Keadaan dalam kapal terbang menjadi huru-hara. Hampir kesemuanya bertukar menjadi zombie. Aku memeluk bayi dan kanak-kanak yang terselamat itu, mereka menangis ketakutan. Zaza juga cuba memujuk mereka. Aku tak tahu berapa lama lagi kami akan bertahan dalam bilik bahagian pemanduan ni. Aku lihat Haidan berpeluh-peluh mengawal kapal terbang ni. Minyak kapal terbang semakin berkurangan dan sudah diberi amaran.
Emir menyuruh kami semua memakai jaket keselamatan. Takut mendarat secara mengejut. Aku mendekati Haidan dan bertanya kepadanya kapal terbang ini akan mendarat di mana.
"Haidan, kita akan mendarat dimana?"
"Di celah gunung berhutan."
Terbuntang mataku. Sekali lagi di hutan cuma kali ni tepi gunung. Seriously. Negara mana pula kali ni aku jejak. Hari tu Malaysia kupikirkan akan aman sampai bila-bila. Namun sangkaanku meleset.
Sejam kemudian, kapal terbang ini mendarat dengan selamat walaupun sedikit mengejut. Sekarang satu hal pula. Takkan nak biar semua makhluk tu dalam kapal terbang. Tak pasal-pasal merebak lagi ke negara asing ni. Aku tak nak lagi pembawa penyakit ni.
Jenna mendukung bayi perempuan itu manakala aku memimpin dua orang kanak-kanak lelaki dan Emir mendukung seorang kanak-kanak perempuan dan memimpin Zaza. Kami harus membawa kanak-kanak ini ke tempat yang selamat. Chaz, Ace dan Haidan serta Bratt berjaga sedia dengan senjata. Kami jalan menyusuri hutan. Sebatang sungai cetek kami menyeberangi perlahan. Akhirnya kami sampai ke jalan bertanah oren.
Kami berjalan dan terus berjalan.
"Awak semua.."
Seorang lelaki dalam lingkungan 40-50 menegur kami daripada belakang. Kelihatan dia seperti seorang doktor. Kami dibawa olehnya ke sebuah bangunan lima tingkat besar. Tertulis disitu "Pusat Perubatan dan Ujikaji".
Lelaki yang bernama George itu menyuruh kami menukar pakaian dan menjamu selera. Itulah saat-saat yang ditunggu oleh aku. Mashed potato dicampur dengan brown sauce dan hirisan hotdog ayam dan nasi aromatic memang membangkitkan selera aku. Sangat sedap ditambah dengan air lime juice. Perghhhhh... Memang kaw.
Kanak-kanak itu dibawa pergi oleh para doktor disini untuk memeriksa kesihatan mereka. Aku dan Jenna tambah sehingga dua kali. Memang kebulur betul. Ace tersenyum melihat aku makan dengan agak gelojoh. Malu pula.
Malam itu, George membuat perjumpaan di bilik persendiriannya. Rupanya mereka semua ni adalah doktor pakar yang diiktiraf oleh governan dan mereka menjalankan tugas mereka persis seorang saintis. George memberitahu kami bahawa mereka mendapat tahu bahawa punca semua ini adalah daripada para saintis di negara kami. Aku memberi beg galas dan sebotol cecair yang masih elok. George akan mengkaji semua punca ini. Aku memberitahunya bahawa aku akan ikut serta.
Sudah seminggu aku menetap di bumi Australia dan baru hari ini aku perasan ada laut disebelah barat sana. Bestnya kalau dapat berendam namun apakan daya. George sudah berpesan supaya tidak keluar daripada sini kerana di bandar Australia sudah pun dijangkiti penyakit tersebut. Adik George iaitu Gordan memberitahu kami bahawa tiada lagi tempat yang selamat di dunia ini. Semuanya hanya tipu belaka untuk menyedapkan hati manusia supaya tidak kelam kabut.
Aku termenung jauh dan ternampak kelibat beberapa makhluk zombie sedang berjalan-jalan di sekitar pantai. Terbantut aku melihat pemandangan disitu. Kacau daun. Spoil view seyh. Tiba-tiba Ace merangkul pinggangku lalu mencium rambutku daripada belakang.
"Hana sayang, bila nak bagi jawapan yang Hana setuju untuk berkahwin dengan Ace?" Aku tergamam. Sudah beberapa kali soalan ini diajukan oleh Ace. Dia beria-ria menyuruh aku menjadi pasangannya sehidup semati. Dia melantik George untuk menjadi saksi. Aku tak bersedia. Aku masih muda ditambah dengan keadaan haru-biru macam ni. Tapi kesian pula tengok Ace meraih jawapan daripada mulutku. Dan jawapan aku adalah..
"Baiklah. Hana setuju. Tapi bukan sekarang. Esok."
Jawab aku malas. Ace mendakap aku sekuat hatinya. Terasa kelakar bila aku berkahwin dengan keadaan macam ni. Patutnya ada majlis. Ni nak ada majlis apa? Nak jemput siapa? Zombie? Memang taklah, free je aku bagi dorang makan aku. Grrr... Tak sabar aku nak tau siapa dalang semua ni. Lambat betul George dengan Gordan ni mengkaji. Dah seminggu menunggu.
Aku selamat menjadi pasangan Ace pagi tadi. Sekarang ni tumpuan aku pada rakaman dan botol cecair tersebut. Ace memahami aku. Dia turut membantuku. Chaz aku lihat dia seperti terkejut dengan perkahwinan mendadak aku dan Ace pagi tadi. Nasib baik Jenna ada menemani aku.
Aku tahu Chaz ada hati denganku dan aku mengaku aku juga suka Chaz dan pada masa yang sama aku sayangkan Ace, tak tahu macam mana aku boleh tersayang dengan orang psiko.
"George, apa yang awak temui?"
"Cecair ni memang betul-betul rosak teruk. Ia adalah campuran daripada darah haiwan, cecair eksperimen gagal dan bahan asid kuat. Ia memang mengejutkan saya."
Aku ternganga.
"Kita kena hapuskan cecair ini. Tiada penawar yang dapat memulihkan keadaan ini. Kita akan terus hidup dalam keadaan macam ni."
Keluh Gordan.
Aku menangis di dalam dakapan Ace. Aku sangkakan aku masih dapat hidup di dunia seperti asal namun aku gagal. Tiada lagi kehidupan seharian manusia seperti dulu. Semuanya berubah. Aku akan bunuh manusia yang sengaja mencipta eksperimen gila ni. Jenna mendengus kasar sambil menumbuk dinding.
Aku mahu kembali kepada kehidupanku. Aku sanggup dipinggir dan didera oleh ayah dan mak. Aku nak sahabat aku semula. Aku nak kebahagian aku. Aku nak ketenangan. Tolonglah!
Malam itu, aku tidak boleh memejamkan mata. Dengkuran halus kedengaran disebelahku. Ace sudah tidur nyenyak. Kenapa aku tak boleh tidur... Aku nak tahu. Aku masih tak puas hati. Tak puas!!! Aku nak jawapan siapa dalang semua ni?! Apa masalah dia sampai sanggup hancurkan bumi dan pupuskan manusia? Aku harap sangat dia masih hidup dan aku mahu bertemu dengannya.
Aku yakin suatu hari aku akan berjumpa dengannya. Ya. Sebelum aku mati, aku akan berjumpa dengan dia. Aku akan. Dialah yang membuatkan semua manusia semakin mencecah peringkat kepupusan. Dia bunuh mak dan ayah. Dia bunuh Sha. Dia bunuh semua orang.
"Sayang, tak tidur?" Ace tersedar lalu mengusap rambutku. Dia menarikku masuk ke dalam dakapannya. Aku membalas pelukkan dan cuba untuk tenangkan diriku kemudian aku terlelap.
Share this novel