Pagi-pagi lagi aku dah terjaga, buat apa? Basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Lepastu sapu lantai dan mop. Kemudian sapu daun kering kat halaman rumah dan buang sampah. Itulah rutin bangun pagi. Buat kerja tanpa sarapan. Siapa yang laratkan? Nak tak ndak aku kena buat jugak. Kalau tak free bebel dari pagi ke malam pastu digabung dengan mengukit dan menghina. Memang aku rasa aku ni anak pungutlah. Nak buat DNA.
"Hana! Tolong aku angkat kotak kerja aku ni. Masuk dalam butt kereta."
Suruh Emir. Aku hanya menjeling.
"Sayang anak mak. Kerja baik-baik. Makan tau.. pastikan sentiasa sihat untuk terus bekerja."
"Baik mak. Sayang mak."
Emir mencium pipi mak. Terasa sebak pulak hati aku melihatnya.
"Haa yang engkau pulak asal tercongok dekat situ? Cemburu ke? Daripada aku cium kau baik aku cium dinding lagi baguslah."
Terkesima aku. Sampai hati mak cakap macam tu. Aku diam dan terus mengangkat kotak ke dalam butt kereta. Aku tak dapat lagi menahan tangisanku. Berjurai-jurai air mataku mengalir.
"Eh asal menangis?"
Tanya Emir. Ni sorang lagi. Memang tak ada perasaan langsung. Lagi tanya kenapa menangis? Bodoh betul soalan kau abang Emir!
Aku berlalu pergi tanpa menjawab soalan Emir. Luluh hati aku. Mak samakan aku dengan dinding. Mak lebih rela cium dinding dari aku? Apa istimewanya dinding tu? Jijik sangat ke aku?
Aku lihat Haidan baru sahaja bangun dengan hanya berseluar pendek. Memalukan betul. Tak senonoh punya perangai. Depan depan orang dia menggeliat dan menguap. Err..
"Haidan, mari makan.."
Ajak ayah. Ayah, Hana nak makan jugak! Hana lapar sangat....
Entah macam manalah kaki aku boleh melangkah ke meja makan dan berdiri di tepi ayah. Memang cari nahas aku.
"Hei. Asal kau datang sini?"
"Ma..maaf ayah. Ha..na Hana lapar.."
Terketar-ketar aku menjawab soalan ayah.
"Amboi dah berani sekarang minta makan."
Perli mak. Aku menahan air mataku dari jatuh tetapi gagal.
"Tak usahlah kau nak menangis bagai. Kau lupa apa aku cakap kat kau. Tak de makanan untuk kau. Pandai-pandailah kau berdikari."
Kata ayah kasar kemudian dia menolak tubuh sehingga aku jatuh ke lantai kayu.
Ayah menyimbah aku dengan air kosong yang berada di dalam jag. Tergamam aku apabila ayah membuatkan aku seperti sampah.
"Ayah, mak tak sayangkan Hana? Hana anak pungut, ya? Siapa keluarga kandung Hana? Kenapa mak dengan ayah dera fizikal dan mental Hana. Kenapa ayah dan mak tak buang je Hana dulu ataupun bunuh ke daripada Hana terus hidup? Baik Hana mati dari hadapi semua ni."
Aku berani menyoal soalan tersebut. Meter kesabaran aku dah pecah saat ini. Ayah dan mak terkejut dengan soalan aku. Begitu jugak dengan Haidan. Dia memandang aku yang sudah tersedu-sedan menangis.
"Kau...berani sekarang!"
Tempik ayah. Dia mengambil pasu bunga mak lalu dihentakkan pada kepalaku. Terasa di awang-awangan ketika itu dan ada cecair turun mengalir dari kepalaku.
"Abang.."
Panggil mak. Ayah terkejut apabila ada banyak darah di kepalaku. Dia cuba untuk membantuku tetapi aku menolak tubuhnya kasar. Sebaliknya aku menggagahkan diriku untuk bangun dan keluar dari situ. Semakin lama pandanganku semakin kurang jelas. Tatkala aku berjalan di tengah-tengah jalan ada sebuah kereta merempuh aku dan aku terpelanting jauh sehingga ke terhentak pada batang pokok. Dan tika itu aku tahu aku akan mati dan aku akan aman. Selamat tinggal semuanya.
"Hana? Hana!!!"
Puan Adhia memangku Hana yang terkulai seperti mayat. Encik Raven pula sudah terketar-ketar tangannya. Haidan menelefon ambulans.
"Pe..periksa na..nadi dia.."
Suruh Puan Adhia kepada Haidan. Haidan mendekati Hana lalu memeriksa nadinya kemudian dia meletakkan tangannya dibawah hidung Hana.
"Mak... saya tak dapat cari nadi dia dan Hana tak bernafas."
Terduduk terus Encik Raven apabila mendengarnya. Dia tak menyangka pekara ini akan berlaku. Sama sekali tak sangka. Puan Adhia perasan air mata Hana tak habis-habis mengalir. Betapa terseksanya Hana ketika itu. Baru kian dia sedar.
Ambulans membawa Hana ke hospital dan Hana dibawa ke bilik ICU. Doktor bilang kepada mereka bahawa Hana kritikal. Jantungnya begitu lemah. Hanya 30% untuk dia sedar semula. Dia mengalami kecederaan yang teruk. Tulang belakangnya dan tangan kanan patah teruk manakala kepalanya juga mengalami keretakkan yang agak teruk.
Beberapa hari Hana ditahan di ICU. Doktor yang bekerja disitu bersusah-payah menjaga Hana. Dia akan menyembuhkan Hana sedaya yang mungkin. Kadang-kala mesin talian hayat Hana bergarisan panjang membuatkan Doktor kalut. Hana tinggal nyawa-nyawa ikan. Susah nak membuatkan Hana sedar semula.
"Abang.. kenapa kita buat anak kita macam tu? Adakah sebab dia dulu penyebab kita jadi macam ni sekarang?"
Tanya Adhia kepada suaminya teresak-esak. Hatinya berasa sangat serba salah. Raven hanya membisu. Memori bersama anak perempuannya dulu ligat bermain-main di kepala.
Flashback
"Ayah! Mak! Tengok ni Hana lukis!"
Hana yang tika itu baru sahaja berusia lima tahun berlari mendapatkan mak dan ayahnya yang sedang duduk di atas sofa.
"Cantiknya anak mak dan ayah lukis."
Puji Adhia kepada anak perempuannya.
Hana tersenyum gembira. Tetapi senyuman tersebut tidak lekang seumur hidupnya tatkala dia berusia lapan tahun. Dengan tiba-tiba Adhia dan Raven berubah drastik. Mereka memukul dan mengabaikan Hana. Hana selalu menangis dan menangis. Dia rindu sangat dengan ayah dan maknya yang dulu.
"Ayah.. mak.. kenapa benci Hana? Dulu mak dan ayah sayangkan Hana?"
Soal Hana terketar-ketar.
"Kau tahu kenapa kita duduk rumah kayu buruk ni? Hah?!"
Hana menggelengkan kepalanya. Dia juga terkejut kerana berpindah ke rumah ini. Sebelum ini dia tinggal di rumah bungalow besar dan mewah.
"Sebab kau! Kau penyebabnya! Sejak kau lahir perlahan-lahan syarikat aku merosot! Semasa kelahiran Haidan dan Emir aku bahagia. Syarikat aku maju!"
Hana terkesima. Dia menangis.
"Hana minta maaf. Janganlah ayah dan mak bencikan Hana sebab Hana jatuhkan syarikat ayah..."
"Pergi masuk bilik kau! Meluat aku tengok. Kau bernasib baik sebab aku jaga kau lagi!"
Tempik Raven. Adhia disebelah hanya menjeling-jeling sahaja.
End Of Flashback.
"Encik Raven."
Panggil Doktor.
"Maafkan saya. Keadaan Cik Hana Dahlia masih sama. Dia kritikal lagi. Tiada apa-apa perubahan. Saya harap Encik dan Puan bersabar."
Raven meraup wajahnya kasar.
"Encik, Puan saya sarankan balik ke rumah kerana waktu sekarang semua dikuaritinkan atas faktor kesihatan dan juga kejadian di Taman Putera Tiga beberapa hari yang lalu."
Adhia mengeluh.
"Saya tak nak balik doktor. Saya berdosa dengan anak saya. Biarlah saya nak jaga dia."
Kata Raven.
"Doktor boleh saya tengok dia?"
"Baiklah cuma jangan buat dia terkejut ataupun benda yang boleh mendatangkan buruk kepadanya."
Raven dan Adhia mengangguk lalu masuk ke dalam wad Hana.
Kelihatan muka Hana banyak kesan lebam, calar dan luka. Begitu juga dengan lengannya. Adhia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan katil Hana.Dia menggengam tangan Hana sambil tersedu-sedan. Raven disebelah memandang sayu anak perempuannya. Kepalanya asyik mengingatkan kenangan lama sahaja. Nak sahaja dia putarkan semula masa lama supaya dia sedar akan kelakuannya sebelum Hana kemalangan.
Share this novel