Cuaca hari ini hujan lebat. Kereta pun sudah kehabisan minyak. Lima jam perjalanan kami. Entah kemana hala tuju kami pun tak tahu. Jenna ada mencadang untuk ke airport dan naik kapal terbang untuk ke negara lain. Masalahnya, airport jauh dari sini. Kena ambil masa yang agak lama juga. Kena ada minyak yang secukupnya. So cadangan tu difikiran kemudian. kami berteduh disebuah rumah. Tak tahulah rumah siapa, tumpanglah sekejap. Rumah tu tersusun rapi. Tidak berselerak. Peti sejuk pun ada sedikit makanan frozen.
Chaz dan Ace menyendal pintu tersebut menggunakan kabinet televisyen dan sofa. Aku merenung ke arah bingkai gambar yang tersusun cantik di atas meja lampu ruang tamu. Dalam gambar tersebut terdapat sepasangan suami isteri dan tiga orang anak perempuan yang cantik seperti si isteri. Aku lihat si suami memakai baju seperti askar manakala si isteri memakai baju seperti ahli saintis. Sedih aku melihat gambar tersebut. Mesti mereka berlima dah bertukar menjadi zombi.
Semua sedang beristirehat di ruang tamu manakala aku dan Larrisa menggoreng french fries dan nugget yang sudah tersedia ada di dalam peti sejuk. Nasib baik gas dapur ni masih boleh digunakan lagi. Bau gorengan french fries dan nugget sangat menyelerakan. Tiba-tiba Ace merangkul pinggangku daripada belakang dan secara automatik aku menolak badannya.
"Please behave yourself, Ace!"
Tempik aku. Ace mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah. Haa.. tahu takut dengan Cik Hana Dahlia Raven. Jangan main-main. Aku tak suka time aku tengah syok memasak ke buat kerja orang kacau. Memang terangkat orang tu aku kerjakan.
"Ace sayangkan Hana. Janganlah buat Ace terseksa macam ni..."
Gumam Ace. Aku menjeling.
"Awak ni memang psiko ke?"
Soalan aku membuatkan semua orang terkejut. Siapa yang tak takut dengar perkataan psiko. Psiko yang suka bunuh orang tanpa perasaan.
"Itu dulu..."
Jawab dia.
"Sekarang saya dah berubah sebab awak, Hana. Saya sukakan awak."
Aku hanya tersenyum sinis. Bagus juga dah berubah, lepas nih tak adalah aku gelar dia psiko lagi.
"Kenapa berubah sebab Hana?"
Sengaja aku mengajukan soalan bodoh tu kat dia.
"Yeah, sebab Ace sayangkan Hana."
Aku mendiamkan diri lalu menutup api dapur dan meletakkan french fries dan nugget tersebut ke dalam pinggan. Kemudian aku letakkan di atas meja kopi. Yang paling laju makan Bratt iaitu suami Larrisa, Kelly dan Aliana. Aku hanya menyuap sebatang french fries ke dalam mulutku. Tadi selera lepastu tiba-tiba tak ada selera nak makan disebabkan Ace tadi.
Aku bangun lalu masuk ke dalam master bedroom. Cantik sangat bilik pasangan suami isteri tersebut. Warna biru cair dicat pada dinding dengan bercorakkan bunga halus berwarna putih. Amat menenangkan. Aku tak ada niat nak selongkar bilik mereka Cuma nak cari petunjuk untuk ke terminal yang dikatakan oleh pihak dari negara Sweden tersebut. Kemungkinan ada petunjuk. Yelah si suami mesti kerja jadi askar dan isterinya saintis.
Aku membuka setiap laci pada almari dan meja solek serta meja lampu. Tak ada sebarang petunjuk yang aku jumpai. Mengeluh aku mencarinya. Tiba-tiba aku tak sengaja tersadung pada beg galas bercorak askar di lantai. Beg yang tidak dizip itu terus bertaburan isinya apabila kakiku tersadung pada talinya. Aku lihat ada banyak kertas dan juga... apa ni?
Aku membelek-belek botol tersebut. Botol ni rasanya selalu digunakan untuk para saintis untuk mengkaji sesuatu. Aku cuba abaikan botol tersebut dan fokus kepada kertas-kertas yang bertaburan. Kertas demi kertas aku baca dan kertas terakhir adalah merupakan peta. Mungkin peta jalan keluar ataupun ke terminal.
Yes! Yes! Aku dah jumpa peta ke terminal. Tak sia-sia aku tersadung dekat tali beg ni. Aku menyusun semula kertas-kertas tersebut masuk ke dalam failnya dan membawanya ke ruang tamu.
"Guys, I'm found a map that we can go to the terminal."
Semua terbeliakkan mata. Jenna merampas fail yang berada dalam peganganku. Terkejut aku. Bukan nak minta elok-elok sikit. Perangai sopan betul.
"Ni aku jumpa dua botol dalam beg. Aku tak tahu apa benda ni."
Semua menjauhkan diri daripada aku kecuali Ace dan Jenna.
"Ini... ini eksperimen yang tak jadi tu."
Gumam Jenna.
"Hah? Eksperimen tak jadi?"
"Kau tak tahu, Hana?"
Tanya Jenna dengan penuh musykil.
"Ya aku tak tahu apa-apa."
"Dia koma semasa berita memberitahu tentang eksperimen tak jadi ni."
Kata Emir. Aku tercengang.
"Ada lagi berita yang mereka sampaikan sepanjang Hana tak ada?"
Haidan dan Emir mengangguk.
"Pembaca berita cakap kejadian itu berlaku atas kecuaian salah seorang ahli saintis yang samada sengaja atau tidak mencampurkan satu cecair yang agak berbahaya dan dikatakan masih belum matang. Dan eksperimen tersebut menjadi rosak."
Beritahu Haidan kepadaku. Aku terdiam.
"Siapa yang buat? Macam mana boleh tersebar? Kenapa tak hapuskan?"
Bertalu-talu soalan aku ajukan kepada mereka tetapi seorang pun tidak tahu jawapannya. Masing-masing mengunci mulut mereka daripada menjawab soalan aku. Aku mula bengang. Sebab kecuaian mereka aku kehilangan mak, ayah dan Sha serta ahli keluarga Sha. Kenapa mereka tak berhati-hati dengan cecair yang sudah rosak? Kenapa? Sengajakah mereka menyebarkan penyakit ini? Aku boleh naik gila kalau hidup dalam kehidupan macam ni. Gila!
Aku menghempaskan tubuhku di atas sofa berbentuk 'L' kemudian memeluk tubuh. Aku melemparkan pandanganku ke luar tingkap yang pintunya terkunci rapat. Aku memejamkan mataku semula dan mula berfikir. Aku mesti cari tahu mengenai hal ini. Aku takkan aman selagi tidak tahu semua punca ini dengan seratus-peratus. Sekarang baru hanya 50% pengetahuanku tentang kejadian aneh begini. Aku akan bunuh siapa punca utama penyebaran penyakit gila ni!
Share this novel