011 [Merebak]

Zombie Completed 14235

Malam itu aku tidak boleh tidur dengan lena kerana Zaza demam panas. Asyik meracau-racau dan menggigil. Aku sentiasa berjaga-jaga kerana takut Zaza semakin teruk. Aku bangun daripada katil lalu berdiri di balkoni. Jenna, Chaz,Haidan, Emir dan Ace sudah pun tidur nyenyak.

Aku terfikir bagaimana nak keluar daripada sini? Daripada atas aku sudah nampak pancaran pagar elektrik menunjukkan ia sedang aktif dan aku perasan di luar sana ada banyak zombi sedang menunggu mangsa mereka. Sekiranya zombi tersebut terkena pagar elektrik terus mati kekejangan.

Perut aku berlagu-lagu minta diisi. Hm... tak ada makanan spare pula. Aku membuka pintu bilik lalu menuruni anak tangga menuju ke kafeteria.

Wah.. ada rezeki. Ada satu polistrene makanan yang terletak di atas kaunter makanan. Apalagi aku pun ambillah, tengok isi dia tak terusik pun. Mihun goreng dan ada telur mata. Aku pun terus duduk dan menjamu selera dengan gembiranya.

Burk...

Kenyang.. banyak juga mihun goreng dalam polistrene nih. Aku mengurut-urut dadaku apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh berhampiran dengan kaunter makanan tadi. Perlahan-lahan aku menjengah ke kaunter makanan tersebut. Aku terus menekup mulutku apabila melihat zombi sedang makan isi daging seorang wanita. Tak silap aku wanita ni yang selalu jaga dekat kaunter makanan. Macam mana zombi boleh masuk sedangkan pagar tu berelektrik arus tinggi. Ah.. maknanya terminal ni dah tak selamat. Aku harus kejutkan mereka untuk keluar dari sini.

Perlahan-lahan aku menaiki anak tangga supaya zombi tersebut tidak menyedari kehadiran aku.

"Korang.. bangun... bangun.."

Masuk sahaja dalam bilik aku terus mengunci pintu dan mengejut mereka dengan membuka lampu kecil di atas meja lampu. Terpisat-pisat mereka bangun melihat aku.

"Asal? Kacau laaa..."

Rungut Jenna.

"Zombi dah masuk kat dalam terminal ni. Terminal ni tak selamat dah..."

Mereka terkejut.

"Aku turun bawah nak cari makanan sebab lapar giler lepastu aku nampak dekat sebalik kaunter makanan tu ada zombi tengah tarik isi daging seorang wanita."

Mata mereka terbuntang.

"Kita kena keluar."

Kelam-kabut kami menyalin baju. Zaza mula tersedar apabila terdengar kami terkelam-kabut menyumbat barang di dalam beg.

"Zaza sayang, kita kena keluar dari sini. Terminal ni dah tak selamat. Sarung sweater ni cepat."

Zaza hanya mengikut arahan aku. Kemudian aku mendukung dia dan perlahan-lahan kami menyusup keluar daripada bilik dan menuju ke bilik senjata.

"Kau tahu ke kat mana bilik senjata?"

Tanya aku dengan nada berbisik. Kami disarankan oleh Jenna untuk bercakap dengan berbisik supaya tak didengari sesiapa.

"Aku rasa aku pernah nampak, kat gelanggang tempat kita berlatih dekat situ ada satu bilik ada tunjuk logo senjata. Tapi aku takut kunci je pintu aje."

Jawab Jenna.

"Shuhhh.."

suruh Haidan apabila ternampak kelibat zombi tadi yang masih merayau-rayau di sekitar kafeteria. Tadi aku hanya nampak satu sahaja ini sudah ada tiga orang!

Kami mengikut jalan jauh untuk ke gelanggang tersebut. Kemudian, sampai di hadapan pintu berlogo senjata itu. Beberapa kali Chaz cuba untuk buka pintu tersebut tetapi gagal kerana pintu itu terkunci kuat.

"Kena tembak tombol ni supaya kita boleh masuk."

"Tapi masalahnya pistol ni kalau tembak bising kot. Nanti zombi dengar..."

"Terpaksalah. Kita perlukan senjata..."

Ace menembak tombol tersebut menggunakan pistol simpanan dan akhirnya pintu itu terbuka. Cepat-cepat kami masuk ke dalam bilik tersebut dan menyendal pintu tersebut dengan benda berat.

Ting...

Lampu dibuka, terkejut aku melihat bilik luas ini. Banyak betul senjata. Macam-macam jenis. Aku lihat Chaz mengambil senjata jenis M4 A1 manakala Ace mengambil Revolver dan Jenna mengambil SA 80. Haidan mengambil shotgun manakala Emir mengambil SS1-R5 RAIDER. Aku pula terkial-kial memilih senjata. Tak tahu nak ambil yang mana.

Ace memberi aku senjata jenis XM8. Canggih betul senjata api ni. Nak pegang pun agak berat. Aku kena mengalah apabila Ace memberi double pistol kepada Zaza. Darurat.

Kemudian Chaz mengambil beberapa lagi senjata dan sumbat ke dalam beg yang dibawanya tadi. Aku sempat mencapai satu set beg memanah dan menggalasnya. Dua pisau lipat aku sisipkan di tepi stokinku.

"Check kat luar ada sesiapa tak?"

Suruh Jenna. Emir menjengah ke luar melalui lubang kecil pintu tersebut. Kosong. Clear.

"Kita kena cari kotak untuk matikan elektrik dekat pagar tu lepastu boleh kita langgar je."

Beritahu Chaz.

"Okey macam ni plan kita. Aku, Emir dan Hana akan pergi tutup elektrik tu manakala korang pergi cari jalan keluar dan kenderaan."

Tanpa membantah cadangan Ace, kami terus membuka pintu semula dan berpecah. Aku menyuruh Zaza mengekori Jenna, Haidan dan Chaz. Chaz terus mendukung Zaza. Aku, Emir dan Ace berlari mencari kotak suis untuk mematikan elektrik pada pagar.

Yes! Akhirnya elektrik pada pagar tersebut. Hampir sahaja Ace direnjat elektrik pada suis kotak itu kerana arusnya tersangatlah tinggi. Ace memegang lenganku lalu kami berlari ke jalan keluar yang ditanda oleh Jenna.

Aku menekup mulutku apabila ternampak banyak zombi sedang berjalan masuk ke dalam terminal ini. Dan..

Beberapa orang yang menetap di dalam terminal ini sudahpun bertukar menjadi zombi. Sungguh aku tak sangka.

Pin pin...

Bunyi hon kereta Range Rover mengejutkan aku. Kelihatan Zaza melambai tangan ke arah aku. Terus kami naiki kereta tersebut.

Terminal itu sudah dijangkiti dengan penyakit aneh itu. Tiada lagi tempat selamat untuk kami berteduh. Baru aku teringat tentang Bratt yang dikurung di bilik bawah sekali.

"Korang.. kita lupa nak ambil Bratt..."

Jenna tersenyum sinis.

"Aku kat sini.."

Tergamam aku apabila Bratt yang sedang duduk di bahagian belakang memandang sinis ke arah aku.

"Macam mana?"

"Haidan yang nampak dia tengah startkan enjin kereta ni. Kau tengoklah muka dengan lengan dia bercalar. Entah lubang mana dia ikut. Dia boleh lepas daripada bilik bawah tu."

"Penyakit tu dah merebak... entah ke mana lepas ni kita nak pergi. Semua tempat dah musnah. Zombi kat merata tempat.

Aku meraup wajahku lalu memeluk Zaza.

"Kita kena guna plan kau, Jenna. Ke Airport."

"Memang itulah plan dalam kepala otak aku. Harap Airport ada kapal terbang yang masih elok."

Kata Jenna.

Aku melentukkan kepalaku di tepi tingkap kereta. Aku perasan pada cermin tepi kereta ada beberapa zombi sedang berjalan ke arah kereta kami semakin lama semakin jauh.

Tiba-tiba Emir menyuruh aku melentukkan kepala di atas bahunya. Aku mencebik. Nak buat baik konon...

"Hana lentuklah pada bahu Emir. Sakit lentuk kat tingkap tu."

"Do you care?"

Tanya aku sinis. Riak wajah Emir berubah.

Maaflah hati aku masih keras untuk memaafkan Haidan dan Emir. Mungkin suatu hari nanti aku akan tanya mereka kenapa dulu mereka bencikan aku? Dan kemudiannya aku akan memaafkan mereka setelah aku tahu jawapannya.

Kami ingat nak berhijrah ke negara Scotland dengan menaiki kapal terbang. Mujur Haidan seorang juruterbang. Mudahlah kami untuk ke sana. Kami harap sangat negara itu menerima kehadiran kami...

Mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience