019 [Tak Dapat Diselamatkan]

Zombie Completed 14235

Sudah dua hari aku di negara Australia bersama Ace. Kami sedang bertungkus-lumus untuk berhubung dengan semua negara supaya mereka mengetahui tentang penawar dan dapat bekerjasama menyebarkannya. Antara negara yang sudah dapat kami hubungi adalah Malaysia, Indonesia, UK, US, Sweden dan beberapa negara lagi. Syukur. Semuanya senang untuk bekerjasama walaupun beberapa kali kami terpaksa menghubungi kerana line di negara Australia tidak terlalu kuat. Kedengaran bunyi helikopter-helikopter askar sudah berterbangan di udara menandakan mereka sudah sampai di negara kami selepas dua jam kami menghubungi mereka. George memberi pendapat untuk menggunakan cara yang canggih dan senang untuk mengembalikan mereka semua kepada normal adalah dengan menggunakan pistol. Pistol tersebut bukan sembarang pistol. Bukan pakai peluru tetapi memasukkan jarum suntikan itu ke dalam pistol tersebut dan terus tembakan mengenai tepat pada leher atau lengan mereka. Itu memudahkan dan mempercepatkan pekerjaan mereka. George menyuruh aku untuk pulang ke negara asal kerana sudah tiba masanya untuk aku tinggal di negara aku. Aku memeluk George dan Gordan. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana telah bersusah payah membantu aku memulihkan dunia ni semula. Ace menarik aku masuk ke dalam dakapannya sambil berbisik pada telingaku.

"Sayang, is this the right time to enjoy? Abang nak kita buat kenduri kahwin lepas semuanya dah selesai? Boleh tak?" Aku angguk sambil tersenyum manis kemudian Ace mengucup bibirku lembut. Aku tergamam. Ni first kiss aku ke? Ups. Aku bersorak di dalam hati kerana aku perolehi kebahagiaan aku kembali cuma sekarang ni aku kena berhadapan dengan mak dan ayah.

Barulah aku faham tentang mimpi aku itu. Rupanya itu adalah roh ayah sendiri meminta tolong padaku. I know this is sound weird and little crazy but.. inilah jawapannya. Kata Oleg cecair tersebut mengongkong diri mereka yang sebenar dan cecair tersebut yang mengawal mereka memandangkan cecair tersebut sangat kuat impaknya dan memberi kesan lain. Tu sebablah mereka tak sedar apa yang mereka lakukan. Tak apalah abaikan semua tu sebab tak lama lagi it will be freedom!

Aku dan Ace masuk ke dalam perut kapal terbang bersama Zaza, Bratt dan Chaz. Zaza bersorak kegembiraan apabila aku beritahu bahawa kakaknya, Sha dan keluarganya akan menunggu kepulangan dia. Tiada lagi unsur kesedihan dan kegelapan dalam hidupku walaupun selepas ini aku tahu apa yang bakal jadi dalam hidupku. Aku masih tak tahu mak dan ayah mahu menerima aku ataupun tidak? Aku akan keluar dari rumah itu dan mengikuti Ace untuk mencari rumah baharu kami. Kalau mak ayah menerima aku, aku akan ajak mereka duduk serumah denganku. Itulah niat ku.

"Ha..Hana.." panggil ayah tergagap-gagap apabila dia ternampak aku berdiri di hadapannya. Aku hanya mengukirkan senyuman.

"Ya ayah. Ni Hana." Kataku sambil memeluk ayah erat, mak turut memelukku.

"Terima kasih. Terima kasih Hana. Ayah tak tahu macam mana nak balas jasa Hana. Ayah banyak sakitkan hati Hana." Aku menggelengkan kepalaku. "Tak apa ayah. Pekara sudah berlalu. Tak boleh nak diubah. Kita sekarang patut bukak buku kehidupan baru kita. Boleh ayah? Mak?" Sekali lagi kami berpelukkan sambil menitiskan air matanya. Ya. Inilah kebahagiaan yang kucari-cari selama ni.

"Ayah, mak perkenalkan suami Hana. Ace Adalson." Ace bersalam dengan mak dan ayah.

"Bila masa kamu berkahwin, nak? Bukan kamu tika itu koma?" Tanya mak. Aku tergelak kecil.

"Memang Hana koma, mak. Bila Hana sedar tulah Hana kahwin. Mak ni. Dia yang selamatkan Hana time Hana sedar dekat hospital. Lepastu kami berkahwin beberapa hari yang lepas. Baru je." Mak tersenyum.

"Muda kamu kahwin, nak." Aku memandang Ace yang sudah tersenyum gatal. "Dah dia dah miang sangat mak nak kahwin dengan kita. Asyik mendesak kita tanya pasal soalan kahwin aje. Tu terpaksa tu." Aku lihat Ace mencebik. Kami semua ketawa.

"Sayang kahwin dengan abang sebab terpaksa ke?" Tanya Ace dengan nada merajuk. Aku memegang bahu dia kemudian berbisik.

"Taklah. I love you." Ace tersengih lebar apabila aku mengungkap kata penyejuk hati itu. Kihkih.

Sekarang aku miliki kebahagiaan aku. Opss belum habis, jangan tutup dulu...

Tiga tahun kemudian,

Aku keluar ke laman rumahku sambil menghirup udara segar di waktu pagi yang cerah lagi nyaman ini. Sekarang baru pukul 7 pagi. Aku tersenyum apabila seseorang memeluk aku daripada belakang sambil memegang perutku yang sedang membesar.

"Sayang buat apa kat luar ni?" Tanya Ace. "Tengah goreng mi ni haaaa..." perli aku. Ace mencubit hidungku kuat. Terasa penyek hidungku dibuatnya.

"Pandai berloyar buruk dengan abang sekarang ni ya. Nanti baby twins kita ikut perangai mummy dia ni. Mengada." Aku tergelak kecil.

"Alah abang tu sekarang cepat sensitif sejak bila? Sejak Hana mengandungkan? Mengada." Aku menjerit kecil apabila Ace mengangkat tubuh aku ala-ala bride style. Aku menampar-nampar dadanya manja.

"Wruaghhh wruaghhh..." aku dan Ace segera memandang ke arah dua orang lelaki yang sedang berpura-pura menjadi zombi. Siapa kalau tak bukan abang-abang aku Haidan dan Emir. Sengaja menyakat aku.

"Seronok sangat nampak jadi zombi?" Perli aku. Haidan dan Emir tersengih. Jenna yang sedang mendukung bayinya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat perangai childish suaminya itu, Haidan. Yes! Exactly. Jenna berkahwin dengan abang aku. Haidan. Entah macam mana si Jenna ni boleh sangkut dengan abangku pun tak tahu. Yang bestnya apa tau. Kahwin baru je tahun ni. Lepas beberapa hari kahwin terus Jenna dikhabarkan hamil. Bukan main mereka ni. Aku yang dah nak masuk tiga tahun berkahwin baru mengandung. Twins lagi.

"Hai Jayden. Handsome boy." Aku mencuit-cuit pipi tembam anak Jenna dan Haidan yang bernama Jayden Oliver.

Malam itu aku dan Ace pergi ke rumah baru mak dan ayah, katanya ada jamuan makan kecil-kecilan. Sha datang bersama dengan suaminya, Chaz. Ya. Sejak dunia ini semakin pulih, beberapa kali Sha memuji tentang Chaz kepadaku. Katanya handsomelah. Smart. Pandai melawak. Macam macam lah. Aku suruh dia luahkan perasaan malu. Last-last Chaz yang lamar dia. Mungkin Chaz perasan tentang Sha yang asyik mengushar dia aje.

"Mak ayah.. Hana datang ni." Aku memeluk mak dan ayah. "Perut kamu dah semakin boyot dah mak tengok ni. Tak sabar nak tengok cucu-cucu mak. Lama rasanya tak gendong baby." Aku tersenyum simpul. Kemudian aku dan Ace berpegangan tangan sambil melabuhkan punggung di atas kerusi taman.

"Sayang, abang harap perkahwinan kita akan berkekalan." Kata Ace sambil memandang bintang-bintang yang sedang berkelipan di langit. Aku tersenyum lalu mengiyakan. Perutku tiba-tiba rasa memulas-mulas. Aku menggengam tangan Ace kuat sehingga Ace berdecit perlahan. Dia menyelak kain labuhku perlahan. Darah. Tak mungkin aku mahu bersalin sekarang, kandunganku baru sahaja 8 bulan 3 minggu.

"Aduhh duhh... sakitnyaaaaa..." aku menjerit kecil. Semua menerpa ke arah aku. Ace mencempung badanku dan kami terus ke hospital dipandu oleh Emir.

Aku dimasukkan ke dalam wad bersalin, kata doktor bayi aku hampir lemas. Terpaksa melakukan pembedahan. Aku mula resah gelisah memikirkan anak kembarku. Semoga mereka tidak apa-apa. Ace setia menemani aku sambil menggengam tanganku kuat. Dia seolah-olah memberikan aku semangat supaya kuat.

Beberapa jam kemudian, kedua-dua bayiku selamat dilahirkan. Kembar lelaki yang seberat 2.67 kg dan 2.43 kg. Ace memberikan nama pada mereka, Alaxander dan Haddy.

"Hana, bukalah matamu, sayang. Jangan tinggalkan abang macam ni. Please." Terkebil-kebil aku mencelikkan mataku perlahan. Apa yang telah terjadi? Adakah semua itu hanyalah mimpi? Kenapa dia di hospital?

"A..Ace. Saya kat mana? Kenapa ni? Saya baru sedar dari koma ke?" Tanya aku bertalu-talu. Ace terus memeluk aku erat.

"Ya sayang. Sayang baru sedar. Sudah dua bulan sayang tak sedarkan diri. Kasihan baby twins kita tunggu sayang. Twins nak mummy dia." Aku memandang kedua-dua bayi kembarku yang berada di atas tilam katilku. Aku terus mendakap mereka.

"Maknanya Hana tak mimpilah kan? Kenapa Hana koma?" Tanya aku. Ace mengeluh.

"Doktor cakap keadaan saya sangat lemah. Antibodi sayang tak kuat memandangkan sayang pernah eksiden teruk dulu kan?" Aku mengangguk perlahan.

"Sayang... ada berita buruk. Sepanjang sayang koma, macam-macam benda pelik terjadi dekat dunia ini setelah penawar tersebut kita sebarkan. Abang harap sayang tabah. Mak dan ayah meninggal dunia bulan lepas. Sha nazak. Dia dikurung di dalam bilik kaca. Ramai orang meninggal dunia dan doktor pakar dari Sweden mengatakan penawar yang ayah buat itu tidak kekal selamanya. Kemungkinan besar menghasilkan risiko lain. Kesan itu membawa maut. Ayah meninggal dunia ketika ayah sedang tidur, habis badannya berkurap-kurap. Nak dikatakan badannya sama seperti zombi dulu. Mak pun sama. Sha pun sekarang semakin lama semakin liar. Dia seperti orang gila. Chaz digigit dan disembelih olehnya sendiri dan kemudian daging itu dimakan." Aku terkaku mendengar berita yang disampaikan oleh Ace. Aku mendakap Ace erat. Aku takut. Takut menjelma aku semula. Aku kehilangan kawan dan keluarga aku semula. Hanya tiga tahun sahaja bertahan?

"Abang.. sesekarang mamacam mamana?" Tanya aku tergagap-gagap. Aku seperti tidak percaya dengan semua yang berlaku ini. Ace membalas pelukkanku erat.

"Negara kita bakal dihancurkan sayang. Negara kita tak boleh nak aman disebabkan cecair dulu tu. Ia tetap merebak walaupun mempunyai penawar. Sekarang yang terselamat hanya kita, baby twins, Jenna, Haidan, Emir dan Zaza. Kita sekarang dekat Scotland. Negara yang terlindung." Aku menangis sepuas-puasnya.

"Sayang masa tu memang tak sedarkan diri. Mungkin tika itu sayang tak mahu lihat apa yang terjadi. Abang sendiri lihat abang rasa abang dah tak hidup. Semuanya berubah sekelip mata. Baby twins sering meragam dan menangis. Apabila abang letakkan mereka di tepi sayang, mereka diam dan tidur dengan nyenyak." Aku mengangguk kecil.

Tiba-tiba Jenna masuk sambil mengendong Jayden. "Korang cuba bukak tv. Ada berita pasal negara kita tu, mereka hantar helikopter kawalan jauh dengan diletakkan kamera khas untuk lihat keadaan sekeliling." Pantas tangan Ace menekan punat hijau pada alat kawalan jauh televisyen yang ada di dalam wad aku.

Aku seperti tidak percaya melihat mayat-mayat manusia terbaring kaku dan mereka bertukar semula. Menjadi zombi cuma sudah tidak bernyawa. Ya. Penawar itu hanya memberikan kesan jangka pendek sahaja. Tiga tahun. Penawar tersebut hanya beri aku peluang tiga tahun untuk merasai kebahagiaan bersama mak dan ayah.

"Abang.. Hana takut." Ace mendakap aku. Alaxander dan Haddy hanya duduk diam di dalam pangkuanku.

"Abang sentiasa ada untuk Hana dan twins." Ace mengucup dahiku.

'Dimaklumkan bahawa negara ini telah mengalami kemunduran dan kemerosotan kesihatan yang amat kritikal. Semuanya bertukar. Hanya beberapa orang sahaja sempat diselamatkan dan dihantar ke negara Scotland. Semua negara bersatu untuk memusnahkan negara ini atas faktor sedemikian. Ia pekara yang agak rumit. Setelah negara itu dihilangkan, maka semua negara akan memperketatkan lagi undang-undang dan akan mengadakan program yang lebih baik tentang kesihatan. Aspek kesihatan akan diambil kira dalam pekara paling utama di setiap negara. Itu sahaja berita untuk hari ini. Sekian."

Aku menitiskan air mata perlahan. Selamat tinggal mak. Ayah. Sha. Kawan-kawanku semua. Selamat tinggal tempat kelahiranku. Maafkan aku kerana tidak dapat meneruskan menyelamat negaraku sendiri.

Ace menyuruh aku berehat kerana pada hari esok, kami akan pergi ke pejabat pendaftaran. Kami akan menjadi rakyat Scotland buat selamanya. Tiada lagi negaraku. Ace dan aku berjanji akan melindungi anak kami walaupun dengan apa cari sekalipun dan kami takkan biarkan pekara tragis ini berlaku lagi.

No more chaos.

Pin pin...

Assalamualaikum semua readers NurShaza tersayang, terima kasih kerana membaca kesemua karya saya. Saya hargai sangat. Walaupun cerita itu kadang merepek kadang membosankan dan ada yang lari dari tajuk. Maaf ya. Kadang-kala imiginasi ni kuat kadang lemah. Hahaha... minta maaf banyak-banyak. Dapat idea nak buat cerita zombi merepek ni masa tengok movie orang putih zombi yang bodoh-bodoh punya tu. Hehehehe... harap terhibur! Kalau ada kesilapan mohon maaf. Dah banyak kali check pun still ada yang tak nampak kesalahan tu. Nak beritahu sikit ni, nanti saya dah masuk kolej, karya saya jarang dihantar harap janganlah readers bersedih. Saya akan bersemangat jika readers always tunggu karya baru dan lama saya. Hehehe.. okey bye! Assalamualaikum...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience