018 [Penawar]

Zombie Completed 14235

Aku sudah menjejakkan kakiku di tanah airku. Ya. Aku sekarang berada di negara aku yang sudah lama aku tinggalkan. Nampaknya keadaan di negara aku masih sama. Aku perlu cepat untuk sampai ke makmal lama ayah. Kemungkinan makmal itu sudah dipecah masuk oleh zombi tapi aku harap sangat cecair penawar buatan ayah masih tersimpan elok di dalam peti berkod itu. Aku pergi bersama Ace, Jenna, Haidan dan Emir. Zaza, Bratt dan Chaz tinggal bersama George di pusat perubatan tersebut.

Mujur George tahu di mana letaknya kapal terbang untuk kami pulang ke negara asal kami. Aku menceritakan mimpi tersebut kepada mereka. Terus George menyuruh aku untuk mendapatkan cecair penawar itu dan selebihnya dia akan uruskan. Aku akur dan aku beranikan diri untuk datang semula ke sini.

Haidan memandu pulang ke rumah lama kami. Rumah mak dan ayah. Aku terkejut melihat mayat mak dan ayah masih ada lagi disitu. Yang mengejutkan ia tidak reput masih pada bentuk asal. Aku cuba menahan tangisanku dan bergegas naik ke atas kemudian masuk ke dalam bilik ayahku bersama Jenna. Aku dan Jenna menyelongkar laci dan almari ayah. Kami perlukan alamat makmal tersebut.

Selama beberapa minit kami menyelongkar, akhirnya Jenna menjumpai briefcase kecil milik ayah di dalam almari bertindih dengan pakaian ayah. Nampak briefcase itu berhabuk. Aku membuka beg tersebut lalu mengeluarkan isinya. Ada beberapa keping gambar ayah bersama ayah kandungku dan orang yang punca semua benda ini terjadi, Oleg. Aku mengusap wajah ayah kandungku di dalam gambar tersebut. Air mataku menitis perlahan. Aku tak pernah tahu siapa ibu dan ayahku sebenarnya? Rupanya inilah rupa ayah. Ayah seorang yang bergaya dan juga kacak orangnya. Aku tersenyum. Jenna mengusap bahuku lembut. Kemudian aku menutup kembali briefcase itu setelah menjumpai alamat makmal ayah di dalam secebis kertas.

Kereta yang dipandu oleh Haidan meluncur laju sehingga ke makmal ayah. Sungguh besar bangunan makmal ini. Cat bangunannya sedikit pudar dan bertukar warna menjadi kehitam-hitaman. Tetapi aku perasan pada tingkat atas ada satu nyalaan lampu pendaflour yang malap. Ada penghunikah di makmal ini? Bukankan sudah ditutup oleh ayah sendiri. Dan bangunan ini sudah lama terbiar. Emir dan Ace menendang pagar kecil untuk kami masuk ke dalam makmal tersebut. Kakiku perlaha-lahan masuk ke dalam makmal sambil pistol aku halakan ke kiri dan ke kanan. Ace setia bersamaku. Menjadi back up aku. Kemudian aku berlari naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik yang ada nyalaan lampu itu. Aku menjengah dari luar. Pintu itu hanya tertutup rapat. Jenna menjengah-jengaj dan cuba melihat siapa ada di dalam. Kelihatan seorang lelaki tua baya ayah sedang membuat eksperimen. Keadaan dia sangat teruk. Lemah dan cengkung tetapi masih berupaya untuk membuat eksperimen. Aku menjengilkan mataku apabila ternampak eksperimen yang dibuat oleh lelaki tua itu sama warnanya dengan cecair yang rosak itu. Aku terus menyergah lelaki tua itu.

"Berhenti lakukan apa-apa kerja!" Lelaki tua itu terkejut lalu dia terduduk ke bawah sambil kedua-dua belah tangan di angkat ke udara. Nampak macam menyerah aje. Ace dan Haidan mendekati lelaki tua itu Haidan memulas tangan lelaki tua itu kebelakang manakala Jenna mengalihkan cecair tersebut ke dalam sinki dan sinki itu disumbat dengan kain basah.

Aku perasan pada kot putih lelaki itu terdapat tanda namanya. Oleg. Maknanya adakah ini Oleg sahabat ayah? Mungkin. Kerana wajahnya lebih kurang sama dengan gambar yang aku lihat.

"Kau buat apa kat sini? Eksperimen kali ni kau buat? Tak serik lagi ke kau nak hancurkan bumi ni. Hah? Kau gila kan? Memang nak kena hantar masuk tanjung rambutan. Orang macam kau ni memang patut mati!" Aku mencengkam dagu Oleg. Dia memejamkan matanya menahan sakit. Terketar-ketar dia mengeluarkan suara.

"Mamaafkan aku. Aaaku cucuba nak pupulihkan kekeadaan.. babagi aaaku masa. Aaaku tengah sisiapkan pepenawar iiitu sesemula. Totolong. Jangan bunuh aaaku." Katanya tergagap-gagap. Aku menjeling. Pistol itu aku acukan betul-betul pada kepala otaknya. Kemarahan aku sudah mencecah maksimum dan akan meletup tak lama lagi.

"Banyaklah kau punya maaf. Puihhh! Kau tahu aku hilang semua orang yang aku sayang. Kau boleh hidupkan mereka balik? Hah? Boleh? Aku tanya kau ni boleh tak?" Aku meludah pada Oleg. Dia terkelu. Mukanya jelas menunjukkan riak takut melihat aku.

"JAWABLAH OLEG!" Suaraku sudah naik ke oktaf. Aku sudah acah-acah menarik picu pistolku.

"Ya ya. Aaaku boboleh bubuat mereka hihidup balik. Sesebab tu aku perlu buat penawar untuk mereka hidup semula dan kekembali pada asal. Sesebenarnya memereka belum mati wawalaupun dah ditembak kerana... kerana iiitu sebenarnya bukan mereka. Mereka sudah dikongkong oleh cececair tuu.." aku ketawa terbahak-bahak. Dah serupa orang gila.

"Bahagia aku dengar jawapan kau, Oleg. Aku nak kau buktikan kalau tak, pistol ni akan cari mangsanya. Kau faham?!" Oleg mengangguk bersungguh-sungguh. Aku menyuruh Haidan dan Emir memantau Oleg yang sedang menyiapkan penawar. Aku segera ke belakang makmal mencari penawar buatan ayah. Aku memasukkan kod yang bernombor 030797. Dezp. Pintu peti tersebut terbuka. Aku memakai mask dan sarung tangan getah lalu mengambil botol cecair yang hanya sebesar jari kelingking itu keluar. Aku bawa cecair tersebut ke arah Oleg.

"Oleg! Ni penawar apa?!" Oleg kelihatan terkejut tatkala aku menunjukkan cecair tersebut.

"Iiini cecair yang aaaku nak buat. Ya. Ya betul cecair ni. Kaaakau jumpaa kat mamana?" Tanya Oleg. Aku membesarkan anak mataku.

"Tu semua kau tak perlu tahu. Bengap. Sekarang apa kita nak buat? Beritahu cepat sebelum kepala kau aku tanggalkan daripada badan kau." Kata aku kasar. Oleg bangun lalu mengambil satu besin yang penuh dengan alatan suntikan.

"Tatapi.. aaaku nak beritahu yayang.. akuu tak boleh nak hidupkan sesemula yang kekena temtembak pada kepala ataupun jantung. Aaaku minmintaa maaf. Jajangan bunuh aku. Aaaku tahu aaaku salah. Aaaku bertindak bodoh. Sebab dendam. Sebab aku dunia huru-hara." Jenna mula bengang melihat Oleg cakap tergagap-gagap. Dia terus menembak terkena tepat pada betis Oleg. Oleg menahan sakit. Aku menjengilkan mata aku pada Jenna.

"Jenna asal kau tembak dia? Kita masih perlukan dia untuk pulihkan dunia ni." Marah aku. Jenna hanya membuat riak muka tidak bersalah.

"Aku benci dengar dia cakap tergagap-gagap. Aku tak nak buang masa aku dengar so bodoh ni bercakap. Baik cepat sebelum aku tembak mulut dia senang dia telan peluru tu sekali." Kata Jenna lalu dia duduk bersila di atas lantai sambil menopang dagu. Aku mengeluh kemudian aku mendapatkan first-aid untuk mengeluarkan peluru yang keluar daripada betis Oleg.

"Aku dah keluarkan peluru tu daripada betis kau dan aku nak kau terangkan pada aku apa yang perlu buat sekarang?" Oleg mengangguk lalu mengucapkan terima kasih. Dia menyuruh aku mengambil besin yang ada alatan suntikan tersebut.

"Kaakau masukkan cecair tu dalam bikar besar. Kekemudian kau tambah air 30ml dan kacau sampai warna dia bertukar menjadi lagi pudar. Then, kau guna jarum suntikan tu dan suntik pada lengan mereka. Pastikan lengan ataupun leher. Dan jarum suntikan tu boleh digunakan sebanyak enam kali sahaja. Hanya dengan kuantiti sedikit sahaja cecair itu masuk ke dalam tubuh mereka." Terang Oleg panjang lebar. Kemudian aku dan Ace menuangkan cecair tersebut ke dalam bikar besar dan mereka menambah air sebanyak 30ml kedalam bikar tersebut.

"Kau pasti ini betul?" Tanya Jenna musykil. Oleg memandang Jenna, dia ketakutan. Jenna memberikan senyuman senget.

"Ya. Aku pasti. Sebab memang itu caranya. Frost dan Raven beritahu aku." Jenna mencebik lalu menjeling Oleg.

"Dah buat salah baru nak terkedek-kedek buat penawar. Lain kali waras lah sikit. Fikir jugak orang lain. Pasal dendam kau bawak main eksperimen tu. Tak pasal-pasal kami sengsara kau tahu? Kau apa tahu? Kau dah puaskan sebab dendam kau dah tertunai?" Dingin Jenna. Oleg hanya membisu. Dia kesal dengan kesalahannya. Dia juga tidak jangka yang eksperimen rosak akan memberi impak sebesar ini kepada dunia.

"Aku dah siap masukkan cecair itu dalam alatan suntikan. Mari kita mulakan kerja kita." Kami semua masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Ace. Oleg jugak tidak ketinggalan, Emir menyuruh dia mengikut kami. Mana boleh terlepas macam tu aje.

Aku kembali ke rumah. Aku berlari ke arah jasad mak dan ayah. Aku mengucapkan syukur kerana Ace menembak mereka ketika itu pada perut. Aku terus menyuntik mereka perlahan. Dan ia berkesan! Hanya kiraan 3 saat. Tubuh ayah dan mak kembali normal. Tetapi mereka masih belum sedar. Aku menyuruh Haidan dan Emir menjaga mereka di rumah sementara aku, Ace dan Jenna serta Oleg pergi ke rumah Sha. Aku menyuntik mereka dan membaringkan tubuh mereka di atas tilam katil. Aku memeluk tubuh Sha yang masih terkulai itu setelah tubuhnya kembali normal.

Aku perlu meminta pertolongan daripada George untuk menyebarkan penawar berharga ini. Kemungkinan besar mereka boleh ciptakan penawar ini dengan lebih banyak kerana Oleg pasti tahu akan bahan-bahannya. Aku harus kembali ke negara Australia. Bolehlah Zaza berjumpa dengan kakak serta ahli keluarganya. Syukur. Akhirnya aku dapat kembalikan kebahagiaan aku serta orang lain.

"Ha..Hana.. kakau ke tu?" Aku terus menoleh ke arah Sha yang baru sahaja sedarkan diri. Aku terus menangis melihat Sha mencelikkan matanya.

"Sha. Aku rindu kau Sha. Aku rindu kau!" Sha membalas pelukkanku erat.

"Apa dah jadi Hana? Kenapa dengan aku? Hana mana Zaza? Mana family aku? Kenapa rumah aku bersepah-sepah teruk macam ni?" Aku tersenyum mendengar soalan-soalan yang bertubi-tubi oleh Sha.

"Akan aku ceritakan nanti. Zaza ada. Kau jangan risau. Family kau dekat dalam bilik. Mungkin mereka pun dah sedar. Aku kena pergi dulu Sha. Nanti aku datang, aku bawa Zaza sekali. Aku janji. Kau jangan risau." Sha menganggukkan kepalanya. Aku menyuruh dia berehat. Aku meminta izin untuk keluar.

"Abang, kita kena balik negara Australia. Hana kena minta tolong dorang." Kataku pada suamiku. Yelah. Suami aku, Ace. Jangan buat buat lupa pula yang aku dah ada suami. Hikhiks.

"Okey sayang. Jadi kita kena patah balik ke airport?" Aku angguk. "Jenna boleh kau tinggal sini. Perhatikan Oleg dekat rumah aku. Kau stay kat rumah aku. Biar aku dengan Ace je yang pergi. Okey?" Jenna mengangguk sambil menepuk bahuku lembut.

"Aku tunggu kau, kawan. Aku akan jaga si Oleg budus tu. Biar aku pulak nak berdendam dengan dia. Jangan kau risau aku masih berhati perut. Tahulah apa aku nak buat kat dia. Bagi sedar sikit. Iktibar beb." Aku tergelak kecil.

Kereta yang dipandu oleh Ace berhenti di hadapan rumahku. Jenna turun bersama Oleg.

"Aku pergi dulu,Jen. Take care." Aku melambai-lambai tanganku ke arah Jenna. Jenna membalas. Aku rasa tak sabar nak sebarkan penawar ni kepada semua orang di dunia ni. George aku perlukan pertolongan kau!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience