Aku tersedar di awal pagi. Tengok cahaya matahari itu agak-agak macam pukul 9 atau 10 pagi. Zaza masih lagi terlentuk di atas riba aku. Aku mengalihkan kepalanya ke atas beg galasnya. Kemudian aku bangun dan pergi ke bilik stor untuk menukar pakaian. Jenna aku lihat tiada disitu kemanalah dia pergi pagi-pagi ni. Dia tinggalnya aku dengan Zaza. Kurang asam jawa betul.
Selesai menukar baju, aku mengejut Zaza daripada tidurnya. Liat betul Zaza ni nak bangun. Penat sangatlah gamaknya. Sementara Zaza menukar baju aku mengambil dua bungkus roti dan dua botol mineral. Nasib baik makanan dalam mini supermarket ni semuanya belum expired. Tangan aku gatal pula nak pakai spek hitam yang ada dekat sini. Aku capai salah satu spek hitam tersebut lalu memakainya. Cun melecun.
"Kak Hana?"
"Ya sayang. Dah siap tukar baju?"
Zaza mengangguk lalu tersengih melihat ke arah aku.
"Kak Hana pakai spek hitam nampak cantik."
Puji Zaza. Aku sudah kembang semangkuk. Cover cun sekejap.
"Dah cepat makan roti tu kemudian tolong kak Hana ambil makanan dan sumbat ke dalam beg. Buat bekalan kita nak berjalan kejap lagi. Tunggu kak Jenna datang. Mungkin dia tengah cari jalan keluar."
Zaza mengangguk lalu memakan roti yang beri tadi. Beberapa minit kemudian Jenna datang sambil membawa satu beg kertas dan mencampak ke arah aku. Aku lihat pakaian dia pun dah bertukar. Tapi cap dan jaket sentiasa ada. Stylo..
"Tu baju kau dengan si kecik tu aku ambil kat kedai seberang sana. Pagi-pagi ni tak banyak sangat zombie. Bolehlah kita keluar. Nah, aku boleh bagi kau ni je."
Terbeliak mata aku apabila Jenna menghulurkan shotgun kepadaku.
"Just take it, please."
Aku mengambil shotgun tersebut. Aku menolong Zaza menggalas begnya dan kemudian aku menggalas beg aku. Bertambah berat beg aku. Penuh dengan bekalan makanan dan minuman. Aku harap hari ini aku akan berjumpa dengan Ace dan juga... Haidan dan Emir.
Jalan...jalan...jalan.
Bang! Bang! Bang!
Aku terkejut daripada lamunan apabila Jenna melepaskan tembakan ke arah tiga makhluk itu. Zaza memeluk pinggangku erat.
Tiba-tiba semakin banyak makhluk tersebut mengerumuni kami. Jenna membuat isyarat mata supaya kekal bersama dengannya. Aku melepaskan dua tembakan ke arah zombie yang sudah tiba di belakang aku. Aku menyuruh Zaza pergi ke arah Jenna. Jenna melindungi Zaza. Aku terjatuh terjelepok apabila ada lebih tujuh makhluk tersebut menolak aku. Aku tembak dan tembak sehingga peluru aku habis. Ah mati! Mati! Aku tak nak kena gigit! Tolong!
Bang! Bang! Bang!
Aku terperanjat apabila salah satu makhluk itu menghempap badan aku. Eii busuk! Hanyir! Nak termuntah tapi aku menahannya. Tiba-tiba tubuhku ditarik oleh seseorang kemudian orang itu memeluk aku erat. Aku rindu dengan dakapannya. Aku mencelikkan mata aku. Aku ingatkan siapalah yang peluk aku rupanya Ace? Aku ingat ayah ke yang peluk aku.... aku salah dan aku lupa ayah dah tak ada.
"Oh! Awak masih selamat, Hana."
Aku lihat wajah Ace penuh dengan darah begitu juga dengan Haidan dan Emir yang berdiri disebelah Jenna. Zaza berlari ke arah aku.
"Awak pun selamat, Ace."
Aku hanya mengukirkan senyuman kepada Ace. Manakala Haidan Emir yang dari tadi memandang aku, aku 'hadiahkan' jelingan paling maut di dunia yang tak pernah ada orang miliki. Jenna tergelak dengan jelinganku.
Kami diserang lagi dengan zombi tersebut, kali ini banyak. Lebih 20 orang! Giler... peluru manalah cukup nak tembak kesemuanya dan kiteorang ambil jalan mudah iaitu langkah seribu ataupun sejuta janji lari. Zaza didukung oleh Ace. Kudrat lelaki kuat sikit. Aku ni nak menggalas beg lagi memang pengsan aku nak berlari.
Kiteorang berlari sehingga merasakan tiada lagi zombi mengekori kami. Langkahku terhenti di hadapan kedai senjata. Terus aku masuk dan aku melepaskan tembakan kepada dua orang makhluk yang sedang berdiri di kaunter.
"Semakin mahir..."
Kata Ace sambil mencuit hidung aku. Er... pelik. Ke gila? Memang dia gila pun. Haish, macam manalah aku boleh kawan dengan orang psiko cam dia. Dia bunuh ke tembak ke memang tak ada perasaan.
"Ambil senjata yang canggih sikit."
Suruh Jenna. Aku ternampak Ace memberi Zaza memegang dua pucuk pistol. Terkejut aku lalu menjerit memanggil nama Ace.
"Ace! Kenapa bagi Zaza pistol?"
Zaza terus menjatuhkan dua pucuk pistol itu ke lantai akibat terkejut dengan jeritan aku. Ace menjeling lalu mendekati aku dengan dekat sekali. Dah macam nak telan aku cara dia pandang.
"Jangan pernah sesekali kau tinggikan suara pada aku."
Dah keluar dah psiko dia. Kemudian aku terasa pipiku hangat semacam rupanya aku ditampar olehnya. Aku mendengus kuat lalu menolak tubuh Ace kuat. Berani-beraninya dia menampar aku. Aku mendukung Zaza lalu keluar dari kedai senjata tersebut. Nasib baik sempat aku ambil tiga senapang dan pelurunya. Jenna mengekori aku. Kelibat Ace, Haidan dan Emir muncul kemudian setelah aku jauh dari kedai senjata tersebut. Aku lihat Ace berlari mendapatkan aku.
"Hana.. I am sorry."
Aku tidak mengendahkan Ace yang berada disebelah dan aku terus berjalan. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang dari balai polis yang tak jauh dari situ. Aku berlari masuk ke dalam balai polis tersebut. Clear. Aku mencari-cari suara tersebut. Rupa-rupanya suara tersebut dari dalam radio. Jenna terus duduk di hadapan radio tersebut lalu mencapai mikrofon yang berada dihadapannya.
"Roger roger.. saya dengar suara awak.."
Kata Jenna pada mikrofon tersebut.
"Saya agensi dari negara Sweden. Kami telah menghantar pertolongan di terminal.. termi.."
"Hello!"
Jenna menolak mikrofon dan radio itu kebawah. Mengamuk betul dia.
"Lost contact! Terpadam... aku sempat dengar dia kata ada pertolongan di terminal.. kita kena cari terminal!"
Bengang Jenna.
Panggilan tersebut membuatkan kami berfikir sejenak. Terminal. Terminal. Dekat mana? Giler nak mencari satu negara ni. Aku lihat Jenna meraup wajahnya lama. Mungkin sedang berfikir juga. Ace memerhatikan aku lama. Aku hanya menjeling sahaja. Berani-berani lagi tampar aku. Apa ingat aku takut ke dengan orang psiko? blahlah..
Zaza yang sedang makan roti memandang aku. Aku hanya tersenyum kecil. Haidan dan Emir pakaian mereka basah dek peluh yang berjuraian.
"We need a car."
Kata Jenna.
"Yeah. That's a lot car out there. We just need to choose.."
jawab Ace. Jenna menjeling lalu keluar daripada balai polis. Kami mencari sebuah kereta yang masih penuh minyaknya. Berpeluh-peluh kami mencari. Cuaca pagi ni amat panas. Panas yang lain daripada lain. Zaza merungut kepadaku bahawa kakinya lenguh berjalan. Haidan menawarkan dirinya untuk mendukung Zaza. Aku lihat riak wajah Haidan dan Emir seperti mahu berbaik-baik dengan aku. Namun entah kenapa hati aku keras semacam. Aku tak adalah kejam mana tak nak maafkan orang cuma entahlah. Aku dah tak ada apa-apa perasaan lagi dengan mereka sejak mereka membuli aku dulu. Cukuplah dulu. Sekarang ni biarlah aku anggap mereka kawan sahaja. Selama ni mana pernah mereka anggap aku adik? Tak pernah langsung. Layan aku dahlah macam layan aku ni bibik. Bibik tanpa bergaji. Tanpa diberi makan dan minum.
"Kita berteduh dekat shopping mall sana tuh..."
Jenna menjuihkan bibirnya ke arah shopping mall yang jauh 300 meter dari aku. Aku dah tak larat nak berjalan lagi apakan daya terpaksalah jalan sampai ke shopping mall tu. Besar juga shopping mall tu. Mesti zombi banyak dalam tu. Ataupun ada survival. Mana tahu ada?
Aku hampir terjatuh apabila hampir masuk ke ruang utama shopping mall. Emir sempat memaut lengan aku. Aku tiba-tiba menjadi lemah. Otot-otot semua tak berfungsi terutama otot kaki. Rasa lenguh giler. Jalan tak adalah jauh mana. Menggigil badan aku nak menampung badan aku. Tiba-tiba Emir mencempung badanku.
"Emir?!"
Emir memandang aku.
"Abang tahu Hana tak larat. Marilah abang tolong. Jangan jual mahal sangat."
Aku menjeling. Siapa jadi adik dia entah? Nak panggil abang segala bagai. Geli dengar. Sejak bila aku ada abang. Rasanya hidup sebatang kara je selama ni. Memandangkan aku memang betul-betul tak larat. Aku membiarkan sahaja Emir menolong aku dan perlahan-lahan mataku terkatup rapat. Penat sangat.
Aku menggosok-gosok mataku lalu menggeliatkan badan. Merenggangkan otot yang kekejangan. Sedar-sedar aku tidur di atas riba Haidan. Oh no! Dia pulak.. hm...
"Hah dah bangun?"
Tanya Jenna. Dah nampak aku bangun mestilah dah. Aduhh soalan dia ni.
"Ya."
Aku memerhati keadaan sekeliling. Gelap. Kat mana ni?
"Kita kat mana?"
"Farmasi."
Aku mengangguk. Perlahan-lahan aku mengubah posisi kepada duduk. Zaza kulihat tertidur beralaskan beg galasnya. Kelibat Ace tak nampak pulak. Biar ah mamat tu. Sakit hati je aku tengok.
"Hana, nak coklat?"
Tanya Emir. Aku hanya mendiamkan diri tak menjawab soalannya. Tangan pun tak sambut huluran coklat Cadbury tu. Malaslah. Konon nak buat baik. Blahlah. Aku tak ada mood nak makan. Semua yang ada kat dunia suka buat aku sakit hati.
Pranggg...
"Shh.."
Cepat sahaja Jenna menyuruh kami mendiamkan diri apabila mendengar bunyi benda terjatuh dari luar farmasi. Zaza yang tadi tidur kini bangun akibat terkejut. Dia memeluk aku. Aku pula sudah bersedia dengan shotgun. Jenna menghendap-hendap ke arah pintu masuk.
"Guys."
Jenna dah menghalakan senjatanya ke arah Ace. Kurang asam betul. Dia rupanya. Sabar jelah nak...
"Kau ni nasib baik aku tak tertembak."
Marah aku. Ace tersenyum lalu mendekati aku.
"Hana tak marah Ace dah?"
Aku memutarkan anak mata 360 darjah. Menyampah. Tak sedar diri tu psiko!
"Sanalah.."
"Tak nak..."
"Eiii Ace!"
Ace tergelak.
"Aku ada jumpa survival dekat supermarket sana. Marilah."
Kami semua mengekori Ace sehingga masuk ke dalam supermarket. Rupa-rupanya ada juga survival dalam supermarket ni.
Dua orang lelaki berbadan tegap kelihatan seperti adik-beradik. Seorang wanita hamil dan dua orang remaja seperti aku dan Jenna.
"Hey!"
Sapa Ace kepada mereka.
Mata aku terpaut kepada seorang lelaki yang memandang aku lama dari tadi. Handsome! Memang ciri-ciri lelaki idaman aku. Aku melabuhkan punggung disebelah si wanita hamil itu. Zaza turut duduk di atas ribaku.
"Hai cantik."
Sapa wanita itu. Cantik dia panggil aku? Wah.. kembang semangkuk maggi sedaap kriuk-kriuk.. tak pernah ada orang puji aku terang-terangan macam ni. Aku mengukirkan senyuman kepadanya. Senyum simpul.
"Hai.. apa nama awak?"
"Larissa."
"Cantik nama awak."
"Saya Hana."
"Hana?"
Larissa membuat muka terkejut. Kenapanya nama aku Hana? Pelik ke? Tiba-tiba Larissa memelukku erat.
"Larissa kenapa?"
Aku membalas pelukkannya sambil mengusap-usap belakang badannya. Sedih pulak tengok dia menangis bila tahu nama aku Hana. Mungkin ada orang yang dia sayang nama Hana.
"Saya ada anak perempuan nama Hana. Anak saya tak sempat diselamatkan. Dia lemas."
Um.. kasihannya. Sedih. Patutpun dia peluk aku erat giler.
"Sabar ya Larissa."
"Dia kecik lagi. Umur dia empat tahun. Petah bercakap."
Larrisa ketawa kecil.
"Semua salah saya sebab tak jaga dia dengan elok..."
"Larissa..."
Panggil seorang lelaki yang duduk disebelah Haidan sambil berkerut dahinya. Mungkin dia ni suami Larissa.
Kami semua mengenalkan diri dan merapatkan hubungan. Kemudian aku lihat jam tangan aku sudah pukul 11 malam. Menguap nak dekat seratus kali. Aku mengalaskan kepalaku dengan beg galas kemudian memejamkan mata. Ace dan Jenna hari ini berjaga manakala yang lain merehatkan diri.
Share this novel