. Aku masuk ke dalam bilik air dan menanggalkan pakaianku. Pancuran air jatuh di atas rambutku membuatkan aku menjadi sangat tenang seperti tiada masalah yang terjadi sekarang ini. Beberapa jam aku menghabiskan masa di bawah pancuran air. Aku seperti tidak mahu keluar dari bilik air. Sehinggalah bunyi pada ketukan pintu bilik air bertalu-talu.
"Hana, aku nak guna bilik air. Panas dan berpeluh!"
Kedengaran suara Jenna merungut. Aku menutup paip air lalu membalut tubuhku dengan tuala yang dah memang tersedia ada dalam bilik air mewah ini. Aku menguak pintu bilik air tersebut perlahan.
"Kau buat apa punya lama dalam bilik air?"
Tanya Jenna pelik.
"Release tension."
Jenna tergelak.
Aku masuk ke bilik kanak-kanak di rumah ini lalu memakai pakaianku. T-shirt stripe lengan panjang, jeans vest dan seluar jeans berwarna biru gelap. Pakaian tersebut Jenna yang beri padaku semasa di mini supermarket. Aku mencari-cari sikat yang berada di dalam bilik kanak-kanak ini dan akhirnya jumpa. Sikat rambut bercorakkan kartun barbie. Aku menyikat rambut panjangku dengan lemah-lembut. Kemudian mataku tertatap kepada satu patung anak beruang berwarna putih dengan hiasan reben di lehernya. Sangat comel!
Aku ambil patung anak beruang tersebut lalu aku keluar dari bilik itu.
"Zaza, nah. Kak Hana jumpa di bilik budak."
Zaza tersenyum kegembiraan lalu mengambil patung anak beruang tersebut dan memeluknya erat.
"Zaza tak keseorangan lagi. Zaza namakan teddy bear ni, Sha. Sempena nama kakak Zaza."
Aku tersentak apabila Zaza berkata begitu. Aku tahu betapa rindunya Zaza pada kakaknya dan begitu juga dengan aku. Aku rindu Sha. Mindaku terimbau semula kenangan pertama kali aku berjumpa dengannya sewaktu aku berusia sepuluh tahun.
Flashback
"Budak hitam! Budak hitam!"
Sekumpulan murid sekolah mengelilingi Quenna Akasha atau panggilannya adalah Sha sambil mengejeknya. Sha menangis teresak-esak. Dia tahu dirinya berkulit hitam manis tidak seperti mereka yang berkulit putih melepak bagaikan kain sutera.
"Janganlah kacau saya. Saya tak kacau kamu semua..."
Esak Sha. Tetapi murid-murid itu masih menghinanya sambil menjelir lidah. Sha duduk memeluk lututnya. Tidak cukup dengan ejek mereka membaling batu dan lumpur ke arah Sha. Habis pakaian Sha dipenuhi lumpur dan kepalanya luka berdarah akibat terkena balingan batu.
"Oi!!"
Jerkah Hana. Murid-murid tersebut lari lintang-pukang apabila ternampak kelibat seseorang di belakang Hana iaitu guru disiplin yang tersangatlah garang di sekolah ini. Guru itu mengejar murid-murid tersebut sehingga dapat dan membawa mereka ke bilik disiplin.
Hana mendekati tubuh Sha yang menggeletar ketakutan. Perlahan-lahan Hana mengusap lutut Sha.
"Awak... mari saya tolong. Kepala awak berdarah."
Sha tidak berganjak. Dia masih kekal dengan posisinya.
"Jangan takut. Awak nak tak jadi kawan saya? Nama saya Hana."
Pujuk Hana. Akhirnya Sha mahu dibantu oleh Hana.
Selepas kejadian itu, mereka menjadi sahabat. Mereka selalu bersama. Asyik berkepit sahaja ke mana sahaja mereka pergi. Daripada mereka berusia 10 tahun sehinggalah mereka meningkat remaja asyik bersama dan tak pernah sama sekali berpisah.
End of flashback.
Aku mengesat air mataku perlahan apabila teringat kenangan dulu. Aku seperti putus asa untuk hidup tatkala sahabat kesayanganku itu mati di hadapan mataku sendiri. Dia bertukar menjadi zombi. Maafkan aku, Sha. Aku bukan sahabat kau yang terbaik. Aku tak sempat menyelamatkan kau. Maafkan aku.
"Hana..."
Ace menyentuh bahuku yang sudah terhinjut-hinjut menangis.
"Kenapa?"
Tanya Ace. Aku menggelengkan kepalaku lalu pergi ke dapur. Perut tiba-tiba berbunyi minta diisi. Aku meninggalkan Ace dengan penuh tanda tanya. Haa.. takpelah. Biar aku sahaja yang pendam semua ini. Biar kerinduan aku pada Sha hanya aku seorang sahaja yang tahu.
"Kita akan keluar sekejap lagi untuk ke terminal. So please standby."
Kata Chaz.
Selesai bersarapan kami semua keluar setelah mengemas barang dan menyumbatnya ke dalam beg. Cuaca hari ni mendung sahaja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Zaza sudah terlena pada bahu Haidan. Aku berjalan sebaris dengan Emir dan Haidan di belakang. Sepanjang perjalanan itu, kami tiada diserang oleh zombi lagi. Hanya sunyi-sepi sahaja, sekali-sekala angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhku.
Aku terperasan sesuatu bergerak-gerak disebalik pokok yang tinggi. Aku memerhatikan lama benda bergerak itu dan rupa-rupanya zombi. Aku melepaskan tembakan tepat terkena pada kepala zombi tersebut dan berkecai.
"Nice shot."
Puji Chaz. Aku tersenyum kecil.
Kami menyambung perjalanan sehingga ke suatu tempat dimana terdapat deretan rumah-rumah teres disitu. Kucar-kacir. Ada kereta terbalik, ada yang terbakar dan macam-macam lagi yang tak dapat aku nak tafsirkan. Jalan perumahan itu sangat-sangat sunyi. Zombi pun tidak kelihatan.
Bang! Bang!
Terkejut apabila ada dua kali tembakan terkena tepat pada betis Bratt. Bratt terus terjatuh sambil menahan sakit pada betisnya. Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah kami. Aku memberanikan diri dengan mencari kelibat yang menembak kami secara bertubi-tubi.
Kelibat tersebut adalah sekumpulan orang yang kelihatan seperti orang gila menyerang kami sambil gelak-ketawa dengan nyaring. Aku menghalakan shotgun aku ke arah mereka dan menarik picu. Aku berjaya menembak tiga orang sekaligus. Sedas peluru berjaya menembusi bahuku. Lagi sekali! Ahhh betapa peritnya! Aku menggagahkan tubuh badanku dengan melepaskan tembakan kepada orang gila yang semakin menghampiri aku namun mereka dapat mengelak. Tiba-tiba seseorang memukul aku dengan senjatanya dan aku rebah.
Aku mencelikkan mata aku apabila terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi. Aku diikat kaki dan tangan serta mulutku ditutup dengan sehelai kain dengan rapat. Aku lihat Zaza, Jenna, Haidan, Emir, Ace dan Larrisa juga diikat. Ke mana perginya, Bratt, Kelly dan Aliana? Aku lihat Larrisa menangis teresak-esak. Aku menoleh ke kiri dah terbeliak mata aku melihat sekumpulan orang gila tadi sedang memakan isi daging Kelly dan Aliana dengan lahapnya. Bratt terbaring lemah tidak diusiknya lagi. Aku kena bertindak. Aku tidak sempat menyelamatkan Kelly dan Aliana. Tetapi aku kena selamatkan Bratt.
Berkali-kali aku cuba mengeluarkan pisau yang aku sisipkan di belakang seluarku. Sebanyak enam kali aku mencuba, barulah aku dapat mengeluarkan pisau tersebut, dan perlahan-lahan aku memutuskan tali yang terikat pada tanganku sambil itu aku mengira bilangan mereka. Semuanya ada enam orang. Aku mencari-cari senapangku dan aku tersenyum sinis. Setelah tali itu terputus aku terus meleraikan ikatan pada kaki dan mulutku. Kemudian aku membuka ikatan kawan-kawanku.
Aku merentap shotgunku dan memeriksa peluru. Peluru masih ada lagi. Aku menyorok dibelakang pintu masuk. Aku menyuruh Zaza, Jenna, Larrisa dan Chaz berpura-pura masih diikat lagi. Manakala aku dan Ace akan mengambil alih untuk membunuh mereka.
"Woi..woi.. aku tak kenyang lagilah. Ambil perempuan yang mengandung tu. Mesti fresh kat dalam perut dia tu."
Kata si lelaki gila.
Baru sahaja si perempuan gila melangkah masuk, aku menembak tepat pada dadanya dan dia terus rebah. Tinggal lagi lima orang. Ace dan aku menembak tanpa henti sehingga berkecai-kecai muka kelima-lima orang gila itu. Aku terus termuntah apabila bau hanyir menusuk hidung aku. Aku menepuk-nepuk dada aku. Bahu aku mula sakit semula. Aku terduduk lemah.
"Mari aku rawat luka kau."
Kata Jenna. Aku mengangguk lemah.
Aku dipapah oleh Ace kerana aku sangat kepenatan. Tangan kananku dipeluk oleh Zaza. Kami meneruskan perjalanan kami. Sekarang dah tak tahu hala tuju kami hendak ke mana. Jenna yang masih merenung ke arah peta ke terminal itu mula berkerut-kerut kerana tidak berapa nampak tulisan-tulisan kecik yang ditulis di dalam peta itu. Hujan lebat turun tanpa diberi amaran. Kami semua basah kuyup. Kami berhenti di sebuah kedai runcit kecil berdekatan disitu. Nasib baik tiada zombie. Aku terus tertidur akibat terlalu kepenatan.
Share this novel