"Haaa, ap..apa yg saya baru dengar tadi?" untuk kesekian kalinya, Chae Won bertanya penuh tidak percaya.
Kedengaran keluhan dari panggilan telefon. Mungkin sudah penat mahu ulang berkali kali kepada orang ini.
"Park Chae Won-ssi, syarikat kami, telah berjaya, mendapatkan awak satu tawaran kerja. Ini masih dalam proses, jadi kami ingin bertanya adakah awak mahukan tawaran kerja ini? " dia menerangkan satu persatu.
Chae Won menutup mulutnya yg terlopong. Tak percaya? Ya, memang tak percaya. Macam satu keajaiban yg datang entah dari mana. Dirinya mula menunjukkan riaksi excited.
Haaa, tawaran kerja? Tak payah interview? Oh God! Terima kasih! Terima kasih banyak banyak! Thank you!
Chae Won tertunduk tunduk seorang diri di situ. Entah dia berterima kasih pada siapa, tiada siapa yg tahu.
"Park Chae Won-ssi? Hello.. bagaimana de.. "
"Ya, ya! Saya setuju 100%. Terima kasih!" Chae Won segera menjawab. Nanti tak dibalas kena reject macam tadi. Hish, nayalah. Kalau macam tu baik mati je.
"Ok, bagus. Esok boleh datang ke syarikat kami. Kita akan berunding sebentar dengan wakil mereka untuk memastikan sedikit maklumat dan awak akan terus diambil bekerja."
"Ne.. ne. Arasso. " Chae Won menamatkan panggilan. Dia memandang langit. Perasaan apakah ini? Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Dia tidak percaya apa yg baru dilaluinya tadi.
Chae Won tersenyum seorang diri. Senyuman bahagia. Hidup. Tak selamanya derita.
*****
-17 June
Chae Won menunggu di depan pejabat. Siapa yg ditunggu, dia pun tak pasti.
Tak lama selepas itu, keluar seorang lelaki bersut hitam mendekatinya. "Awak, Park Chae Won-ssi?"
"Ye saya." Chae Won mengangguk laju.
Lelaki itu tersenyum. "Mari ikut saya."
Mereka berjalan menuju ke tingkat paling atas bangunan. Rasa macam tempat yg eksklusif je.
Mereka sampai di tingkat 21, tingkat paling atas bangunan itu. Mereka disambut dengan seorang lagi lelaki yg sedang menunggu di ruang utama.
Waa, cantiknya. Tak pernah pernah aku nampak tempat semewah macam ni. Chae Won dibuat kagum sebentar dengan keunikkan rekaan seni yg penuh dengan ciri kemewahan yg ditampilkan di sini. Sungguh, memang cantik macam diperbuat dari kristal.
"Perkenalkan, ini Park Chae Won."
Chae Won mengalihkan perhatian kepada lelaki di depannya lalu menunduk 180 darjah.
"Annyeong Hasaeyo."
Lelaki di depan mereka terangguk angguk sambil melihat Chae Won. Lalu, dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Saya Choi Jo Shin. Manager Choi."
Chae Won menyambut tangannya.
"Baiklah, saya akan biarkan kalian berbincang di sini nanti. Kalau sudah selesai, tolong maklumkan di pejabat." Chae Won mengangguk. Lelaki bersut hitam itu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua yg masih kaku di situ.
"Silakan duduk." Choi Jo Shin menjemputnya.
"Ah.. ne." Chae Won mengambil tempat berhadapan dengan Choi Jo Shin.
Yes! Akhirnya, riwayat aku sebagai penganggur akan tamat. Ya, ini bukan lagi mimpi seperti semalam. Ini akan jadi realiti. Yeah!
Dalam hati, Chae Won diselubungi rasa gembira yg tak berkesudahan. Hari ini, nampak seperti sangat mudah dari semalam. Sungguh, dia tak tahu tahu berterima kasih untuk siapa atas semua ini. (terima kasih pada akulah yg buat cerita kau ni.)
*****
"Mereka pasti sukakan noona." Choi Jo Shin berkata sendiri. Chae Won hanya mendengarnya dengan penuh tanda tanya. Yelah, dari tadi aku tak tahu pun ni kerja apa.
"Maaf.. tapi boleh saya tahu saya akan kerja apa nanti?"
Choi Jo Shin mengangkat muka seraya tersenyum nipis. "Awak adalah seorang yg bertuah."
"Wae?" Chae Won makin tertanya tanya.
Ya, ahjussi! Jangan lambat lambatkanlah. Bagitahu sajalah! Aku pula yg makin tertanya tanya.
"You will be a manager for boygroup." Choi Jo Shin menjawab persoalan yg bermain main di minda Chae Won.
"Manager boygroup?" Haaa, pulak dah. Sejak bila aku minta kerja jadi manager pulak ni? Aku mana pandai nak uruskan orang. Diri sendiri pun entah terurus atau tidak.
"Yes."
"Boygroup mana pulak ni? " Chae Won tersenyum kelat. Adakah dia patut senyum. Atau tidak? Dia pun tak tahu.
"BTS."
"BTS? " Chae Won mengangkat kening. Nama itu macam biasa didengar. Tapi malangnya, dia betul betul tak ingat di mana dia dengar nama itu. Alahai, Chae Won. Kau ni pelupa sangat ke? Rasanya tak sampai 24 jam kau tahu apa itu BTS.
Chae Won malas mahu melayan fikiran otaknya yg dah mula merapu.Sekarang dia tak tahu nak buat apa. Terpaksa jadi manager bagi boygroup yg macam pernah dengar namanya. Entah boygroup mana tu, dia pun tak tahu. Itulah, lain kali jangan buat keputusan terburu buru.
Chae Won memandang kontrak yg diletakkan atas meja.
Hish, apa aku fikir ni? Nak tolak pula kerja ni? Jangan buat keje bodoh Chae Won, dah nampak peluang terbuka luas tu, kau tunggu apa lagi? Buat. Buat sekarang juga.
Chae Won menelan air liur. Antara ragu ragu dan keperluan yg perlu dipenuhi, dia menurunkan juga tandatangannya di kontrak itu membuat Choi Jo Shin tersenyum. Dia bertepuk tangan.
"Park Chae Won. Mulai hari ini kita adalah rakan sekerja. "
Share this novel