006 [Semakin Banyak]

Zombie Completed 14235

Aku orang pertama bangun daripada tidur dengan bangganya. Kemudian aku mencapai sebotol air mineral dan sebungkus biskut. Kelaparan nih. Aku mengejut Zaza supaya bersarapan. Kang masuk angin pulak perut kan. Siapa yang susah? aku jugaaa...

Kemudian aku bangun dari tempat dudukku dan berdiri di tepi rak ubat-ubatan sambil termenung panjang. Aku rindu kat mak dan ayah. Aku tak sempat nak berbaik bersama mereka sebelum kehidupan mereka berakhir. Sedih sangat. Selama tiga minggu aku koma berubah secara drastik negara ni. Tak sangka aku. Hanya tiga minggu aku pergi ke alam lain dan kemudian berbalik semula ke realiti. Ini yang aku dapat. Chaos! Huru-hara. Siapa punca semua zombi-zombi ni? Ni mesti kerja para saintis yang tak ambil endah tentang keselamatan. Ataupun memang disengajakan pekara ini mahu berlaku. Kena cari tahu juga.

"Miss Hana."

Panggil Chaz. Chaz adalah lelaki yang memandang aku lama ketika hari pertama aku berjumpa dengan dia.

Ish laki ni nasib baik aku tak melatah kalau tak jatuh cun aku. Huuuh.. nasib baik sempat cover daripada tak melatah kalau tak malu! Mana nak letak muka ni. Haritu dahlah ter-melatah depan si Jenna.

"Hai."

Kata aku. Chaz tersenyum.

Senyuman dia.. perghh... melt aku dibuatnya. Handsome sangat.

"Kenapa sorang-sorang kat sini? Bawa gun tak?"

Tanya dia prihatin. How sweet...

"Saya bawa jangan risau. Bosanlah. Duduk terperap dalam supermarket ni. Lepastu perut saya lapar walaupun dah makan roti."

Chaz ketawa.

"Awak kuat makan ya?"

Aku tersengih.

"Marilah kita round satu supermarket ni."

"Yes. I really want it. Tapi saya takut juga kalau sorang, awak nak teman tu saya setuju sangat."

Chaz tersenyum lalu dia mengambil gun dia dan kami berjalan bersama menggelilingi supermarket tu.

Tangan aku laju je mencapai makanan dan minuman yang lain daripada lain. Maksud aku yang lain daripada roti dan biskut. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang mengerang. Takkan Chaz sengaja nak takut-takutkan aku kot. Mana Chaz? Aku menoleh ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Chaz hilang. Tadi ada je kat belakang aku. Ahhhh sudahh...

Aku mengambil bakul lalu meletakkan barang-barang yang aku ambil tadi ke dalamnya. Semakin dekat aku mendengar bunyi orang mengerang. Takkan ada zombi kat dalam supermarket ni. Supermarket ni dah lah besar sangat.

Ada satu tapak tangan menarik bahu aku dengan kasar dan aku terjatuh di atas lantai. Zombi itu menghempap tubuhnya ke atas aku. Ah aku lemas! Mana Chaz? Shotgun aku tercampak dekat sana. Kurang asam betul. Macam mana ni. Dia nak hampir gigit tangan aku. No no no...

Bang!

Syukur ada orang menembak kepala zombi ni sampai berkecai sekali lagi muka aku kena darah si zombi ni. Cantik sangat. Chaz membantu aku berdiri semula. Kelihatan pakaian dia juga dibasahi darah.

"Mana awak menghilang?"

"Saya dekat bahagian sana. Lepastu ada zombi attack saya. Dua orang pulak tu. Gun saya pulak tercampak dan saya terpaksa guna cara lain."

Aku mengeluh.

"Awak... kita kena cepat, saya perasan pada tingkap sana tadi dekat luar dah banyak sangat zombi. Kita dikerumuni. Mari!"

Chaz menarik lenganku dan kami berlari mendapatkan mereka. Tercungap-cungap nafas aku berlari. Oh semestinya aku bukanlah perlari handal seperti Usain Bolt. Lari anak ayam bolehlah tu pun kalau cepat.

"Korang, kita kena keluar dari sini."

Semua tercengang apabila aku mengarah mereka secara mengejut.

"Kita dikerumuni zombi dan ada beberapa orang sudah berjaya masuk ke dalam supermarket ni."

Semua kelam kabut mengemas barang mereka dan kemudian kami pergi ke pintu utama shopping mall. Banyak betul zombi sudah mengerumuni pintu utama ini. Lebih daripada 200 orang. Memang giler. Begitu juga pintu belakang. Ada banyak zombi. Dan ada zombi sudah berjaya masuk mengikut tingkap yang sudah pecah. Ada yang berjalan tanpa kepala, tanpa tangan dan kaki. Ergh! Tak sanggup aku nak tengok.

"We trapped!"

Tempik Ace sambil menumbuk dinding disebelahnya. Aku menjeling. Dengan menumbuk dinding takkan menyelesaikan masalah kecuali dia tumbuk dinding tu sampai pecah dan bolehlah kami keluar.

"Kita kena naik tingkat atas. Mungkin ada pintu keluar."

Ajak Chaz. Aku terus mendukung Zaza dan memimpin tangan Larrisa. Kesian dia. Dahlah sarat mengandung. Kena berlari dan menempuhi semua benda mengarut ni. Ish...

Akhirnya kami sampai di bawah tempat parking kereta. Ni lagilah gelap dan sunyi. Zaza membenamkan kepalanya ke bahu aku. Takut. Manakala Larrisa memeluk lengan aku. Memang gelap. Samar-samar je cahaya lampu. Apa yang nak nampak? Malap.

"Ahhh! Bodoh! Kat bawah ni lagi banyak!"

Gumam Jenna.

Terkejut aku apabila zombi dalam 300 ke 400 orang sedang berjalan ke arah kami. Memang giler! Aku dah putus asa dah nak hidup. Bayangkan 300-400 zombi nak serang kami. Memang game over lah jawapannya. Jenna dan Ace sudah melepaskan beberapa tembakan. Tiba-tiba aku ternampak ada satu cahaya di sebelah sana. Agak jauh juga. Kena berlari. Tu macam ada jalan keluar.

"Korang ikut aku! Cepat!"

Ajak aku lalu mereka berlari mengekori aku sehingga ke cahaya tersebut. Rupanya jalan keluar itu parking tanpa bumbung dan ada banyak kereta-kereta mewah berselerak di situ. Jenna terus mencari kereta yang mempunyai tangki minyak yang penuh. Sementara Jenna mencari kereta, aku lihat dari atas. Semakin lama semakin banyak zombi ni muncul. Dah lebih 600 orang. Dan kemungkinan lebih dari itu.

"Hana! Naik cepat."

Jeritan Chaz mengejutkan aku. Aku terus melompat masuk ke dalam kereta Hilux. Kelihatan Chaz yang memandu kereta Hilux ini. Aku memeluk Larrisa dan Zaza sekaligus. Air mata aku mengalir deras kerana aku takut melihat semua itu tadi. Terhinjut-hinjut bahuku menangis.

"Hana..."

Ace menyentuh dagu aku dan menarik supaya memandangnya.

"Kenapa menangis?"

Aku masih lagi sendu.

"Saya takut lihat semua ni. Saya rasa saya seperti dalam keadaan koma dan semua ini adalah mimpi."

Ace memandang sayu ke arah aku.

"I hope so."

Katanya. Aku hanya mendiamkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience