012 [Negara Malaysia]

Zombie Completed 14235

Setelah berjam-jam mencari kapal terbang yang tidak rosak dan masih penuh tangki minyaknya, akhirnya kami menyerah kalah kerana kepenatan untuk mencari lagi. Emir, Ace dan Haidan masih bertenaga lagi untuk mencarinya.

Beberapa kumpulan zombi sedang merayau-rayau di sekitar airport ini. Aku, Jenna, Chaz, Zaza dan Bratt sedang berehat di dalam sebuah bilik yang terlindung. Daripada cermin kaca bilik ni aku nampak kelibat Emir, Haidan dan Ace yang sedang mencari kapal terbang.

Aku lihat Emir bertepuk tangan dengan Haidan dan Ace. Happy semacam je. Dah jumpa ke? Dari jauh aku nampak Ace melambai tangan menyuruh kami ke sana.

"Dah jumpa ke?"

"Dah, Emir jumpa. Kapal terbang ni berfungsi. Ni kapal terbang kecil sahaja tapi muatlah untuk kita semua."

Aku menolong Zaza memanjat untuk masuk ke dalam perut kapal terbang. Aku mencampak beg galas ke atas kerusi kemudian aku masuk ke dalam perut kapal terbang dan duduk di sebelah Zaza dan Bratt.

Haidan dan Chaz duduk di bahagian memandu. Emir dan Jenna duduk di bahagian kedua. Perlahan-lahan bunyi enjin kapal terbang berfungsi dan kedengaran juga bunyi mengerang zombi yang mahu datang ke arah kami.

"Langgar je.."

Terpercik darah pada cermin tingkap kapal terbang pada sebelah kiri. Zombi memang tak akan serik menyerang kami. Tak penat penat... haishh...

Chaz mencari-cari sesuatu di dalam dashboard. Mungkin peta.

"Kita nak pergi ke Scotland ataupun Sweden?"

Tanya Haidan. Jenna memandang aku, aku hanya menjungkitkan bahu.

"Scotland."

Haidan mengangguk. Pertama kali aku melihat abang aku memandu kapal terbang. Eh kejap, abang? Errr... okey. Maksud aku, Haidan. Ya. Haidan. AHH..

Aku membelek-belek alatan memanah yang ada di dalam beg tersebut. Hanya tinggal 60 batang anak panah sahaja daripada seratus. 40 anak panah sudah terbang dengan semangatnya menembusi jantung zombi.

"Hana.. kau rasa negara Scotland terselamat ke?"

"Aku rasa..."

Aku memeluk tubuhku. Pandangan kulemparkan ke tingkap. Selamat tinggal tempat kelahiranku. Takkan kujejak lagi ke sini. Sekiranya keadaan masih lagi sama. Aku harap semua ini ada perubahan. Perubahan baik walaupun ia tidak dapat mengembalikan semula nyawa Sha, mak dan ayah. Tolonglah pulih cepat. Tak sanggup nak hadapi semua ini lagi.

Sudah beberapa jam perjalanan kami ke Scotland. Kedengaran Haidan mengeluh. Katanya tangki minyak sudah kehabisan dan terpaksa mendarat di negara Malaysia. Itulah kali pertama kami menjejak kaki ke negara Asia ini. Keadaannya seperti baik sahaja tidak dijangkiti penyakit aneh seperti di negaraku. Mungkin negara kami dan negara Malaysia agak jauh. Berejam-jam mahu ke sini.

"Kita minta bantuan mereka. Batalkan niat kita untuk ke Scotland. Itu kita fikirkan lain kali memandangkan aku tengok negara ni macam aman."

Kami berjalan kaki sehingga ternampak stesen ktm di situ. Nasib baik disitu ada tempat pertukaran wang asing. Mujurlah kami semua ni masih berduit. Kalau tidak, hmm tah hapelah jadinya.

"Ya dik. Nak ke mana?"

Tanya si abang kaunter tu kepadaku. Aku mengukirkan senyuman. Nasib baik mereka menggunakan bahasa sama seperti bahasa kami kalau idok jenuhlah nak ber-speaking bagai. Yelah aku lupa. Sejarah selalu fail. Negara kelahiran aku dan negara Malaysia walaupun jauh tetapi kami menggunakan bahasa yang sama cuma adat lain sikit.

"Maaf ya cik abang. Saya orang baru di sini. Kami baru sahaja sampai. Tak tahu nak kemana janji tempat selamat. Um.. tumpang tanyalah. Kat sini tak huru-hara ke macam dekat negara yang..."

Tanpa menghabis tuturanku abang itu segera memotong percakapanku.

"Negara tu ke? Saya selalu dengar berita pasal negara tu semakin musnah dan pupus. Rakyatnya semua bertukar menjadi orang aneh. Semua negara dah berkeras tak nak bantu negara tu sebab takut merebak. Kalau sesiapa dapat boloskan diri masuk mana-mana negara. Ada satu kumpulan askar akan tahan orang tu."

Aku menelan air liurku lalu memandang kawan-kawanku yang sedang menunggu di tempat menunggu.

"Terima kasih. Kejap ya saya nak tanya kawan saya semula. Lupa pulak."

Terpaksa bagi alasan bodoh. Aku memberitahu apa yang abang tadi ceritakan. Mereka terkejut.

"Sekarang kita kena sorokkan identiti kita."

Bisik Jenna. Kami mengangguk. Kemudian, kami membeli tiket ke KL Sentral. Main bedal jelah. Katanya tempat tu ada shopping mall dan restoran. Pun bolehlah. Nasib baiklah tukar duit ke sini jadi banyak duitnya. Aman...

Terasa tenang apabila memandang suasana indah nan permai dari tingkap keretapi ni. Laju. Bangunan sedang membangun. Rumah-rumah dalam proses pembinaan. Negara Malaysia lebih maju dan makmur berbanding negara kelahiranku yang seperti kekampungan. Penuh dengan ladang jagung, gandum dan macam-macam lagi.

Tak sampai 45 minit, kami sampai di KL Sentral. Wah! Ni memang shopping sakan nih! Habislah duit. Nasib baik poket tebal lagi nih.

"Nak pergi mana?"

"Zaza nak tu..."

Zaza menunjuk ke satu restoran yang mempunyai maskot badut. Tertulis di situ restoran makan McDonalds. Wow. Nama bukan main. Lagu McDonald Had A Farm tahulah. Tak sangka ada nama restoran cam nih. Tergelak aku.

Masuk sahaja ke dalam restoran itu, penghawa dingin mula menyejukkan suhu badanku. Terasa lega menikmati kenikmatan ini. Bersyukur sangat.

Makan punya makan. Dekat dua jam lepak situ. Penat punya pasal. Nasib baiklah darah-darah yang terpercik pada muka sudah kami lap terlebih awal sebelum menjejak kaki ke Malaysia ni kalau tidak memang nahas. Orang lain ni pun pandang kami macam biasa je.

"Jomlah beli baju lawa sikit then kita check-in hotel."

Idea bernas dari mulut Jenna. Aku orang pertama keluar dari restoran tu dan terus menuju ke butik branded. Kami masuk ke kedai baju brand H&M. Macam-macam baju kami try. Terasa mimpi je semua ni. Andaikan lah hidup kami memang begini sejak dulu. Memang tip to the top.

"Comellah baju Zaza gambar Minnie Mouse."

Puji Emir. Zaza tersenyum gembira. Lepas beli aje terus kami tukar di toilet. Dari atas sampai bawah. Aku mengenakan blaus berwarna biru cair. Seluar slack paras lutut warna putih dan kasut wedges warna coklat putih. Settle memang citarasa aku.

Aku lihat Ace kelihatan sangat kacak dan bergaya apabila dia mengenakan jaket hitam dan singlet serta seluar jeans koyak pada lutut berwarna biru gelap. Kasut sport berwarna hitam dan putih brand Adidas. Cool...

"Shopping dah settle. Jom ah check-in. Lenguh doe badan."

kami mengikut sahaja apa yang terkeluar daripada mulut Jenna. Seperti dia sahaja yang ketua.

Kami check-in hotel satu bilik besar cukup untuk kami berlapan. Malas nak bilik asing-asing susah sekiranya kalau ada emergency berlaku. Negara ni belum tentu aman 100%. Mungkin 80-100.

Aku melabuhkan punggung sebaik sahaja sampai di dalam bilik. Dicapainya remote tv lalu membukanya. Tepat-tepat ada pembaca berita nak sampaikan berita malam ni. Apalah yang berita tuk malam ni?

'Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Saya Hana Kaysara ingin menyampai berita jam 8 untuk hari ni. Didapati bahawa ada satu kapal terbang asing mendarat di negara kita. Dikenalpasti kodnya adalah dari negara ...... Negara itu adalah negara yang dijangkiti oleh satu penyakit aneh yang membawa maut pada seseorang. Negara mereka juga semakin mengundur sejak President mereka melarikan diri bersama beberapa orang kuatnya di sebuah Pulau. Jejak mereka masih belum dikesan. Berbalik kepada kapal terbang tadi. Masih belum tahu siapakah yang sudah mendarat ke negara kita. Adakah mereka menyebarkan penyakit di negara kita? Kami harap tidak. Akan kami maklumkan berita ini pada hari esoknya. Sekian.'

Eh eh, sibuk je nama pembaca berita ni. Nak jugak nama Hana. Hergh! Kalau cantik takpe jugak, jongang semacam je. Jahatnya mulut aku mengutuk orang. Kihkih.

"Haa.. timbul lagi masalah. Aku ingat kita mendarat kat celah hutan tu dorang buta tak nampak. Tapi laser juga mata dorang ni."

Keluh Haidan. Aku tergelak kecil. Laser kau..

"Nasib baik kita ni sama macam dorang dari segi bahasa dan gaya. Jadi kita kena biasakan diri dekat sini. Takut-takut juga kalau kumpulan askar tu tangkap kita. Naya kita lagi kena dera fizikal dan mental. Erghh.. tak sanggup aku. No no.."

Kataku dengan panjang lebar. Mereka mengangguk setuju.

Kami merebahkan diri di atas katil yang empuk bagaikan baring di atas lautan. Nyaman. Bergelora tenang. Indahnya...

Aku harap hari-hari esokku akan lebih baik dari ini. Indah selamanya. Forever! No more problem or zombies jumping in my mind.. Hah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience