-16 June
Pagi yg sungguh cerah. Dan disambut bunyi burung berkicauan yg kedengaran sungguh asing sekali. Aik, dari mana pulalah datang bunyi burung ni? Ada jiran bawa balik burung kurung dalam sangkar ke? Hish, tak baik betul. Biarlah burung itu terbang hidup bebas seperti burung burung yg lain.
Hish, apa aku ni pagi pagi dah merapu.
Chae Won menarik selimutnya sehingga menutupi keseluruhan badannya. Rasa malas menguasai. Mungkin dia terlupa ini hari apa.
Tepat pukul 6 a.m. jam locengnya berbunyi nyaring.
Krriingggg!
Chae Won membaling jam itu ke lantai. Pecah dan berkecai habis dibuatnya. Sungguh trajik dan sekali gus telah menghentikan deringannya serta merta. Apalah salahnya sehingga perlu dilakukan sedemikian. Dia cuma mahu kejutkan tuannya di hari penting itu. Dalam bunyi yg hampir tidak kedengaran, loceng itu masih berusaha untuk terus berbunyi. Tak kisahlah ajalnya sudah hampir, yg penting dia dapat mengejutkan tuannya yg sedang dalam lena. Akan dia berbakti sehingga getaran bunyi yg terakhir. Ehekk.
Chae Won terpinga pinga. Dia bangun dari mimpi setelah selesai pemakaman jam loceng kesayangan yg telah dibunuhnya. Tak pasal pasal kena sabit kesalahan berat iaitu membunuh dan kena dibicarakan di mahkamah. Sikit je lagi nak kena hukuman gantung. Nasib baiklah dia terjaga dari mimpi buruknya itu.
Chae Won segera bangun. Dia menggosok matanya yg terasa sedikit pedih. Matanya terpandang kalendar yg diletakkan di atas meja.
16 Jun
Otaknya sedikit lambat memberi tindak balas. Sekali lagi dia melihat kalendar itu sambil menggosok mata.
16 Jun
"16 Jun.. "
Badannya tiba tiba kaku.
"16 Jun?!"
Dengan segera dia menggapai tuala yg disangkut di pintu.
Alamak, alamak, alamak!
Tak boleh buang masa walau 1 minit. Satu saat pun sangat berharga. Dia perlu berkejar untuk memastikan rancangannya berjaya.
Setelah selesai mandi, dia membuka almari bajunya yg besar itu. Habuk keluar berpusu pusu membuatkan Chae Won terbatuk. Inilah yg jadi bila lama sangat perap baju dalam almari.
"Okay, let see apa yg patut kita pakai today.. " dia menyelak satu persatu baju yg telah disangkut itu. Macam macam jenis baju boleh jumpa. Nak yg ini? Boleh je.. Nak yg cantik lagi? Banyak lagi kat dalam itu.
Chae Won mula tersedar apabila melihat jam. Alamak, tinggal 20 minit lagi nak bersiap! Tak boleh buang masa dekat depan almari je.
Dia pun menggapai satu shirt putih tanpa berfikir panjang. Baju itu disarungkan ke tubuh.
Dia pergi pula ke cermin. Bedak ditempek sedikit ke wajah. Perfum bunga lavendra ungu juga disembur ke seluruh badan. Lipstick? Wajib pakai. Ha, baru nampak comey sikit kan.
Chae Won tersenyum melihat biasan dirinya di cermin.
Beg? Ada.
Buku nota? Ada.
Lipstick? Ada.
Cermin mini? Ada.
Handphone? Ada.
Apa lagi yg nak dibawa. Itu saja? Okay, nampak macam dah cukup dah tu.
Chae Won pun meluru ke pintu. Tombol pintu dipulas. Dia segera berjalan menuju ke garaj kereta. Dan bermulalah rancangannya yg entah berjaya atau tidak.
*****
Suasana di situ agak sesak. Ditambah dengan suara teriakan yg bertenaga dari para peminat fanatik yg dari awal lagi sudah berkumpul dan bersiap sedia di sana. Chae Won dibuat kagum melihat semangat mereka yg sungguh hebat.
Dia mengeluarkan skarf bertelinga arnab lalu dipakai. Dia juga tidak ketinggalan untuk membeli satu kipas mini yg bergambar seorang lelaki kacak yg dipercayai salah satu member group BTS.
Chae Won merenung kipas itu. "Jeon Jungkook? " dia membaca perkataan yg ditulis dibawah kipas itu. Nampak macam nama orang.
Dia berjalan menuju ke tempat orang ramai berkerumun. Nampak macam inilah tempatnya. Dia melihat ke arah jam tangannya. 8: 13 a.m.. Masih ada lebih kurang 2 jam lagi sebelum interview bermula. Kena cepat ni.
"Annyeong Hasaeyo!" suara seseorang mula kedengaran. Chae Won terjeling jeling. Mahu tahu juga siapa punya suara tu. Macam mana orangnya. Hensem ke tak?
Chae Won kau kena sabar. Ingat kenapa kau datang sini. Jangan terpengaruh dengan apa apa. Just tunggu sampai semua ni selesai, ambil tandatangan diorang and blah.
Chae Won menarik nafas dengan dalam. Kipas mini itu dikipaskan ke arahnya. Fuh, tetiba panas pula kat sini. Dahla panas, lepas tu sesak. Bising pula tu. Mahu pengsan aku tunggu sampai kesudah.
*****
Setelah lama punya lama menunggu, akhirnya sesi apa tu dia pun tak tahu akhirnya selesai jua membuatkan Chae Won betul betul rasa lega teramat. Dalam masa yg lama itu, apa pun dia tak faham apa yg mereka cakapkan. Just enjoy walaupun tak tahu apa apa.
Firstly, sebab dah lama sangat tunggu, dia mestilah cepat cepat berkejar ke ruang di mana di boleh dapatkah tanda tangan mereka. Tanpa berfikir panjang, Chae Won berkejar ke hulu hilir mencari tempat itu.
"Yes, itu dia! " dia melihat ramai orang mula menyerbu ke bahagian hujung pentas. Makin lama makin panjang barisan. Ini mesti barisan nak dapatkan autograf kan. Chae Won pun segera berlari ke situ dengan terburu buru. Tak boleh jadi ni. Nak tak nak kena dapat juga barisan yg terawal. Dah tak sempat dah ni nak tunggu lagi.
"Fuh.. " sampai di barisan. Bolehlah.. Antara 30 yg terawal.
"Hei, awak! Annyeong Hasaeyo. Adakah awak juga ARMY? " tiba tiba gadis didepannya menegurnya dengan mesra.
Chae Won menelan air liur. Tiba tiba terasa pahit. Macam mana ni?
"Err.. ya. "
Satu je perkara terlintas di otaknya. Army? Aku silap dengar ke? Sejak bila pula aku ada rupa macam tentera ni?
Gadis itu ketawa kecil. "Sudah semestinya bukan? Kalau awak bukan, kenapa pula nak datang ke sini. Saya ni selalu sangat tanya soalan yg tak logik. "
Chae Won tersenyum kelat. Er, okay. Siapapun perempuan ni, aku harap dia cepat cepat tamatkan perbualan ini.
Tapi nampaknya itu hanyalah mukadimah untuk perbualan yg lebih panjang.
Share this novel