003 [Huru-Hara]

Zombie Completed 14235

Aku tersedar dan terus bangun secara mengejut. Aku kat mana ni. Kenapa semua putih? Ada bau ubat menusuk hidung aku. Pantang aku kalau bab-bab ubat ni. Memang tak suka. Badan-badan aku terasa lenguh. Apasal lah banyak sangat balutan kat badan dengan kepala aku ni? Dah kenapa dengan aku ni? Asal aku tak boleh ingat apa yang dah jadi pada aku?

Aku keluar dari wad tersebut dan lihat semuanya jadi huru-hara. Ada kesan darah pada dinding dan juga lantai. Troli ubat tergolek jatuh di atas lantai. Kerusi terbalik. Aku kat alam mana ni? Kenapa sunyi sangat? Bau darah yang hanyir itu menusuk hidung aku. Nak termuntah.

Aku menoleh ke arah kiri. Ada seseorang berjalan ke arah aku. Pakaiannya seperti doktor. Tapi dah kenapa dia berjalan seperti orang terencat. Mata dia... mata dia lain. Keadaan dia pun teruk. Berdarah-berdarah. Apa dah jadi? Patut ke aku tolong dia atau aku masuk balik dalam wad aku?

Makin lama makin dekat doktor tu ke arah aku sambil mengeluarkan bunyi seperti orang mengerang. Ye kot? Sukar nak tafsirkan. Aku mengambil keputusan masuk balik ke dalam wad dan mengunci pintu wad tersebut. Doktor tadi mengetuk-getuk pintu tersebut dengn kuat. Aku menangis ketakutan. Kemudian perlahan-lahan kakiku melangkah ke jendela. Alangkah terkejutnya aku. Rasa macam nak pengsan bila tengok ramai manusia di bawah yang sama seperti doktor tadi. Kenapa ni?

Tiba-tiba mindaku teringat akan maklumat berita yang disampaikan oleh pembaca berita tentang kejadian aneh di Taman Putera Tiga. Aku menekup mulutku. Adakah kesan daripada kejadian itu? Makhluk di bawah semua ni makan orang? Macam mana aku nak keluar dari hospital ni? Tolong... aku memeluk lututku sambil menangis tersedu-sedan. Tiba-tiba mataku ternampak satu beg berwarna hitam dan kelabu. Itu macam beg galas aku. Macam boleh ada kat sini? Bukan ada kat rumah ke?

Aku merentap beg tersebut lalu membuka zipnya. Baju. Seluar. Jaket. Pakaian dalam. Telefon bimbit. Powerbank. Tab. Biskut dan air kotak. Lawak betul. Siapa yang letak semua ni? Ahh banyak betul soalan aku. Nasib baik ada.

Selesai tukar baju. Aku mencabut balutan pada kepala dan tanganku. Balutan pada badan aku tak cabut. Biar sahajalah. Tangan kiri terasa sedikit kebas. Kepala pula blank..

Aku melahap biskut dan minum air kotak itu sekaligus. Kebuluran sangat. Entah berapa harilah aku duduk dekat hospital ni tak sedarkan diri. Kemudian aku memikir cara jalan keluar. Aku menghidupkan tab dan telefon bimbitku. Wah. Bateri seratus peratus. Bagus betul. Aku try contact Sha tapi tak jawab-jawab. Jangan cakap Sha kena jangkit dengan makhluk tu. Janganlah!

Aku mencari-cari benda yang tajam supaya dapat melindungiku namun hampeh. Tak ada. Doktor tu pula tak nak mengalah asyik dekat depan pintu itu je. Macam mana aku nak lawan. Hm? Tolak lepastu lari? Nanti kalau tolak takut dia gigit tangan aku. Tak nak aku. Eeeii..

Bang! Bang!

Rasa nak gugur jantung aku apabila tiba-tiba ada orang tembak doktor tu sampai berkecai kepala dia. Ada penyelamat ke? Aku dengar bunyi detapan seseorang ke arah pintu wad aku.

"Hana?"

Aku membulatkan mataku. Ace?! Macam... macam mana dia boleh keluar? Bukan dia... dia kat pusat pemulihan ke?

"Hana ni saya Ace. Awak ingat tak? Bukalah pintu ni."

Terkejut aku lalu membuka pintu wad tersebut. Ace yang sedang memegang senapang gajah. Bukan. Tah apa nama senapang itu aku tak tahu yang pasti ianya senjata berbahaya.

"Awak okey?"

Ace memeluk aku. Dia ni psiko lagi ke tak? Dah tiba-tiba peluk aku.

"Sa..saya okey. Okey.."

Ace memegang erat tanganku.

"Ikut saya keluar."

Aku menggalas beg galasku lalu mengekori langkah Ace. Selamba rock Ace menembak semua makhluk yang berada di hadapan kami. Memang nak pecah jantung aku setiap kali Ace tarik picu senapangnya. Akhirnya aku dan Ace terlepas daripada makhluk tadi dan kami sedang berjalan di jalan raya yang sememangnya sangat sunyi. Tak ada satu bunyi pun kecuali detapan kasut kiteorang.

"A..Ace. Macam mana awak boleh terlepas?"

"Semua dah huru-hara, Hana. Jadi takkan saya nak duduk terperuk kat dalam tu. Mestilah selamatkan diri. Kenapa awak takut dengan saya?"

"Takk.. takadalah.. saya tanya je. Awak.. kita balik rumah saya?"

"Nak buat apa?"

"Nak jumpa keluarga sayalah."

Ace ketawa bagai nak rak. Kenapa dia ni?

"Awak... semua dah tak ada kat dunia ni. Dah jadi macam makhluk tadi. Awak tahu. Saya dah tiga minggu kat luar ni tau. Tuptup saya jumpa awak kat hospital tadi itupun sebab saya nak ambil air dekat mesin tadi. Awak bernasib baik saya nampak awak."

Air mataku berjuraian. Takkan tinggal aku dan dia sahaja. Tak mungkin. Mesti ada orang lain. Mesti. Sha. Aku nak kau Sha.

"Hana kenapa menangis?"

"Tak ada pape. Awak just nak teman saya balik rumah nak ambil barang."

Ace mengangguk.

Kami berjalan kaki sehingga sampai di hadapan rumahku. Memang betul Ace cakap. Rumah aku dah jadi lain sangat. Berselerak semuanya. Perlahan-lahan aku masuk dan ternampak dua susuk tubuh manusia yang sama macam makhluk lain. Aku tilik wajah mereka. Ayah! Mak! Mereka dah bertukar menjadi makhluk tu. Aku terus terduduk tetapi Ace sempat memaut lenganku.

Ace mengangkat senapang dan diacukan kearah mak.

"Ace... jangan bunuh..."

"Awak.. dorang bukan mak dan ayah awak lagi. Dorang dah lain."

"Aw..awak tembak pada perut sahaja. Jangan kepala."

Ace mengangguk lalu aku memeluk kaki Ace apabila mendengar bunyi tembakan. Dua susuk tubuh tadi tumbang. Dan tidak lagi bernyawa. Aku mendapatkan mereka walaupun dihalang oleh Ace.

"Mak... ayah... maafkan Hana. Maafkan Hana... maaf..."

Teresak-esak aku menangis. Aku tak boleh nak peluk mereka kerana Ace memegang kuat bahuku. Takut aku dijangkiti oleh mereka. Aku masuk semula ke dalam. Pergi ke bilikku. Berkunci? Eh? Bila masa pintu aku berkunci. Memang selalu terbukak kan?

Ace menembak tombol pintuku lalu aku membuka pintu tersebut.

"Jangan!"

Dua susuk tubuh yang aku kenali. Haidan dan Emir!

"Ni Hana."

"Hana? Hana!!"

Haidan dan Emir serentak memeluk aku. Rimas pula. Tak pernah pernah kena peluk tiba-tiba nak peluk. Aku menolak badan mereka kasar.

"Jangan peluklah. Rimas."

Terkebil-kebil Haidan dan Emir apabila aku menolak mereka. Kemudian aku terus pergi ke arah almari dan menyumbat pakaianku ke dalam beg galas kemudian aku mengambil barang-barang penting. Tak banyak pun barang aku tapi muatlah dalam beg galas besar ni. Boleh masuk budak.

Haidan dan Emir mengekori aku ke dapur. Aku membuka pintu kabinet dapur lalu mengambil beberapa botol air dan biskut. Roti. Maggi. Itu aje ada kat rumah tinggal. Sapu ajelah.

"Sayang. Kunci kereta ada?"

Terbeliak mata aku apabila Ace memanggil aku sayang..

"Dah kenapa awak panggil saya sayang?"

"Saya sayang awak."

Ace mengenyitkan matanya. Aku menjeling.

"Tah. Tanya dorang. Hana tak pernah tahu mana kunci kereta.

"Kereta sape yang besar?"

Tanya Ace kepada Haidan Emir.

"Kereta dia."

Emir menunjuk ke arah Haidan. Terus Haidan mengambil kunci keretanya di dalam rak kecil. Kemudian dia naik ke atas biliknya untuk mengambil barang begitu juga dengan Emir.

Selesai aku mengambil semua kelengkapan, aku masuk ke dalam bahagian belakang kereta bersama Ace manakala Haidan memandu dan Emir duduk disebelahnya.

"Hana, macam mana Hana boleh sedar? Doktor cakap Hana tenat."

Tanya Emir sambil memandang ke arah aku. Aku mengerutkan dahiku ke arahnya.

"Dah nak hidup, nak buat macam mana? Kenapa tak suka ke?"

Jawab aku kasar sambil menjeling ke arah Emir. Sejak bila ntah aku mula rapat dengan dia. Blah lah. Benci aku. Aku benci korang berdua. Mak dengan ayah asyik menangkan korang aje. Korang pun naik kepala. Bukan nak backup aku. Lepastu boleh tanya kenapa aku hidup. Soalan bodoh. Kata arkitek berjaya tapi tanya soalan... budak umur tiga tahun pun boleh jawab.

"Tak.."

Perlahan suara Emir.

"Hana tahu korang dua ni memang tak pernah suka Hana kat rumah tu. Layan Hana macam bibik free. Angkat itu angkat ini. Picit sana sini."

Ungkit aku. Riak wajah Haidan dan Emir berubah.

"Dengar sini. Kita tak dan takkan pernah jadi adik-beradik. Anggaplah Hana ni kawan korang yang baru kenal. Hana ni hidup sebatang kara. Tak ada sesiapa yang menyayangi Hana."

Haidan dan Emir menundukkan wajahnya.

"Hana ada Ace."

Menyampuk Ace yang duduk disebelah aku. Senyuman dia sebiji macam orang psiko nak bunuh orang. Seram sejuk aku. Aku memeluk tubuh lalu melemparkan pandangan aku ke luar tingkap. Aku menyuruh Haidan berhenti keretanya di hadapan rumah Sha. Rumah Sha kelihatan sunyi sangat. Darah banyak terpercik di dinding dan lantai. Meremang bulu roma aku.

Perlahan-lahan aku menolak pintu utama rumah Sha. Tak ada sesiapa. Kemana Sha pergi? Sha dah bertukar menjadi makhluk tu jugak ke? Baru sahaja aku mahu melangkah ke dapur, Ace menarik aku dan masuk dalam dakapannya. Lemas aku. Aku meronta dengan kasar.

"Shh.. ada makhluk tu."

Aku memandang ke arah makhluk tersebut. Eh! Tu bukan makhluk tu. Itu Sha! Aku segera mendapatkan Sha yang terkulai lemah dan dia berlumuran darah.

"Sha..."

Aku memeluk Sha dengan erat. Hiba aku lihat kawan aku lemah seperti ini.

"Ha..Hana... aku dah.. kena gigit. Tolong... selamatkan adik aku, Zaza. Dia kat atas... aku kurung dia kat atas."

Terbeliak mata aku. Sha..sha dah kena gigit? Tak.. tak ada penawar ke yang boleh elak daripada jadi makhluk tu. Tolong tak mungkin aku akan kehilangan sahabat baik aku. Tolonglah! Aku ada dia saja sekarang.

"Maafkan aku, Hana... aku tak.. dapat bersama dengan kau... selamanya. To..long jaga adik aku.. aku.. ada ambil beberapa senjata dekat kedai aku... ambillah senjata tu.."

Sha mengerang kuat. Aku memeluk dia seakan-akan aku tak boleh nak lepaskan dia. Aku sayangkan dia.

"Sha.. jangan tinggalkan aku..."

Teresak-esak aku menangis. Ace menolak tubuhku kasar dan...

Bang!

Ace membunuh Sha yang baru sahaja bertukar menjadi makhluk tersebut. Berkecai dada dia sehingga menampakkan jantung dan sekali lagi Ace menarik picunya dan menembak ke arah jantung. Terpercik darah ke wajahku. Aku menangis. Aku kena selamatkan Zaza. Berdesup aku berlari naik ke tingkat atas dan pergi ke bilik Zaza.

Ace menendang pintu bilik Zaza dengan kuat. Kelihatan Zaza sedang menggigil sambil memeluk lututnya. Di tepinya ada sebuah beg berisi senjata. Kasihan Zaza. Baru sahaja berusia tujuh tahun tetapi dia telah kehilangan seluruh ahli keluarganya.

"Zaza... jangan takut. Ni kak Hana."

Zaza terus bangun dan mendapatkan aku. Zaza memang kenal aku kerana dulu sering aku bertandang ke rumah mereka dan pernah juga beberapa kali aku tidur di rumahnya. Jadi hubungan aku dan Zaza agak rapat. Zaza dan Sha usia mereka agak jauh. Zaza seorang adik yang sangat manja dengan kakaknya.

"Zaza ikut kakak, ya."

Aku mendukung Zaza lalu dia memeluk leherku. Ace pula menggalas beg yang berisi senjata tersebut. Kami kembali semula ke kereta Haidan. Haidan dan Emir menunggu kami di dalam kereta sambil-sambil itu memerhatikan keadaan sekeliling. Haidan menghidupkan enjin semula setelah aku, Zaza dan Ace masuk ke dalam perut kereta. Zaza tersedu-sedan menangis apabila dia ternampak mayat kakaknya tadi. Aku tak sempat nak melarang dia dari tengok mayat tersebut. Zaza baring di atas riba aku lalu aku mengusap rambut panjangnya itu. Aku melemparkan pandanganku keluar tingkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience