013 [Penyakit Tersebar I]

Zombie Completed 14235

Hujan yang turun bagaikan mutiara... Ceh! Menyanyi pulak aku ni. Dah dua hari duduk kat Malaysia ni. Rasa aman sehingga tak terkata. Kalaulah ini negara aku. Kan bagus? Tak adalah huru-hara macam kat negara aku tu.

Aku mencapai remote tv lalu menekan button biru dan tv pun terpasang.

'Salam Sejahtera. Berita segenap dimensi jam 2 petang. Semalam dikejutkan lagi dengan mendaratnya satu kapal terbang asing di sebuah hutan yang agak dalam. Pihak polis dan beberapa ahli saintis sedang menyiasat kapal terbang tersebut. Disahkan sendiri daripada ahli saintis. Kapal terbang tersebut memang daripada negara ......
Pihak polis menyuruh rakyat 1 Malaysia berwaspada dengan kedatangan asing ini. Mungkin boleh membawa penyakit tersebut. Sekiranya dapat mengesan pendatang tersebut sila hantar mereka di Pusat Kumpulan Askar yang terletak di Pusat Pentadbiran Putrajaya. Ahli saintis mengatakan kemungkinan besar mereka tiada tanda Asli seperti rakyat Malaysia yang mempunyai tanda bulatan kecil berwarna hitam di bawah tapak kaki. Tanda ini sememangnya wajib ada pada setiap rakyat sekiranya tiada mereka adalah orang asing. Rekod pendatang asing di negara Malaysia agak sedikit sahaja jadi identiti mereka senang dikesan. Hanya 17 orang sahaja pendatang asing daripada Indonesia dan Brtish bekerja di syarikat swasta dan awam. Dan tanda untuk mengenalpasti mereka ialah bulatan berwarna merah. Itu sahaja berita yang disampaikan oleh saya Ravena Elera. Sekian.'

Kami tergamam. Maknanya 'keamanan' kami akan sentiasa diganggu. Yelah. Tapak kaki kami semua mana ada tanda Asli. Apa tah Asli-nya. Aku mengeluh berat....

"So, kita akan sentiasa dikesan... jadi kena hati-hati. Tersilap langkah terus 'bercuti' kat Petroljaya tu."

Kata Emir. Aku mengerutkan dahiku. Petroljaya? Bukan Putrajaya ke?

"Oi Emir.. Putrajaya lah ngek. Petroljaya. Tu pusat pentadbiran kau nama Petroljaya. Banyak petrol je."

Terkekek-kekek aku dan Jenna ketawa diikuti oleh Haidan dan Ace. Chaz hanya tersenyum. Zaza juga ketawa mendengarnya. Emir menahan malu.

"Adui dah lama rasanya tak gelak macam ni. Ahh.. sakit perut."

Kata Jenna. Aku bersetuju dengan kata-katanya.

"Jadi kita kena jarang munculkan diri kat luar. Esok kita check-in hotel lain. Then kita cari rumah sewa. Ok?"

Kami mengangguk setuju dengan cadangan Jenna.

"Aku ingat nak pi beli makanan."

Kataku. Perut aku tiba-tiba rasa lapar. Berkeroncong lah pule..

"Haa.. mehlah Ace temankan."

Aku tersenyum. Ace kalau aku nak ke mana mesti mencelah.

"Korang nak apa?"

"Kat Malaysia ada makanan apa? Semalam kita taram maggi cup je. Sedap jugak."

Kata Jenna sambil tersengih.

"Entah semalam aku ada nampak board menu makanan. Tak silap aku ada... nasi goreng USA, nasi goreng seafood, kuewtiau goreng basah kerang dan mihun goreng telur mata."

Berkerut-kerut aku menyebut nama-nama makanan Malaysia ni. Tersasul-sasul mulut aku. Yang lain dah buat muka tercengang.

"Apa-apa jelah janji kenyang."

Aku tergelak. Sahlah dorang tak tahu aku lagi tak tahu. Aku mengambil pistol disisip di tepi seluar dan pisau lipat diselitkan di tepi stokin. Settle. Keselamatan harus dijaga. Hehe.

Kedai makan tu tak jauh mana. Just 500m daripada hotel tu. Ramai juga pelanggan dekat restoran tu. Boleh kaut banyak untung... Woo...

"Ya cik adik comel nak order apa?"

Muka aku menahan malu. Comel? Haa haa.. baru tahu ke aku comel. Um um... cover cun cover cun.

"Saya nak lapan bungkus kuewtiau goreng basah kerang letak telur mata. Air jus tembikai lima bungkus dan air milo ais tiga bungkus."

Perghh... dengan penuh teliti aku pesan kat abang tu. Tangan dia pulak laju menulis.

"Baik ya. Adik duduk dulu."

Aku mengangguk. Aku dan Ace mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan televisyen. Kami kena sentiasa menonton tv untuk mengetahui berita berikutnya tentang 'kapal terbang asing'.

'Treng... berita mengejut. Dikatakan ada satu kapal terbang terhempas sekaligus di dua buah negara. Malaysia dan Thailand. Pesawat tersebut adalah pesawat askar yang membawa beberapa botol cecair yang dikatakan cecair tidak matang. Awas! Rakyat Malaysia diwajibkan kuarintin. Sekarang!'

"Nah cik adik. Sudah siap."

Aku tersenyum lalu membuat pembayaran di kaunter. Terus kami berlari ke hotel. Kenapa kami datang sini je kena kuarintin. Pelik...

"Hah? Pesawat mana pulak bawa cecair tu? Bukan askar negara kita dah game over ke?"

Tanya Jenna sambil menyuap kuewtiau ke dalam mulutnya.

"Entahlah tak faham aku. Pembaca berita ni berbelit. Bagi jelah tahu pekara sebenar. Siapa? Cecair apa? Ni tak sengaja je buat orang saspens. Naik hangin aku.."

Laju aku menyuap kuewtiau ke dalam mulut. Geram geram pun perut kena isi. Kalau tak berlagu je.

"Aku rasa satu dunia takkan aman. Mesti semua akan kena cecair tu. Kau tak ingat semalam berita. President dan ahli saintis kita sempat melarikan diri. Kenapa nak lari? Asal tak tolong sesiapa yang masih terselamat? Ni mesti ada ulat di sebalik buah durian."

Kata Emir.

"Peribahasa mana kau guna tu? Lain je bunyi nya. Bukan ada udang di sebalik batu ke?"

Emir tersenyum malu.

"Saja je aku reka sendiri."

"Ceh!"

Jenna memukul lengan Emir. Emir mengaduh.

"Kakak... sedaplah titiyau ni."

"Alahai pelat pula adik kakak ya. Kuewtiau lah sayang."

"Haaa kuewtiau..."

Semua tergelak.

Malam itu aku hanya termenung di balkoni hotel. Angin malam menyejukkan tubuhku. Tiba-tiba seseorang menyarung jaket pada tubuhku. Haidan.

"Tak sejuk ke, Hana?"

Aku tak menjawab soalannya.

"Hana masih marahkan kami?"

Aku memandang mukanya dia dengan riak wajah blur.

"Tak payah nak bermadah sangat. Cakap jelah apa kau nak cakap."

Aku tahu Haidan ada sesuatu yang mahu dia katakan kepadaku.

"Sebenarnya, aku nak beritahu kau sebab apa kami dulu buat camtu pada kau."

Aku menjungkitkan kening kananku.

"Kita sebenarnya bukan adik-beradik kandung. Kau bukan sesiapa pada keluarga kami. Mak jumpa kau di luar kami tika itu musim salji. Kau dijumpai dalam sebuah bakul kecil betul-betul di tepi tiang peti surat rumah kami. Memula ayah tak setuju katanya kau akan menyusahkan dia tapi puas mak pujuk akhirnya ayah cuba menerima kau. Tapi tika itu juga dengan tiba-tiba syarikat ayah merosot terus disalahkan kau..."

"Okey dah stop. I don't want to hear it anymore. Terima kasih sebab sedarkan siapa diri aku sebenarnya."

Air mataku mengalir deras. Tak sangka rupanya aku ni just anak pungut. Tak sangka sangat. Mana keluarga kandung aku? Siapa mereka?

"Kakak.. kenapa kakak menangis? Siapa buat?"

Aku memeluk Zaza yang sedang merenungku. Aku menggelengkan kepalaku. Takpelah biar aku sahaja yang tahu siapa aku sebenarnya.

'Satu kejadian menakutkan dan mengerikan. Dua perempuan maut akibat dilahap oleh seekor serigala bermata merah dan keadaanya sangat menyeramkan. Bulu dan kulitnya berkurap teruk dan ada yang terkoyak. Kukunya pula berwarna hitam coklat. Ia agak nampak kelainan daripada serigala sebelum ini. Serigala aneh ini masih belum diketemui lagi dan di badannya ada satu tembakan peluru yang dilepaskan oleh seorang polis. Harap rakyat Malaysia berhati-hati. Kuarintin masih diteruskan.'

"Nampaknya cecair tu sama dengan cecair di negara kita. Mengubah... serigala tu jadi zombie."

Kata Chaz. Kami terkejut.

"Jadi, zombie akan wujud kat negara ni pulak?"

"Maybe."

Jawab Jenna. Aku memicit-micit kepalaku. Baru sahaja dua hari menginap kat sini dah datang balik masalah. Keamanan memang tak boleh tahan lama. Alahai...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience