Aku termenung memandang suasana yang langsung tidak indah buatku. Aku inginkan suasana yang seperti dulu. Pemandangan yang indah dipandang pada waktu-waktu pagi begini. Pergi jogging. Membuat senaman badan. Bersarapan bersama keluarga. Kalau di pagi hujung minggu, pergi berkelah bersama keluarga dan berjalan-jalan bersama. Tetapi semuanya itu tidak akan terjadi lagi. Pupus.
Ace melentukkan kepalanya di bahuku sambil bermain-main dengan jari-jemariku. Semalam dia melamar aku untuk menjadi pasangan sehidup sematinya. Aku taklah terlalu kaget kerana aku tahu mesti dia akan ungkapkan ayat itu. Aku tidak lagi memberi jawapan kepadanya kerana ini bukan masanya untuk bercintan-cintun. Sekarang dunia dah huru-hara. Manusia dah semakin pupus. Zombi pula yang semakin membiak banyak. Dan aku memberi jawapan kepadanya, yang sekarang bukan masa yang sesuai dan nasib baik dia memahami keputusan aku.
Bratt sudah dua minggu demam berturut-turut. Aku selalu merawatnya juga. Adalah beberapa jenis ubat yang aku ambil sewaktu di farmasi. Namun ia hanya memberi sedikit kesan kepada Bratt. Jenna pula berhati-hati mengeluarkan dua biji peluru pada betis Bratt. Sekarang kami berteduh disebuah hotel dua tingkat. Free je masuk. Ha ha. Kau hado?
Aku dan Jenna cuba memahami lukisan dan tulisan pada peta tersebut. Selama tiga hari dua malam kami mengkaji peta tersebut. Chaz dan Ace ditugaskan menjaga keselamatan kami. Larissa pula menjaga Bratt bersama Zaza.
"Ahhhh! Aku bengang kot dengan peta ni! Peta ni boleh buat aku naik gila!"
Bentak Jenna sambil menepis peta itu ke bawah lantai. Aku memeluk tubuh kerana aku juga bengang dengan lukisan peta tersebut. Adakah aku kena tipu dengan peta tu? Yelah, tidak ada pun tulis terminal di dalam peta tersebut. Tetapi di bahagian tepi peta ada coretan mengatakan ada terminal disebalik semak-samun. Semak-samun mana pun aku tak tahu. Jenna menggoyak-goyakkan peta tersebut sehingga tinggal cebisan-cebisan halus.
Aku bangun lalu memeluk Zaza yang sedang ligat bermain dengan teddy bearnya.
"Macam mana?"
Tanya Chaz kepadaku.
"Peta tu menipu."
Dingin aku.
"What?!"
Kata Ace dengan nada terkejut.
"Peta tu menipu sebab tak ada pun tulis terminal dalam tu. Katanya kat sebalik semak-samun. Tah hape semak-samun pun tak tahulah. Gila kot orang yang tulis ni."
Marah aku.
Nafas Jenna aku dengar berbunyi dengan kuat. Dia masih lagi bengang dengan peta tersebut. Buang masa kami sahaja berjaga selama tiga hari dua malam. Memang naik gilalah!
Tiba-tiba ada sekumpulan... entah sekumpulan apa. Yang penting, dia pakai baju sut lepastu ada penutup muka macam angkasawan tu. Main rempuh aje pintu bilik hotel ni. Tak reti hormat orang langsung!
"Anda semua ada sesiapa yang kena gigit?"
"Tak ada. Korang ni penyelamat ke?"
Tanya aku.
"Ya kami penyelamat. Kami nak selamatkan awak."
"Kami semuanya ada lapan orang. Seorang tengah sakit sebab kena tembak kat betis."
Beritahu Jenna kepada si penyelamat itu.
"Kami akan membawa anda ke tempat yang selamat. Mari.."
Aku mendukung Zaza dan menggalas begku. Kami mengekori gerak-geri si para penyelamat tersebut. Akhirnya ada juga manusia yang datang membantu. Rasa lega di hati. Mereka memberi kami layanan yang baik sepanjang perjalanan nak ke tempat yang selamat. Mungkin terminal itu kot. Apa-apalah janji selamat. Eh jap, ada lagi ke tempat yang selamat? Ahh.. banyak betul persoalan bermain di minda aku. Abaikan. Abaikan.
Aku terkejut apabila salah seorang daripada penyelamat mengejutkan aku daripada lena. Rasa segar badan aku sebab dapat tidur lama. Dah sampai ke? Wooo... besarnya tempat ni.
Aku memimpin tangan Zaza lalu berjalan mengekori langkah penyelamat. Aku kira-kira, ada tujuh orang penyelamat. Tujuh orang tersebut terdiri daripada lima orang lelaki dan dua orang perempuan.
Masuk-masuk sahaja tempat tu aku lihat ramai orang disitu sedang makan di kafeteria. Mereka semua memandang aku dan kawan-kawanku. Terkejut juga, tak sangka ada ramai lagi yang belum bertukar menjadi zombi. Mereka membawa kami bilik rawatan. Menyuruh kami menukar pakaian dan merawat kami. Kemudian, setelah siap kesemuanya, kami pergi ke kafeteria tadi.
"Awak semua pergilah makan... kemudian ni kunci bilik kamu berlapan. Gantung badge ni pada leher kamu."
Aku mengambil kunci dan badge tersebut lalu aku bahagikan kepada mereka. Pakaian kami semua sama seperti mereka yang ada di dalam kafeteria ini. Long sleeve t-shirt and seluar berwarna putih. Aku membawa dulang yang berisi makanan lalu duduk di meja yang kosong.
Selera betul aku makan mashed potato ni. Sedap sangat!
"Kak Hana, Zaza nak lagi..."
Aku menyuap mashed potato ke dalam mulut Zaza. Kemudian aku lihat Ace, Chaz dan Jenna termenung panjang. Haidan dan Emir hanya tekun makan makanan mereka. Apa yang tak kena lagi?
"Korang, jauh termenung, kenapa?"
Tanya aku kepada mereka.
"Tu geng mamat sana tu macam nak cari gaduh. Dipandangnya lama dengan wajah bengis dia tu."
Aku memusing badanku ke belakang dan melihat geng mamat yang dikatakan oleh Jenna. Memang betul. Mereka asyik memberikan pandangan maut sahaja. Salah satu daripada mereka tersenyum nakal ke arah aku. Aku menjeling.
"Dah habis makan? Baik kita chaw..."
Sinis Ace. Dia menarik lengan aku lembut lalu kami berlima pergi ke bilik yang telah disediakan manakala Bratt ditahan di bilik rawatan. Buka sahaja pintu, kami berlima sangat terkejut apabila bilik tersebut sangatlah sempit. Katil semua tersusun dengan agak rapat. Katil ada tujuh buah semuanya. Satu almari kecil tersiap sedia dengan tujuh helai baju sut berwarna putih kelabu.
"Ingatkan bilik ni macam rumah, macam penjara aje aku tengok."
Rungut Jenna lalu menghempaskan tubuhnya di atas katil tersebut.
"Katil pun macam kayu reput aje, nak roboh."
Cebik Jenna. Aku mengeluh. Ingatkan aman, rupanya idok?
"Kenapa mereka sediakan baju sut ni aje? Dah tak ada baju lain dah ke?"
Kata Haidan. Aku menjungkitkan kedua-dua belah bahuku lalu merebahkan diri disebelah Jenna. Sedang-sedang merehatkan badan terdengar bunyi pengumuman daripada speaker berdekatan.
'Semua ahli The X, sila peka dengan pengumuman ini. Tepat jam lapan malam, sila hadirkan diri anda dengan berpakaian sut yang disediakan ke tapak perhimpunan belakang kafeteria. Seperti biasa, sesiapa yang lambat 10 minit, akan dikenakan denda berkurung di dalam bilik kurungan selama 10 hari.'
Kami bertujuh tercengang. Apa? Ahli The X? Sejak bila aku mendaftar jadi ahli The X? Merepeknya nama... nak buat apa berkumpul kat sana. Leceh betullah! Gilaaaa....
Aku menekup mukaku dengan bantal untuk menghilangkan masalah demi masalah. Apa masalah kali ini pula? Aku ingat dah habis dah masalah tinggal nak berehat je. Aku terus terlena. Dan aku masuk ke alam mimpi yang indah lagi bahagia. Seperti aku tidak mahu keluar daripada mimpi tersebut. Aku harap aku akan kekal di dalam mimpi ini dan aku tak mahu berbalik ke dunia realiti yang semakin pupus ini....
Share this novel