Hari demi hari kami dikerah tenaga untuk berlatih mempertahankan diri. Ini adalah namanya SEKSAAN! Sekiranya kami tidak memberi fokus kepada latihan akan dikenakan seksaan iaitu libasan pada belakang badan sebanyak 80 kali. Bayangkan. Itu baru tidak memberi fokus semasa latihan. Kalau tak datang tepat pada waktu yang diberikan, dikurung selama 10 hari tanpa makanan diberi.
Hari ini kami berlatih selama tujuh jam berturut-turut tanpa makan. Hanya diberi sebotol air yang hanya boleh bertahan selama satu jam. Perut aku mula berlagu meminta makan. Nasib baik Zaza dan Larrisa tidak turut serta. Mereka dikecualikan.
Aku dan Jenna masuk ke dalam bilik setelah tujuh jam selesai menjalankan latihan. Kami tersangatlah lemah. Perut dah macam kena gastrik. Rupanya tempat ini mengalah suasana di luar sana. Aku lebih rela berhadapan dengan zombi itu dengan hanya sekali tembakan sahaja. Aku tak larat untuk berlatih pada hari-hari akan datang. Ini sungguh menyeksakan!
"Oh my god. Apalah nasib kita ni..."
Jenna memeluk betisnya lalu mengeluh kuat. Kami hanya mengalaskan perut dengan biskut yang diberi oleh orang kuat disini. Mana cukup satu bungkus kecil hanya ada lima keping biskut dan sebotol air yang kecil. Apalah nasib... baik mati aje terus daripada seksa macam ni. Nak training pun bagilah orang bertenaga. Gilaaa...
"Aku lapar lagi..."
keluh aku. Ace,Chaz,Haidan dan Emir masuk ke dalam bilik dengan baju mereka basah dek berpeluh. Wajah mereka tampak terlalu letih dan manik-manik peluh berjuraian pada wajahnya. Mandi peluh gamaknya.
Aku mendekati Ace lalu mengelapkan peluhnya menggunakan tuala kecil. Dia mengukirkan senyuman kepadaku. Aku hanya membalas senyuman segaris kepadanya.
"Kakak! Nah... Zaza bawakan mi segera. Kami baru lepas makan tadi. Kan kak Risa?"
Larrisa mengangguk lalu memberi kami mi segera. Paling laju adalah Jenna. Begitu lahap sekali dia makan. Bratt yang keadaannya sudah semakin membaik termenung di luar balkoni.
"Apalah nak jadi dengan kita? Dikerah teruk dengan mereka. Mereka nak menggunakan untuk musnahkan zombi di luar sana."
Kata Emir sambil memandang ke luar balkoni. Aku mendengus kuat.
"Kalau ya pun tak payahlah nak seksa! Tak bagi makan dan minum! Latihan sampai tujuh jam. Gila!"
Tempik aku dengan rasa tidak puas hati yang membuak-buak di hati.
"Aku dengar sebenarnya mereka kekurangan sumber makanan. Hanya cukup-cukup sahaja. Mereka minta bantuan dari luar negara tetapi tidak dilayan."
Kata Bratt pula.
"Habis kami ada dapat satu call daripada negara Sweden mengatakan ada sebuah terminal yang selamat..."
"Dan inilah terminalnya...."
Jawab Jenna. Aku membesarkan mataku.
"How do you know?"
"Aku dengar sendiri daripada mulut komander. Semua pihak atasan ni orang Sweden yang dah lama tinggal sini. Mereka kumpulkan kita untuk menjadikan askar."
"Askar ke orang tahanan?"
Sinis suara aku. Jenna menjungkitkan bahunya.
"Aduhh..."
Larrisa mengaduh sakit dan aku lihat ada satu limpahan air di atas karpet bilik. Air ketubannya dah pecah.
"Larrisa nak bersalin..."
Gumam aku. Semua kelam-kabut terutama Bratt. Dia mencempung badan isterinya lalu dibaringkan di atas katil. Chaz berlari ke bilik rawatan untuk mengambil barang keperluan. Aku dan Jenna menolong Larrisa untuk menyambut bayinya.
Sudah berejam-rejam Larrisa meneran tetapi kepala bayi masih belum kelihatan. Jenna mengeluh berat, dia takut bayi itu akan lemas sekiranya lambat diselamatkan. Bratt setia disisi Larrisa. Chaz, Ace, Emir, Haidan dan Zaza tunggu diluar bilik.
"Dah lama sangat Risa teran. Baby tak keluar juga... dah banyak sangat darah Risa keluar. Aku takut...."
Percakapan Jenna tersangkut apabila Bratt merenungnya tajam. Aku mengeluh. Risau aku melihat Larrisa yang sudah menangis kesakitan ditambah lagi darah yang banyak keluar daripada alat sulitnya.
10 jam kemudian barulah Jenna dapat menyambut bayi Larrisa dan Bratt tetapi... ketika bayi itu dilahirkan ianya tidak menangis dan mukanya kebiru-biruan menandakan dia sudah meninggal dunia akibat lemas di dalam kandungan dan tali pusat membelit lehernya.
Larrisa pula sudah kehilangan banyak darah. Sempat Larrisa mengucup dahiku sebelum dia meninggalkan kami semua. Bratt sudah hilang daya kekuatannya apabila bayi dan isterinya pergi meninggalkannya.
"Kakak Risa!"
Zaza menangis disamping Larrisa yang sudah diselimuti dengan selimut lusuh bersama bayi. Haidan dan Emir memanggil pasukan penyelamat untuk memaklumkan tentang kematian Larrisa dan bayinya.
Bratt entah hilang ke mana semasa pengebumian Larrisa bersama bayinya. Dia tidak ada semasa upacara pengebumian tersebut. Zaza yang berada di dalam dakapanku menangis teresak-esak.
Maafkan aku Larrisa sebab tak dapat nak selamatkan kau. Aku sayangkan kau. Sekali lagi aku membiarkan orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku. Sekarang hanya tinggal kami berlima sahaja. Siapa pula akan pergi selepas ini....
Sudah lima hari Larrisa pergi meninggalkan kami. Bratt sudah kelihatan tidak terurus. Kadang-kala bercakap seorang sambil tersenyum. Kadang-kala meraung dengan menangis teresak-esak. Pernah beberapa kali aku cuba untuk memujuk dia tetapi dia mengacukan pistol simpanannya ke arah aku. Nasib baik Chaz sempat merampas pistol tersebut daripada pegangannya.
Bratt seperti orang sakit mental. Kami meminta pertolongan pasukan The X untuk membawa Bratt ke bilik kurungan supaya dia tidak bertindak luar kawalan. Padah sekiranya dibiarkan dia bebas diluar. Daripada dia ditembak baik dia dikurung di tingkat bawah sekali. Mungkin bawah tanah.
"Sekarang apa nak jadi dengan kita? Tinggal kita sahaja..."
Bentak Jenna. Dia mula bengang dengan kejadian berlaku berturut-turut. Aku hanya melemparkan pandanganku ke luar balkoni. Aku menghirup oksigen untuk mengembalikan saraf-saraf otakku untuk berfikir tentang masalah ini.
"Aku dah tak nak duduk sini. Cukuplah.. aku tak sanggup diseksa lagi..."
Kata Jenna lagi sambil meramas kasar rambutnya. Aku melihat Zaza yang sedang tidur diulit mimpi namun dari riak wajah Zaza dia masih kelihatan sedih dengan pemergian Larrisa. Selama aku tak ada menjalani latihan seksaan itu, Zaza aku tinggalkan bersama Larrisa dan disitulah mereka mula menjadi rapat. Zaza suka bermain-main dan mengusap perut Larrisa ketika itu. Sedih apabila mengingatkan semula.
"Kita kena keluar dari sini. Mesti!"
Chaz,Emir,Haidan dan Ace memandang Jenna dengan penuh tanda tanya dan begitu juga dengan aku.
"Bagaimana Jenna? Kau tahukan tempat ni sudah dikepung dengan pagar jaring berelektrik arus tinggi. Dan pagarnya sangatlah tinggi. Kita tiada senjata besar. Setakat pistol enam peluru apa yang boleh mematikan semua orang disini untuk kita keluar?"
Panjang lebar pertanyaanku pada Jenna. Jenna mendiamkan diri manakala aku berfikir sejenak untuk mencari jalan keluar. Sebelum keluar kami harus memiliki senjata untuk berlawan dengan zombi. Gila apa mahu keluar tanpa senjata. Tak silap haribulan dengan bahagianya kami bertukar menjadi zombi.
"Aku ada idea..."
Ace mencelah. Kami mula berbincang bersama strategi untuk keluar dari sini. Jenna tersenyum sinis.
Share this novel