Bab 11

Fantasy Series 1875

"Larat tak nak bangun ni?" Taehyung mengangguk. Perlahan lahan tubuhnya cuba untuk bangun. Chae Won mengambil mangkuk bubur tadi.

Dia memegang sudu. Sesekali terpandang Taehyung. Jap, aku kena suap dia ke ni?

Taehyung memandang Chae Won. Lalu dia bukakan mulut.

Hah, budak ni nak suruh aku suapkan? Chae Won teragak agak. Tapi setelah mengingat kembali keadaan Taehyung, apa boleh buat. Nanti Taehyung suap sendiri, tumpah pulak bubur ni.

Perlahan lahan di menyuapkan bubur itu. Taehyung mengaduh perlahan kerana bubur yg masih panas itu terkena bibirnya. Chae Won cuba sebaik mungkin supaya Taehyung dapat makan dengan selesa.

"Sorry.. "

"Ani, gwinchana.. " Taehyung menggeleng perlahan. Apalah sangat setakat terkena bibir itu kan. Noona dah tolong suapkan pun dah kira bagus.

Disebalik pintu, Jin hanya mengintai mereka berdua. Dalam hati, marah dengan Taehyung. Hish, budak ni. Dengan aku tak nak makan. Lepas tu mengada ngada suruh noona tolong suapkan.

Jin mengeluh kecil. Kenapa dia rasa cemburu?

*****

"Lepas ni jangan lupa pula makan ubat. " dari pagi sampai nak dekat pukul 2, dia disitu untuk merawat Taehyung. Tengok dululah esok, kalau suhu masih tak turun, nanti aku ajak Choi Jo Shin bawa pergi klinik.

"Hai, noona. Dah nak balik?" Jimin bertanya apabila melihat Chae Won menuju ke pintu utama. Ha, dah habis dah ke merajuk?

"Ne.." dia menjawab pendek. Jimin menggigit bibir.

"Noona.. " langkah Chae Won sekali lagi terhenti. Dia memandang Jimin yg tak berganjak di situ. "Ya ada apa? "

"Cuma... mian." Jimin menundukkan wajah.

"Wae?" Chae Won kehairanan.

"Ani. Hari itu saya merajuk dengan noona.. " Chae Won tersenyum nipis. Ah, sebab tu ke?

"Gwinchana.. "

*****

"Ha, Taehyung demam?" jelas kedengaran suara Choi Jo Shin di panggilan terkejut. Chae Won mengeluh.

"Itulah.. dia kata dia ada call awak. Tapi awak tak angkat."

"Lah.. ye ke? Siang tadi saya ada nak buat benda penting. So, matikan handphone. Bila check banyak dapat miss call tapi bila call balik dia tak jawab. Saya ingatkan tak penting.. "

Benda apalah yg penting sangat tu. Nasib baiklah aku tak ada benda penting hari ni. Kalau tak tak tahulah apa jadi budak tu.

"Jadi macam mana Taehyung sekarang?" Choi Jo Shin bertanya. Takut juga jadi apa apa, dia pula yg dipersalahkan. Apa nak jawab dekat company nanti?

"Tadi dah suruh makan ubat. Ni sekarang ni nak tengok dulu suhu turun ke tak. Kalau tak turun juga esok, bawalah dia ke klinik." Chae Won berkata malas malas. Apalah guna rakan sekerja ye? Entah, tiba tiba tertanya tanya.

"Haa, eloklah tu. Esok pun saya datang tau."

"Yelah, yelah. " Chae Won mematikan panggilan. Dia meletakkan handphone pink itu di atas meja.

Tiba tiba dia terlihat kipas mini yg dibelinya beberapa hari lalu di suatu tempat.

Chae Wob kehairanan. Dia mengambil kipas. "Aik, kenapa kipas ni ada gambar Jungkook? Sejak bila pula.. " Chae Won terlopong. Dia baru tersedar sesuatu besar yg selama ini langsung tidak disedarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience