014 [Penyakit Tersebar II]

Zombie Completed 14235

Keadaan di negara Malaysia semakin merosot. Terutama mengenai kesihatan. Ramai sudah dijangkiti penyakit aneh. Ramai rakyat Malaysia sudah menjadi penghuni tetap hospital di seluruh negeri. Ada sesetengah rakyat sudah mati ditembak dan ada yang dibawa ke pusat kurungan.

Kami masih lagi menginap di hotel ini. Sudah tiga hari tidak keluar. Stok makanan sudah semakin berkurangan. Risau. Zaza pun sudah tiga hari demam selesema teruk. Dia asyik meminta perhatian daripada aku tak pun daripada Haidan dan Emir. Tapi kebanyakannya dia mahu sentiasa dengan aku. Kasihan. Mungkin dia sakit kerinduan dengan keluarganya.

"Kakak... hidung Zaza sakit."

Hidungnya kelihatan merah dan berhingus. Aku mengelap hingusnya lalu menyapu ubat pada hidung supaya sedikit reda. Aku membawa Zaza ke dalam pangkuanku, perlahan-lahan matanya terkatup rapat dan dia mula lena.

Bang! Bang!

Aku terkejut. Bunyi tembakan tersebut jelas kedengaran di hadapan pintu bilik kami. Jenna dan Ace sudah mengacukan senapang di depan pintu takut-takut ada manusia yang akan mencerobohi masuk.

Brakkk...

"Semua! Kamu ditahan! Letakkan senjata anda sekarang!"

Lebih sepuluh orang askar mengepung bilik hotel kami. Zaza sudah menangis ketakutan. Aku memeluknya erat. Chaz memegang bahuku. Haidan dan Emir sudah terketar-ketar. Bratt hanya membuat riak wajah biasa.

"Bawa mereka masuk ke dalam van kita."

Suruh salah seorang askar. Seorang askar perempuan berlemah-lembut menyuruh aku mengikutnya. Zaza aku dukung kemudian menggalas beg di bahuku dan mengekori askar perempuan tu. Ace, Chaz, Bratt, Jenna, Haidan dan Emir digari dan dibawa oleh askar-askar tersebut dengan kasar.

Di dalam jip hanya aku, Zaza dan askar perempuan tadi. Mereka pula ada di dalam van askar.

"Miss, kita nak pergi mana? Kenapa tangkap kami?"

Tanyaku kepada askar perempuan tersebut.

"Ke tempat kurungan. Kami hanya menurut arahan daripada pihak atasan. Yang masih belum dijangkiti akan berada dibawah pengawasan kami. Jangan risau kami tak apa-apakan awak semua hanya memeriksa kesihatan dan sedikit ujikaji kemudian kamu ditempatkan di tempat yang selamat."

Terang askar perempuan itu.

"Ha.. nama saya Ray."

Aku menganggukkan kepalaku.

"Saya Hana dan ini adik saya Zaza."

Ray mengangguk.

Tak lama kemudian kami sampai di tempat kurungan tersebut.

Aku terkejut kerana masuk-masuk sahaja sudah ternampak bilik kurungan berkaca sarat dengan orang. Satu bilik dipenuhi dengan lebih lima belas orang. Biliknya hanya sebesar ruangan rumah flat. Sangat menyeksakan. Kami disumbat masuk ke dalam bilik kurungan yang masih kosong dipaling hujung sekali.

Ace terus memeluk aku tatkala pintu sel dikunci ketat. Aku membalas pelukkan Ace. Apa akan jadi pula sekarang ni?

Tiba-tiba lampu dimatikan dan hanya ada lampu kecil yang malap terlekat pada siling itu masih lagi menyala tetapi ia tetap menggelapkan suasana. Aku mula tidak keruan. Dakapan Zaza aku pereratkan lagi dan menggengam tangan Ace.

"Ahhhhhhhhh!"

"Ahhhhhhhh!!"

Bang! Bang!

Seorang demi seorang aku mendengar jeritan nyaring diselang-seli dengan bunyi tembakan. Lampu dinyalakan semula. Aku menggosok-gosok mataku. Aku menekup mulutku apabila aku ternampak tiga orang askar sedang mengheret tubuh manusia yang sudah bertukar menjadi... zombie!!!

"Nampaknya penyakit tu dah merebak. Tiada gunanya mereka mengurung kita. Pasti kita akan dijangkiti jugak memandangkan orang di dalam sel ini sudah dijangkiti."

Aku menafikan kata-kata Jenna. Aku tak mahu dijangkiti. Aku tak nak bertukar menjadi makhluk aneh tu. Tak nak! Sama sekali tak nak. Aku menangis.

"Shhh sayang. Jangan menangis."

Pujuk Ace. Aku menangis di dalam dakapan Ace teresak-esak. Zaza turut menangis.

/////////

Sudah enam hari kami dikurung tanpa diberi makanan. Hanya sebotol air mineral untuk sehari. Perut aku memulas-mulas minta diisi. Zaza hanya mengerang menahan sakitnya. Aku semakin rungsing. Bagaimana mahu keluar daripada sini. Mereka mengunci pintu sel ni dengan kunci yang memang payah untuk dibuka.

Aku lihat masing-masing sudah kelemahan. Tak berdaya untuk berdiri mahupun berjalan. Aku merangkak ke arah pintu sel tersebut. Aku melihat keadaan luar daripada cermin kaca tersebut. Sunyi. Banyak percikan darah dan aku terdengar sayup-sayupan orang menangis. Aku lihat tiada seorang askar pun yang menjaga disitu. Aku mula mencari kesempatan untuk keluar dari sini. Cermin kaca ni tidak dapat dipecahkan. Aku pun tak tahu kaca ni diperbuat daripada apa.

Mataku meliar mencari jalan keluar. Aku mengeluh. Semuanya terkunci ketat dengan ada cctv dan alarm. Tiba-tiba ada sentuhan pada bahuku. Aku menoleh kebelakang kelihatan Ace sedang memuntahkan isi perutnya. Aku terus mendapatkannya.

Dia menepuk-nepuk perutnya. Mungkin dia terlalu kelaparan. Perit. Dia terus muntah dan muntah. Aku cuba untuk membantu dia. Habis bilik kurungan ni dengan muntahnya. Aku lihat Zaza turut muntah. Semua termuntah selepas Ace termuntah kecuali aku dan Jenna. Walaupun perut kami perit menahan lapar tetapi tiadalah sampai termuntah.

"Woi! Apa muntah dalam bilik ni!"

Jerkah seorang askar. Terkejut aku. Segera dia memanggil beberapa kawannya yang lain dan mengheret kami ke suatu tempat seperti bilik ujikaji. Besar. Cat warna putih di dinding sangat terang ditambah dengan lampu yang sememangnya sangat terang. Terasa nak buta mata ni.

Mereka membaringkan aku di atas tilam nipis lalu mengikat tangan dan kakiku kemudian menutup mulutku dengan selotep. Aku meronta-ronta namun mereka abaikan. Aku lihat Zaza disebelahku menangis teresak-esak. Aku memberi isyarat mata supaya dia diam.

Askar-askar tadi meninggalkan kami setelah mereka mengunci bilik pelik ni. Aku meronta-ronta lagi supaya ikatan terbuka namun kekuatan tenagaku semakin lemah. Aku tak berdaya lagi untuk meronta.

Aku baru teringat, aku masih lagi sisipkan pisau lipat pada stokin. Lembab betul aku ni. Patutnya dari tadi aku dah lepaskan diri. Perlahan-lahan tanganku cuba mencapai pisau lipat. Berpeluh-peluh aku mengambilnya.

Akhirnya dapat juga walaupun jariku sedikit terluka apabila terkena mata pisau tersebut. Aku memotong ikatan pada tangan dan kemudian kaki. Cepat-cepat aku bertindak memotong kesemua ikatan kawan-kawanku.

Aku mendukung Zaza yang semakin lemah. Ace menggengam tanganku dengan kuat. Aku menjengah diluar takut-takut askar tadi muncul. Chaz dan Jenna cuba membuka pintu bilik ni. Sekali tendangan kaki Jenna, pintu itu terbuka. Masih bertenaga lagi.

Alangkah terkejutnya kami apabila ternampak askar tadi sedap dilahap oleh dua orang zombie. Kami melarikan diri disebelah barat sehingga kami ternampak ruang seperti dapur lalu mengunci pintu dapur itu.

Aku terduduk kepenatan manakala kawan-kawanku sedang menggila mencari makanan di dapur. Ace duduk disebelahku sambil menghulurkan biskut. Aku dan Zaza pantas mengambilnya.

Perutku terasa terisi walaupun dengan dua keping biskut. Jenna mencampak sebungkus jajan kentang kepadaku. Aku tersenyum lalu membukanya. Selesai makan aku terdengar bunyi tendangan pada pintu masuk. Kami terus berlari ke arah pintu kecil yang ada anak tangga turun ke bawah.

Rupanya pintu tersebut menuju ke parking lot pengangkutan askar. Ada beberapa orang askar sedang menjaga disitu. Chaz dan Haidan menjengketkan kaki sambil berjalan ke arah askar tersebut dan...

"Mmmhhhmmhhh.."

Dua orang askar itu meronta di dalam pelukan Ace dan Haidan. Selamba sahaja mereka mematahkan tengkuk askar-askar itu. Jenna terus pergi ke arah kereta askar yang mempunyai senjata machinegun. Sekali tekan, enjin terus hidup. Kami terus keluar dari tempat ini.

Rupa-rupanya negara Malaysia juga turut kucar-kacir. Ramai rakyat mereka sudah bertukar. Aku menutup wajahku dan Ace menarik aku masuk ke dalam dakapannya.

Penyakit aneh itu dah semakin merebak. Aku nak keluar daripada sini. Tolonglah. Aku nak keluar...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience