015 [Bahan Cecair]

Zombie Completed 14235

Dumm...

Bunyi kilat mengejutkan aku daripada lena. Aku pandang disebelah, Ace sedang nyenyak diulit mimpi manakala Zaza masih terlentuk di atas riba aku. Aku mengubah posisiku kepada duduk tegak. Aku menjengah ke luar tingkap kereta. Kami masih lagi dalam perjalanan entah ke mana haluan kami ini. Semuanya sudah huru-hara. Aku rasa tak sanggup untuk hidup lagi di dunia aneh. Tolonglah sedarkan aku daripada koma ini. Aku harap sangat ini semua khayalan aku.

'Ada 30000 rakyat Malaysia yang masih terselamat akan dibawa ke negara yang bersih dan terkawal ketat iaitu samada di Scotland, Sweden, dan Australia. Sesiapa yang masih terselamat boleh datang ke KLIA sebelum jam 7 malam.'

Aku terkejut Chaz terus memecut kereta askar ini dengan laju membuatkan aku mengundur kebelakang.

"We need to get there now. We need to save our lifes."

Kata Chaz. Aku mengangguk. Yang lain semua tersedar daripada tidur apabila Chaz memecut kereta ini. Aku menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi lagaan botol di belakang kereta askar ini. Aku terus berganjak ke belakang kereta. Ace memandang ke arah aku.

Aku membuka kain yang menutupi sesuatu itu. Alangkah terkejutnya aku apabila terdapat tiga botol cecair berwarna kebiru-biruan di dalamnya. Haidan menjerit supaya aku tidak menyentuh cecair tersebut. Kemungkinan cecair ini yang menjadi punca semua ini. Kemudian aku perasan satu beg hitam tersandar di tepi kotak botol cecair tersebut. Lantas aku mengeluarkan isi beg tersebut. Ada macbook dan beberapa keping CD yang ditulis seperti nama projek dan tarikh. Aku berganjak ke hadapan semula dengan membawa macbook serta CD tersebut. Ace dan Emir membantu aku membuka macbook tersebut kemudian Emir memasang CD yang ditulis 'Projek Terbaru Bulan October - 27/10/2010'. Pada sehelai kertas di atas CD-ROM itu tertulis satu nota kecil,

‘Bahan ini dirampas secara senyap oleh pihak berkuasa untuk membuat siasatan serta ujikaji punca eksperimen ini terhasil daripada negara …..’

Aku, Jenna, Emir dan Ace tekun melihat video yang dimainkan tersebut. Zaza, Haidan dan Chaz serta Bratt hanya mendengar.

'Hari ni 27/10/2010, kami akan mulakan projek eksperimen untuk bulan October. Aku, Raven dan Oleg akan membuat eksperimen yang luar biasa agar rakyat kita akan bangga mempunyai saintis seperti kami bertiga. Cecair ini akan mengubah manusia menjadi satu kehidupan itu dengan lebih baik dengan hanya minum produk kami setelah keluar nanti. Projek kami sudah pun diluluskan oleh President dan orang kuatnya. Lagipun ini semua atas arahannya untuk menyuruh kami menciptakan sesuatu yang ganjil.'

"Ayah.."

Aku tercengang apabila melihat ayah berada di dalam rakaman ini. Aku tak pernah tahu ayah seorang saintis. Mungkin aku seorang sahaja yang tidak tahu? Aku memandang Emir dan Haidan. Muka mereka tampak sangat terkejut. Adakah mereka tidak tahu juga? Mustahil. Mereka bukan ke anak kesayangan ayah. Takkan tak tahu?

"Ni ayah ke?"

Tanya Emir kepadaku.

"Korang tak pernah tahu ayah kerja jadi saintis?"

Mereka serentak menggelengkan kepala. Aku mengerutkan dahi.

"Mustahil korang tak tahu?"

"Kiteorang memang betul-betul tak tahu. Hana kan tahu ayah bekerja sebagai bisnesman. Mustahil ayah jadi saintis?"

Aku terdiam sejenak.

"Mesti ada rahsia yang ayah sorokkan daripada kita."

Ujar Haidan.

"Maknanya ayah juga punca semua ni. Ayah dan kawan dia reka cecair rosak ni. Lepastu tu tak dijaga dengan elok ia terus merebak."

Teka Emir. Kunci jawapan semakin dekat. Aku terus-menerus melihat rakaman video tersebut sehingga habis. Tepat pada masanya kami sampai di KLIA. Masih lagi kelihatan dua buah kapal terbang besar belum berlepas lagi. Aku menggalas beg tersebut. Cecair tu aku bawa sekali. Aku tahu ia memang mencari nahas tetapi aku mesti siasat. Aku nak tahu sebelum apa-apa terjadi.

Kami menyelinap masuk ke dalam kapal terbang menggunakan kepakaran otak Haidan. Kami masuk ke bahagian pemandu dan terus mengunci pintu tersebut. Haidan terus menutup pintu masuk kapal terbang dan terus berlepas. Aku dan Jenna menyamar menjadi pramugari. Nasib kami baik apabila ada tergantung baju pramugari disitu.

Semua orang kelihatan takut apabila kapal terbang bertolak secara mengejut. Aku dan Jenna cuba menenangkan penumpang. Aku berlagak seperti menjadi rakyat Malaysia.

"Cik! Tolong isteri saya nak bersalin. Air ketuban dia dah pecah."

Ahhhh.. Sudah. Nak bersalin pulak. Aku terus mendapatkan wanita yang sedang mengerang sakit itu manakala Jenna mengambil alatan kecemasan. Aku memapah wanita itu ke sudut alatan kemudian membaringkan dia di atas karpet beralaskan riba suaminya. Jenna menyinsingkan lengan bajunya manakala aku duduk di sisi wanita itu. Aku cuba memeriksa perutnya mengikut pengetahuan basic aku. Jenna menyelak kain wanita itu lalu mengangkangkan kaki wanita itu.

Si suami memberi semangat kepada si isteri. Aku membantu Jenna. Darah sudah berlumuran di atas karpet dan kepala bayi sudah keluar sepenuhnya. Tak sampai beberapa minit tangisan bayi memecahkan kesunyian suasana kapal terbang.

"A girl."

Kata Jenna lalu memberikan bayi itu kepada si ibu. Aku mengambil tuala lalu membalut bayi tersebut. Aku memicit-micit telingaku apabila terasa pening. Tiba-tiba aku terdengar bunyi kaca jatuh dan aku menjerit kecil apabila salah satu botol cecair tersebut jatuh berderai di atas karpet dan cecairnya mula mengalir. Aku terus mencapai mask dan memakainya kemudian memberi mask kepada Jenna. Jenna turut menjerit kecil. Cepat-cepat kami terus mengedarkan mask kepad semua penumpang. Aku sudah menyumpah seranah diriku sendiri kerana bodoh membawa maut dengan membawa cecair tersebut.

Aku menjerit kuat apabila aku ternampak seekor anjing spesies chihuahua menjilat cecair tersebut. Mati. Mati. Memang mati. Aku tak berani mahu mendekati anjing itu. Dia akan bertukar tak lama lagi. Aku dan Jenna terpaksa memberitahu hal sebenar kepada penumpang. Semua menjadi kelam-kabut. Ada tiga orang kanak-kanak aku selamatkan serta seorang bayi yang baru lahir tadi ke bahagian pemanduan. Aku menyuruh Emir menjaga mereka. Keadaan menjadi kalut kerana Haidan memberitahu sistem mula lari daripada asal. Keadaan di luar gelap. Kurang jelas untuk memandu. Aku terduduk lemah tetapi lenganku sempat dipaut oleh Ace lalu menarik masuk ke dalam dakapannya. Aku menjadi lemah.

Lemah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience