Pagi itu aku bangun awal kemudian pergi ke makmal untuk berjumpa dengan George dan Gordan. Ace semestinya mengikut aku begitu juga dengan Jenna dan Chaz yang lain semuanya duduk di ruang utama. George menceritakan kepada aku bagaimana cecair ni bertindak pantas pada tubuh manusia dan haiwan sehingga mereka bertukar menjadi zombie.
"Cecair ini mengambil masa selama 10 saat untuk bertindak balas. Walaupun ia sekali titik ataupun tumpah kesemuanya pada badan manusia atau haiwan. Ia akan ambil masa 10 saat. Tak lebih dan tak kurang. Cecair ini tidak boleh dihapuskan kecuali menghancurkannya menggunakan cara pembakaran tetapi dengan cara pembakaran juga mendatang risiko kepada semua. Asap tersebut mengandungi cecair ini dan boleh merebak ke dalam badan. Jadi masih tiada cara lain untuk menghapuskannya." Terang George panjang lebar. Aku memasang telinga mendengar bait bait kata George.
"Sekarang macam mana tentang rakaman itu? Adakah mereka bertiga itu memang puncanya?" Tanya Ace. Aku mengiyakan. Gordan pula mengambil alih untuk memberitahu kami. Dia mengambil laptop dan CD tersebut.
"Semalaman saya melihat dan menilai rakaman ini. Hasil cecair ini memang daripada mereka. Mereka yang menciptakan cecair ini. Tapi masih belum tahu samada sengaja ataupun tidak sengaja cecair ini tercipta. Kemudian saya melihat rakaman yang terakhir tetapi ia hanya sekerat seperti tersangkut daripada terus dirakam." Kata Gordan lalu dia memasangkan CD yang terakhir ke dalam laptop.
Aku dengan tekunnya melihat rakaman tersebut dengan teliti. Susuk tubuh dan wajah itu memang sebiji seperti ayah. Memang ayah! Aku lihat ayah dan kawan-kawannya sedang berbincang. Kemudian ayah memeriksa cecair yang sedang diproses. Selepas itu ayah hilang dari pandangan rakaman. Salah seorang kawan ayah terjengah-jengah ke kiri dan ke kanan kemudian dia masukkan sesuatu ke dalam cecair yang diperiksa oleh ayah tadi. Tiba-tiba cecair itu bertukar, daripada warna kemerah-merahan menjadi warna ungu. Kemudian datang lagi seorang kawan ayah itu membelasah kawannya itu dan ayah kembali semula... akhirnya rakaman itu tergantung. Aku kaget. Maknanya kawan ayah yang sengaja campurkan cecair itu dengan sesuatu.
"Maknanya? Macam mana kita nak cari kebenaran? Dan siapa yang boleh buatkan penawar untuk semua ini? Macam mana kita nak sebarkan penawar tu supaya semua orang kembali pulih. Macam mana?" Tanya aku bertubi-tubi. Aku mula menitiskan air mata. Ace cuba menenangkan aku begitu juga Jenna.
"Penawar akan kami cuba buat. Ia mengambil masa. Buat masa ni saya harap korang semua bertenang dan tinggal disini buat sementara waktu." Kata George sambil mengusap bahuku. Aku menarik nafas untuk bertenang dan mahukan oksigen bersih serap ke dalam otak dan tubuhku. Ace membawa aku keluar daripada makmal. Aku baring di atas riba Ace sambil rambutku diusap olehnya.
"Macam mana ni bekalan kita mula kekurangan? Dah lah ramai kat dalam bangunan ni. Macam mana kita nak keluar sedangkan senjata tak banyak?" Kata salah seorang wanita yang sarat mengandung itu bersama kawannya. Aku bangkit lalu mendekatinya.
"Kenapa awak?" Tanya aku serius. Wanita itu terkejut lalu memegang dadanya.
"Maaf buat awak terkejut. Saya dengar perbualan awak berdua tadi." Kataku sambil mengusap bahu wanita itu. Bersalah pula aku sebab buat wanita ini terkejut.
"Ya. Bekalan makanan, minuman dan ubat-ubatan semua sudah kekurangan. Mungkin bertahan selama seminggu sahaja. Nak keluar mencari senjata ada sedikit sahaja." Aku mengangguk faham. Setahu aku, kami masih lagi menyimpan senjata di dalam bilik. Jenna pun ada ambil alatan memanah.
"Tak apalah. Saya rasa saya dan rakan saya boleh bantu. Awak ada kunci kereta?"
"Ada tetapi kereta jip. Kereta itu sudah lama tak dihidupkan." Kemudian wanita itu memberikan aku kunci jip tersebut. Aku mengucapkan terima kasih lalu mendapatkan Jenna dan Ace.
Haidan, Emir, Ace dan Jenna mengikuti aku untuk mencari barang keperluan. Zaza dan Bratt tinggal di dalam bangunan tersebut.
Ace terus memandu keluar dari situ dan kami mencari-cari supermarket terdekat disitu. Aku menyuruh Ace berhentikan kereta apabila aku ternampak sebuah kedai kecil. Aku keluar dari perut kereta dan menyusup masuk ke dalam kedai tersebut.
Aku memasukkan makanan dan minuman ke dalam beg. Tiba-tiba aku terasa seseorang mengacukan pistol pada aku daripada belakang.
"Berikan aku beg tu. Kalau tak bersepai kepala kau aku tembak." Ace ternampak terus menghalakan pistol ke arah lelaki itu.
"Lepaskan isteri aku! Jangan kau berani sentuh dia." Marah Ace. Jenna, Haidan dan Emir berjaga-jaga dengan lelaki dibelakang aku ni. Aku tak berani nak menoleh ke belakang. Tak pasal-pasal bersepai kepala otak aku. Err tak nak aku.
"Bagi aku cepat beg tu!" Lelaki itu merentap rambutku, aku mengaduh. Ace sudah semakin dekat dengan lelaki itu.
"Kau dekat,isteri kau mati." Ugut dia. Dia masih lagi menarik rambutku. Aku memejamkan mataku menahan sakit.
"Beg!" Jenna membaling beg tersebut ke arah lelaki itu terus dia melepaskan rambutku dan Ace menarik aku masuk ke dalam dakapannya. Dan...
Bang!
Sedas peluru menembusi perut lelaki itu dan lelaki itu juga sempat melepaskan tembakannya ke arah Ace tetapi sempat melindungi Ace namun aku yang menjadi mangsa sedas peluru itu. Aku rebah.
Ace memangku tubuh Hana yang terkulai berlumuran darah pekat yang mengalir dari belakang tubuhnya. Nadi Hana masih berdenyut cuma lemah. Lelaki tadi dikerjakan oleh Haidan dan Emir. Jenna mengangkat beg-beg tadi masuk ke dalam jip. Ace mencempung tubuh Hana. Hana masih tidak sedarkan diri.
Emir yang memandu kereta untuk pulang semula ke tempat tadi. Ace bersungguh-sungguh mengejutkan Hana.
"Bodoh! banyak zombie kat depan bangunan ni. Lebih 40 orang. Periksa peluru. Cukup tak?" Kata Haidan sambil memeriksa peluru di dalam pistolnya.
"Tak cukup!" Kata Jenna sambil mendengus.
"Kau panah mana yang mampu Jenna. Hana perlukan rawatan. Darah banyak keluar. Aku tak nak kehilangan isteri aku." Rayu Ace. Jenna mengangguk dia terus mencapai alatan memanah kemudian dia memanah ke arah zombie-zombie tersebut. Satu per satu itu tumbang ditambah pula Haidan dan Emir menembak tepat kena pada kepala mereka.
"Line clear." Beritahu Jenna. Emir memandu masuk ke dalam garaj dan menutup pintu pagar garaj dengan segera. Mereka menghembus nafas lega. Ace berlari sambil mencempung badan Hana ke bilik rawatan. Mujur Gordan berada di situ, dia sedang memeriksa seseorang.
"Gordan, tolong aku. Hana kena tembak." Kalut Gordan dibuatnya. Segera dia memanggil kawannya untuk membantu dia mengeluarkan peluru. Ace disuruh tunggu di luar. Serupa suami menunggu isteri melahirkan anak. Ace bermundar-mandir di hadapan bilik rawatan tersebut.
Sudah hampir tiga jam dia tidak senang duduk. Akhirnya Gordan keluar dengan wajahnya berpeluh-peluh.
"Hana selamat cuma dia sangat lemah. Dia sedang rehat tapi masih belum sedarkan diri. Nak jumpa dia jumpalah. Jangan bagi dia terkejut." Ace mengangguk lalu masuk ke dalam bilik rawatan. Dia menggengam tangan Hana kuat.
"Hana, Hana..." aku mencelikkan mataku. Aku memandang sekeliling yang gelap-gelita hanya diterangi dengan satu tiang lampu di hadapanku. Satu tangan menyentuh bahuku dari belakang. Segera aku menoleh. Ayah? Mak?
Aku bangkit lalu mendekati mereka. Riak wajah mereka kelihatan sedih. Mereka memeluk aku erat.
"Maafkan ayah sayang. Ayah salah. Ayah bodoh. Ayah ikutkan perasaan ayah sangat. Ayah perlukan bantuan kamu, nak. Ayah rasa terlalu bersalah kerana meninggalkan dunia tersebut terkucar-kacir akibat perbuatan ayah dan kawan ayah sendiri." Aku hanya mendiamkan diri. Kemudian ada satu rakaman dimainkan. Aku melihatnya dengan teliti. Sambungan yang aku tengok rakaman petang tadi.
Mereka bergelut sesama sendiri sehingga ayah terjatuh.
"Ni sahabat baik ayah iaitu ayah kandung kamu, Frost manakala ini Oleg." Terang ayah kepadaku. Aku tercengang.
Rakaman itu terus dimainkan ayah cuba menghentikan pergelutan di antara Oleg dan Frost, ayah kandungku. Tiba-tiba Oleg merentap pistol yang berada dibelakang badannya kemudian diacukan ke arah Frost dan melepaskan tembakan sebanyak tiga kali. Ayah menyimbah satu cecair yang sedang mengelegak ke wajah Oleg. Dia meraung. Ayah terus mendapatkan Frost. Dan cuba mendengar bait bait kata terakhir ayah kandungku.
"Frost cakap pada ayah, dia minta ayah jagakan Hana yang masih kecil dan menyuruh ayah berhenti dari jadi saintis dan kurung cecair tersebut di dalam peti berkod. Sebenarnya kejadian ini dah lama. Bertahun cecair itu ayah simpan di peti berkod tetapi ayah tidak tahu bagaimana Oleg berjaya membukanya dan terus menyebarkan eksperimen tak matang itu hanya disebabkan dia berdendam dengan keluarganya. Selama itu juga ayah cuba untuk membuatkan penawar dan ayah berhasil cuma ayah tak berani untuk sebarkannya kerana ayah ingat cecair tak matang itu takkan merebak di serata dunia. Rupanya ayah salah, nak. Sebarkan penawar itu untuk ayah. Selamatkan mereka yang masih hidup. Penawar itu ada di makmal lama ayah di negara kita. Kod peti tersebut adalah tarikh lahir Hana sendiri. Tolong ya Hana. Maafkan ayah." Barulah aku faham kejadian ini semua. Hanya seorang yang berdendam semua manusia terlibat. Memang kejam Oleg. Sanggup rosakkan dunia dengan cecairnya itu. Ayah tak beritahu aku samada Oleg itu hidup ataupun tidak?
Pandanganku mula kelabu. Dan gelap.
"Sayang, sayang dah sedar." Aku terkebil-kebil apabila Ace memeluk aku dengan erat. Aku mula ingat semula apa yang terjadi. Rupanya ayah datang ke dalam mimpiku. Aku perlu bertindak dengan cepat. Aku harus ceritakan kepada mereka. Harus!
Share this novel