"Nah." Taehyung menghulurkan handphone pink itu kepada Chae Won.
Chae Won menepuk dahi. "Kenapa ambil warna pink? Ambillah yg satu lagi tu.. "
"Opss, je ke? Hehe.. " Taehyung ketawa hambar. Sekali silap. Dia menarik kembali tangannya.
"Eh, nak pergi mana pula tu?" Taehyung memandang kembali ke arah Chae Won. "Noona kata ambil yg satu lagikan. Jadi yg ni simpanlah."
Hish, dia ni. "Tak pe, tak pe. Bagi sini handphone tu."
Taehyung memberikan kembali handphone itu kepada Chae Won. Asalkan namanya smartphone, apa apa pun boleh. Untuk apa? Untuk hilangkan bosanlah.
*****
Taehyung memandang Chae Won yg sedang leka dengan handphonenya. Dia menyiku Jimin di sebelah.
Jimin hanya buat tak kesah. "Ya, Jimin-ah, jom ke tandas kejap.. "
"Ah, wae?" Jimin mengangkat kening. Dalam salon ni kot. Malulah sikit.
"Jomlah.. " Taehyung menarik tangan Jimin dan membuatkannya terbangun. "Sekejap je."
"Ya, nak ke mana pula tu?" Chae Won mengangkat muka yg dari tadi tak habis habis menatap handphone. Dia melihat mereka dengan tanda tanya. Haih, nak ke mana pula dua orang ni?
Langkah mereka terhenti seketika. "Err.. nak ke tandas je.. noona."
"Ah, okay, okay. Pergilah." lah, nak ke tandas rupanya. Patut muka merah semacam.
Taehyung laju berlari ke tandas bersama Jimin. "Ya, kau ni kenapa?" Jimin perasan riak wajah Taehyung tak seperti biasa. Seperti dia ada menyorokkan sesuatu.
"Ishh.." Taehyung meletakkan jari telunjuk dibibir sebagai tanda untuk diam. Jimin menuruti saja.
"Ya, Jimin-ah. Tadi, masa aku tengah ambil handphone noona, aku jumpa kipas mini yg ada gambar Jungkook dalam beg noona.. "
"Hah?" Jimin mengangkat kening.
*****
Setelah 3 jam menunggu, akhirnya ketiga tiga mereka telah selesai diwarnakan rambut untuk comeback terbaru mereka. Chae Won yg dari tadi hanya duduk menatap handphone, bangun untuk membetulkan pinggang yg terasa lenguh.
"Dah siapkan semua. Jomlah balik." Chae Won mengajak mereka untuk pulang ke company. Mereka pun mengikuti jejak langkah Chae Won menuju ke van mereka.
Jimin dari tadi monyok semacam. Masih tak puas hati melihat Chae Won yg masih tidak mahu melayannya.
*Flashback..
"Noona, Min nak warna dulu lepas ni..." Jimin meminta kepada Chae Won yg masih tidak menghiraukannya. Chae Won menggeleng. Tak boleh. Taehyung dah menang dalam pertaruhan tadi. Janji mesti ditepati.
"Siapa yg menang, dialah yg dapat dulu. Yg kalah sila tunggu.. "
Jimin menjeling tajam ke arah Taehyung yg sudah tersengih macam kerang busuk. Aku dah bosan teramat dah ni. Dia yg dari tadi main saja kerjanya boleh pula dapat dulu? Kenapa aku kena tunggu lagi? Jimin tak puas hati.
"Noona... " Jimin masih mahu Chae Won mengubah keputusan.
"Tak Boleh." Chae Won tetap saja menggeleng. Sedar sikit ye. Aku lagi lama nak tunggu korang semua ni sampai selesai tau.
Dia akhirnya mengalah. Pandangan dialihkan dari Chae Won yg kekal dengan handphonenya sambil berpeluk tubuh. Mukanya masam semasam masamnya. Chae Won menjeling sebentar. Haa, nak merajuklah tu. Dia hanya mengangkat bahu. Biarlah dia tu.
Taehyung ketawa dalam diam. Padan muka kau Jimin! Siapa suruh tak percaya apa yg aku cerita tadi.
Share this novel