Cuaca sudah gelap. Hujan mula rentik-rentik membasahi bumi. Kilat berdentam-dentum. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Aku tersedar daripada tidur apabila terkejut mendengar bunyi kilat yang sangat kuat. Zaza menangis ketakutan. Aku lihat Haidan mengeluh lalu menghentak stereng keretanya.
"Minyak dah habis!"
Keluh Haidan. Ace menyumpah-seranah kereta ini. Dahlah berhenti betul-betul tengah jalan raya. Nampak macam sunyi je. Tapi bila-bila masa sahaja makhluk tu akan jelma dan menggigit kami. Zaza aku peluk dengan erat.
"Kita kena jalanlah nampaknya. Kena cepat sebelum mereka dapat kesan kita."
Kata Ace. Ace mengisi peluru ke dalam senapangnya kemudian dia memberi aku sebilah pisau dan senapang. Bulat mata aku. Ace juga memberi senapang kepada Haidan dan Emir. Dorang bolehlah sebab dah pernah belajar. Aku? Kang tah sape-sape aku tembak. Nahas karang.
"Ace.. Hana tak reti tembak."
Tunduk aku.
"Darurat Hana. Kita kena juga pegang senjata kalau dah darurat macam ni. Ni tarik picu dan ni reload."
Perghh... pantas giler Ace ajar aku. Sap sup sap. Tercengang aku. Nasib baik time tu otak aku berfungsi dengan baik dan ingat langkah-langkah dia ajar aku tadi. Keluar sahaja dari badan kereta, aku memimpin Zaza lalu mengekori mereka dari belakang. Hujan semakin lama semakin lebat. Basah lencun pakaian aku. Kilat pula berdentam-dentum lagi. Zaza menggigil memegang tangan aku.
Ace berjalan disebelah aku. Hujan yang lebat membuatkan penglihatan aku kurang jelas. Zaza sudah aku dukung dari tadi kerana takut kehilangan dia. Tiba-tiba ada sekumpulan makhluk menyerang kami. Mereka hampir menggigit aku dan aku berlari sekuat hatiku bersama Zaza. Aku berpisah dengan Ace, Haidan dan Emir. Aku menyorok dilorong sempit yang gelap. Zaza aku menyuruh dia senyap supaya tak dikesan oleh makhluk tadi.
"Kakak!"
Jerit Zaza apabila ada seorang makhluk sudah menarik hujung kakiku. Aku meronta-ronta kemudian aku menghalakan pistol tersebut ke arah makhluk itu. Terketar-ketar tangan aku menarik picu dan...
Bang!
Berkecai muka makhluk tersebut. Zaza menangis kuat sambil memeluk leherku. Bunyi tembakanku menyebabkan beberapa makhluk yang lain dapat mengesan kami. Aku terus bangun dan berlari sejauh yang mungkin. Bebanan beg galas dan Zaza pada tubuhku menyebabkan aku agak lambat untuk berlari. Aku berlari sehingga masuk ke dalam mini supermarket yang lampunya masih menyala lagi. Aku memeriksa keadaan sekeliling mini supermarket tersebut. Clear.
"Kakak.. jangan tinggalkan Zaza."
Esak Zaza.
"Kejap sayang. Kakak nak sendal pintu ni semua makhluk tu tak masuk. Tunggu sini jangan pergi mana-mana."
Zaza mengangguk perlahan.
Aku menggunakan kekuatan wanita aku ini dengan menolak dua buah rak besar lalu diletakkan di hadapan pintu masuk.
"Zaza?"
Aku kembali semula ke tempat di mana aku letak Zaza, Zaza hilang. Tak ada kat tempat tadi. Mana pulak budak ni pergi. Aduii...
"Zaza.."
Aku mencari-cari di setiap bahagian lorong rak. Akhirnya aku ternampak Zaza sedang membuka plastik jajan. Aku mendekati dia.
"Zaza, kenapa buat kakak takut?"
"Maaf kak. Zaza lapar sangat."
"Kalau ada makhluk tu gigit Zaza macam mana?"
Marah aku. Nak gugur jantung aku nih mencari dia. Rupanya nak makanan. Tak boleh tunggu aku ke? Dahlah fikiran aku berserabut. Terpisah dengan dorang. Tah mana dorang pergi.
"Maaf kak. Zaza tak buat lagi."
Aku memeluk Zaza kuat. Aku ada amanah untuk menjaga Zaza demi Sha. Aku sayang kau Sha. Tiba-tiba aku terdengar ada seseorang memulas tombol pintu stor dari dalam. Takkan makhluk tu pandai pulas tombol? Aku terus mendukung Zaza dan menyorok disebalik rak.
Kemudian aku ternampak seseorang keluar dari bilik stor itu dan menuju ke bahagian rak dimana tempat aku menyorok. Dah sah dia orang sebab aku tengok daripada cara dia jalan. Kasut dia pun macam baru beli je.
Bang!
Sedas peluru menembusi bahu aku. Aku terduduk, Zaza memeluk aku kuat. Aku baru je nak bangun dah kena tembak. Apa salah aku? Sakitnyaa...
"Eh! Maafkan aku!"
Gadis itu mendekati aku. Dia membelek luka pada bahu aku. Dia mengoyakkan baju aku lalu cuba mengeluarkan peluru pada bahuku. Aku menjerit kesakitan.
"Gigit ni."
Ada ke patut dia suruh aku gigit span basuh pinggan. Habis mulut aku. Nak tak nak aku kena gigit supaya dapat menahan sakit. Akhirnya sebiji peluru keluar daripada bahuku kemudian gadis itu menjahit bahuku. Meremang masa dia tengah jahit bahu aku. Aku pejamkan mata aje. Tak sanggup nak tengok. Aku ni dahlah pengecut.
"Sorry ya. Aku ingat kau zombi."
Kata gadis aku. Aku mengangguk perlahan. Zaza merenung tajam ke arah gadis tu. Mungkin dia marah sebab tembak aku tanpa periksa.
"Nama aku Jenna. Jenna Swift. Kau?"
"Hana. Hana Dahlia Raven."
"Panjang nama kau. So, dah lama kau survive?"
"Baru hari ini aku sedarkan diri dan aku hadapi semua ni."
"Kau sedarkan diri?"
"Ya. Aku kemalangan lepastu aku koma kot. 3 weeks."
"Ohh... aku bukanlah orang sini. Aku ikut makcik aku tinggal sini since parents aku meninggal."
"Aku berteduh kat sini sebab aku terpisah dengan kawan-kawan aku."
"Kau ada kawan?"
"Yes. Ada makhluk yang serang kami dan membuatkan kami terpisah."
"Makhluk tu nama dia Zombie."
Aku terdiam. Baru aku tahu nama makhluk tu zombie. Setahu aku zombie tu kat drama tv aje. Tak tahu pulak wujud.
"Kita staylah sini sampai esok. Nanti kita cari kawan kau."
Aku mengangguk lalu aku menggagahkan diri aku untuk bangun dan mengambil sekotak air dan biskut. Zaza mengekori sahaja langkah aku. Dia turut mengambil air kotak dan jajan.
"Zaza.. ingat tau jangan pergi mana-mana. Stay dengan kak Hana je."
"Baik kak."
Aku mengusap-usap kepala Zaza yang terbaring di atas ribaku. Kemudian perlahan-lahan dia memejamkan mata. Aku pula berborak dengan Jenna.
Jenna Swift berusia 18 tahun. Sebaya dengan aku juga. Aku lihat dari segi luaran dia memang seperti tomboi. Pakai cap dan jaket. Rambut dia hanya paras atas bahu sahaja. Dia juga ada senapang. Tak silap aku nama senapang dia silent shotgun. Dia juga ada pisau rambo. Dia beritahuku yang dia ada kumpulan mafia kat luar sana. Tapi berpecah disebabkan kejadian huru-hara ini.
"Kau tidurlah. Aku berjaga malam ni. Aku memang jarang tidur malam. So, kau rehatkan bahu kau tu. Nanti esok kita keluar."
Aku mengangguk lalu aku tidur dengan gaya duduk.
Tak sampai beberapa jam aku tidur. Aku tersedar dan ternampak Jenna sedang mengasah pisau rambonya. Kemudian dia mengisi lengkap peluru ke dalam silent shotgun-nya. Pakar juga dia ni. Yelah, siap ada kumpulan mafia. Bukan calang-calang orang ni. Aku kalau buat kumpulan mafia macam mana ntah. Berkecai agaknya. Hahaha.. aku lihat Zaza lena tidur di atas ribaku. Lihat muka Zaza aku rindu pada Sha. Sahabat baik aku mati di hadapan mata aku sendiri. Aku tak sangka. Aku lambat menyelamatkan Sha. Aku rindu kau Sha. Aku akan jaga adik kau.
Zaza seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun. Nama penuh dia adalah Natasha Ermina. Panggilan Zaza adalah panggilan manja yang dipanggil oleh Sha dan ahli keluarganya. Di sekolah kawan-kawannya memanggilnya Mina. Zaza ni seorang yang memang manja. Apa yang dia mahu semua keluarga dia bagi. Dia juga agak peramah orangnya. Perangainya juga sebiji macam Sha.
Dimanalah Ace sekarang? Tiba-tiba aku rindu dia... aku harap dia tak kena gigit dengan si zombie tu. Aku harap sangat tak. Cukuplah aku kehilangan Sha. Mak. Ayah. Walaupun mak dan ayah amat membencikan aku tetapi aku tetap menyayangi mereka. Masih aku ingat lagi tatkala sambutan hari tahun baru ketika aku berusia enam tahun. Ayah memberi aku hadiah yang cukup istimewa dan sampai sekarang aku masih memakainya. Seutas rantai menjadi kenangan. Rantai yang diukir dengan huruf HDR. Hana Dahlia Raven. Ditambah lagi corak manik berbentuk mahkota kecil dan berkilauan. Ia diperbuat daripada emas putih. Sampai sekarang aku masih memakainya. Aku tak pernah tanggalkan kerana aku hanya mahu mengingati bait-bait kenangan manis bersama ayah dan mak.
Dulu aku memang tak rapat dengan Haidan dan Emir. Mereka seperti menjauhkan diri daripada aku. Mungkin tak suka mak dan ayah rapat dengan aku sebab tu asyik buli aku je time mak ayah benci aku.
Aku lihat Jenna sedang menghendap pada cermin kedai. Mungkin nak tengok ada zombie tak. Yelah takut juga zombie pecahkan cermin tu. Boleh jadi. Patutlah aku rasa kesejukkan dari tadi. Rupanya aku tak tukar baju. Kena hujan basah lencun. Si Zaza pun tak tukar lagi bajunya. Nasib baik aku sempat ambil bajunya di rumahnya tadi. Kalau tidak nak pakai apa Zaza ni.
"Kau tak tidur lagi?"
"Ohhh chottt!"
Terperanjat aku apabila Jenna tiba-tiba muncul dihadapan. Secara automatik semua bulu roma aku tegak. Jenna tersenyum sinis.
"Sorry buat kau terkejut."
Kata Jenna lalu duduk disebelah aku.
"Kau pandai menembak?"
Aku menggelengkan kepalaku perlahan.
"Memanah?"
"Tak. Semuanya tak pernah. Aku hanya tahu basuh baju, lipat baju dan sidai baju. Buang sampah. Semua kerja surirumah aku pandai. Bab-bab mengganas dan membunuh ni aku tak cekap."
Ketawa besar Jenna. Aku mengerutkan dahiku. Aku buat lawak ke? Aku tengah serius bagitahu dia boleh pulak gelak. Haish...
"Kau ni. Kerja suri rumah tu pun aku cekaplah. No hal punya. Kacang je semua tu. Aku tiap-tiap hari kot kena dera dengan mak cik dan pak cik aku sendiri. Aku selalu kena maki dan kena sepak terajang dorang tu. Dah lali."
Aku tergamam. Dia pun macam aku ke? Senasiblah ni. Aku hanya mengukirkan senyuman kepadanya. Mafia tapi kena dera. Hmph. Aku mengambil keputusan untuk tidur semula manakala Jenna berjaga sambil membelek-belek pisau rambonya.
Share this novel